Lihat banyak kesan kening mampu buat kepada keseluruhan penampilan anda. Kening yang merupakan bahagian paling atas yang sering kita alpa untuk merapikan mampu memberi kesan besar kepada muka anda. Tak percaya. Lihat sahaja bagaimana Taylor Swift di dalam majalah Wonder, beliau telah menebalkan keningnya dan memberi sedikit sentuhan melebatkan bulu kening menghasilkan Taylor yang jauh lebih muda. Menurut kajian kening yang besar mampu membuatkan seseorang lebih glamor dan nampak lebih lengkap. Manakala bagi mereka yang mempunyai kening yang nipis akan kelihatan sedikit penuaan. Menurut dailymail, antara yang artis yang juga menebalkan kening adalah Megan Fox, Kate Moss dan Gwen Stefani. Pada awal 90 an mereka lebih terarah untuk menipiskan bulu kening mereka namun kelihatan trend pada tahun ini mereka berlumba-lumba melebatkan kembali bulu kening mereka. Sumber: Dailymail.co.uk
|
ADVERTISEMENT