CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tips Cairkan Lelaki Idaman

3-12-2014 11:52 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7641| Komen: 0

Oleh Fyruz


 

Kehidupan ini bukan seperti Cinderella mahupun kisah bawang putih bawang merah. Ada ketikanya anda perlu memikat si dia supaya si dia suka pada anda. Kadangkala lelaki tidak perasaan akan kehadiran anda dalam hidup mereka. Walaupun anda rasa sayang pada dia, dia tidak perasan kehadiran perasan tersebut di dalam hidupnya. Jika anda berada dalam situasi ini, cepatlah cairkan hati lelaki idaman anda ini.

 

Ladylista berkongsi antara cara mencairkan lelaki idaman anda:

 

Ambil tahu hobi lelaki tersebut

 Untuk memudahkan anda, anda peru tahu hobi lelaki idaman anda.Apa hobi dia ? Jangan sampai segala-gala tentangnya anda ambil tahu pula. Lelaki tidak suka ada orang lain yang mengganggu ketenteramannya. Cukup sekadar hobinya.

 

Pikatlah lelaki idaman anda dengan hobinya. Cuba sedaya upaya untuk menyukai hobi lelaki tersebut. Namun jangan nampak ‘fake’ atau berpura-pura.

 

 

Berikan dia peluang untuk rapatkan diri dia dengan anda

Berikan si lelaki itu peluang untuk merapatkan diri dia dengan anda. Jangan biarkan diri anda selalu hilang dari pandangan si dia. Kita tidak tahu perasaan lelaki tersebut terhadap anda. Dengan memberi peluang kepada dia untuk rapat dengan anda, untung – untung si dia akan memikat anda.


 

Cetuskan isyarat yang mengelirukan

Berlagak seperti anda suka akan dia tetapi tidak mengatakannya secara terang  – terangan. Ada kala anda tunjukkan pada si lelaki tersebut bahawa anda suka padanya. Ada kalanya anda tunjukkan pada dia bahawa anda tidak berminat padanya. Signal yang bercampur antara suka dan tidak akan menjadikan lelaki tersebut tidak keruan. Perasaan tidak keruan ini memudahkan anda untuk mendapatkannya kerana si dia sememangnya fokus pada anda.

 

Cabar si dia untuk kenal anda.

Jadi seorang yang berbeza dengan perempuan yang dia kenal dan rapat. Jadikan diri anda istimewa di pandangan si dia. Jangan lepaskan dia dari genggaman anda. Sentiasa lakukan perkara yang boleh menarik perhatian si dia. Lelaki percaya akan cinta pandang pertama.

Tunjukkan pada si dia bahawa anda tidak berminat padanya.

 

Untuk gunakan teknik ini anda perlu berhati – hati kerana bukan semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Lelaki tidak suka di cabar. Jika anda tunjukkan bulat – bulat pada dia bahawa anda tidak minat akan dia, dia akan rasa tercabar. Ada lelaki akan berhenti mengejar jika anda tidak tunjukkan minat, ada juga lelaki yang mempunyai ego yang besar akan cuba berkali – kali memikat anda bagi membalas cabaran yang anda lancarkan.

 

Tarik tali dengannya

Pada permulaan perkenalan, anda tolak ajakan si dia untuk keluar bersama. Jangan tolak bulat – bulat kerana ia mungkin akan melukakan hati si dia. Anda tolak dengan memberi alasan yang logik seperti ada kenduri, ada janji kucing sakit dan sebagainya. Tolak baik – baik dengan memberi senyuman yang manis. Ini akan menjadikan si lelaki lebih bermotivasi untuk memikat dan jatuh cinta pada anda.Berdiam diri selepas memberi respon yang baik.

 

Jika anda suka akan lelaki ini dan ingin memenangi cinta si dia, anda perlu beri respon jika anda di pikat oleh si dia. Selepas itu, anda diamkan diri anda. Jika lelaki tersebut rasa seperti kehilangan diri anda, berikan dia isyarat bahawa anda sukakan dia. Perbuatan ini boleh menguatkan perasaan cinta lelaki itu pada anda.

 

Nota LadyLista : Jadi kepada wanita yang mempunyai masalah untuk mencari pasangan boleh mencuba tips ini, berkesan atau tidak itu bukan menjadi persoalannya asalkan kita berusaha kerana dimana ada usaha di situ ada jalannya Inshaallah.... 

27

Bagus
33

Marah
22

Terkejut
40

Sedih
34

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.022446 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top