CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

NASIB~Pelacur kanak-Kanak India

9-12-2014 04:29 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 10310| Komen: 27

Description: Umum tahu, India antara negara yang berjaya menempah nama untuk 100 negara termiskin di dunia. Bukan suatu untuk dibanggakan, kesempitan ekonomi India memaksa rakyatnya untuk melakukan apa sahaja.



Nasib kanak-kanak di India.


Umum tahu, India antara negara yang berjaya menempah nama untuk 100 negara termiskin di dunia. Bukan suatu untuk dibanggakan, kesempitan ekonomi India memaksa rakyatnya untuk melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Dengan budaya kaum India yang dipecahkan dengan pelbagai kasta dan komuniti, sedikit sebanyak mencacatkan perkembangan ekonomi India yang rata-rata rakyatnya dibezakan antara satu sama lain. 

Suatu tempat di tengah kota India, terdapat sebilangan komuniti kecil yang dianggap 'taboo' oleh masyarakat. Tak ubah dipandang dan dilayan seperti anjing, golongan ini hadir untuk mewarnai masyarakat di kawasan tersebut. Golongan ini digelar sebagai 'Devadasi' yang rata-rata wanita mengamalkan kerjaya tertua di dunia dengan melacurkan diri. Sama seperti yang dipersembahkan dalam bentuk filem yang dilakonkan oleh Aishwarya bertajuk Devdas, golongan ini dikeji dan dihina, malah menggunakan air yang digunakan oleh golongan ini juga dianggap sebagai pencemar darjat.


Nasib kanak-kanak dari keturunan Devadasi ini tidak ubah seperti membakar masa depan kanak-kanak yang mungkin mampu mentadbir negara pada masa akan datang. Menerusi dokumentari yang diarahkan oleh Ross Kauffman dan Zana Briski, paparan yang pahit untuk dilihat tentang realiti yang berlaku di India. Membesar sebagai anak pelacur ini tentunya menuntut lebih keyakinan menghadapi ketidak adilan dunia. Bayangkan sekecil usia 2 tahun, kanak-kanak dihidangkan dengan pandangan yang mencacatkan apabila melihat ibu kandung menjual diri. Seperti sudah memahami, mereka terima takdir tersebut dengan tabah. Tanpa memikirkan masa depan yang belum pasti, masa diisi dengan segala bentuk informasi sebagai panduan masa hadapan.

Dokumentari yang mengisahkan 6 kanak-kanak devadasi dari lain keluarga cukup membuka mata kita. Melihat kepada perkembangan 6 kanak-kanak ini, mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna dan dilemma yang dilalui oleh kanak-kanak perempuan adalah apabila mencapai 'akil baligh'. Saat-saat bagi kanak-kanak di dunia lain yang masih lagi dibawah tanggunggan ibu bapa dan bebas daripada sebarang masalah, kanak-kanak perempuan yang telah melepasi tahap ini perlu bersedia untuk mengorbankan kesucian demi menyara kehidupan keluarga. Di dalam dokumentari ini, rata-rata kanak-kanak ini tiada beza dengan kanak-kanak seusianya yang lain, yang sentiasa penuh dengan sifat ingin tahu. 

Dengan berpegang pada 'God's prostitute' atau pelacur tuhan, mereka seolah-olah menghalalkan pekerjaan yang diwarisi turun-temurun. Walaupun menurut sejarah golongan Devadasi ini golongan yang diangkat tinggi oleh raja sehingga boleh duduk sebaris dengan maharani, namun penyebaran Islam dan penaklukan Inggeris, menghapuskan segala bentuk hiburan seperti ini. Sehingga saat ini, Devadasi masih teperangkap di dalam dilemma yang dicetusnya sendiri. Walaupun ada yang berjaya keluar dari kepompok dunia kotor ini, namun masih ramai yang tidak tahu cara lain selain melacurkan diri mereka. 

Pengalaman ke enam kanak-kanak ke pantai untuk mengambil gambar dijadikan pameran nyata sesuatu yang asing dan baru bagi mereka. Malah hampir kesemua dari mereka tidak pernah menjejaki kaki ke pantai. Malah, salah satu hasil daripada kanak-kanak ini mendapat perhatian sehingga ke Australia. Ini sebagai bukti, pendidikan penting untuk kita mengubah nasib kita akan datang. Dokumentari yang pernah memenangi Oscar pada tahun 2004 ini seharusnya suatu yang perlu diangkat ke mata dunia. 

Apa kata, luangkan masa... saksikan dengan hati masa depan kanak-kanak warisan Devadasi masa akan datang.
 






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selendangmerah 9-12-2014 04:12 PM
kita sememangnya wajib bersyukur dengan apa yg kita ada dan jaga dengan sebaik mungkin..

apabila melihat kepada keadaan mereka, kita pun x sanggup nak fikir apa akan jadi dengan bebudak kecik tu..

kesian, dorang x bersalah .. tp, kekurangan ada yg memaksa ..

bersyukurlah dengan nikmat yg ada di Malaysia .. paling penting, nikmat IMAN yg tuhan bagi ..
Quote lan_86 9-12-2014 05:33 PM
tak pernah teringin nak ke india.ngeri.
Quote Artemesiaa 9-12-2014 06:27 PM
Sungguh menyedihkan bila melibatkan kanak-kanak
Quote lalulali 10-12-2014 03:29 PM
Artemesiaa posted on 9-12-2014 06:27 PM
Sungguh menyedihkan bila melibatkan kanak-kanak

haah. sedih betul kt budak2 neh. bersyukurlah kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang lebih baik.
Quote |issa 10-12-2014 07:50 PM
Corrupted to the core. Baik budaya, baik agama.
Quote anees~nuhara 11-12-2014 09:52 AM
rosak segala ketrurunan
Quote nanacinta 11-12-2014 10:03 AM
sedih kan...sebab tu saya suka tengok dokumentari2...boleh belajar dan selami kehidupan orang lain...dengar cerita, devadasi ni dikahwinkan dengan patung2 dewa kat kuil waktu kecil tapi dieksploitasi untuk jadi mesin buat duit...
Quote vamplave 11-12-2014 03:59 PM
kesian nyeeeee....
sbb tu Islam galakkan umtnye merantau..tengok tmpat org...
supaye kite bersyukur dgn ape yg kite ade n ape yg kite takde....
Quote jay_07 17-12-2014 01:07 PM
nanacinta posted on 11-12-2014 10:03 AM
sedih kan...sebab tu saya suka tengok dokumentari2...boleh belajar dan selami kehidupan orang lain.. ...

haah.. itu pun aku ada baca jugak.. kesian. Kawin dengan tuhan. esok tu dah jadi balu sebab ikut sejarah, ada seorang Pahlawan kot, kena nak kena bunuh, permintaan terakhir pahlawan tu adalah nak minta sesiapa yang nak jadi isteri die sebelum dia dibunuh. Maka, Yellama ( tapi aku saspek Yellama ni lelaki, based on peninggalan lukisan, patung yang dilukis) sanggup nak jadi isteri pahlawan ni.. Lepas tu, esoknya, pahlawan tu mati.. Ni berdasarkan ape yang aku baca lah.. Sapa2 yang tahu stori ni mungkin bole share.

Sebab tu, golongan devadasi ni memuja Yellama sebab sebagai pelambangan dorang terhadap keadaan yang mereka alami.

Quote mattzzx 17-12-2014 01:13 PM
Kemiskinan dan pelacuran tak dapat dipisahkan....
Quote asher 17-12-2014 02:18 PM
dasat sungguh...
Quote jay_07 17-12-2014 03:00 PM
mattzzx posted on 17-12-2014 01:13 PM
Kemiskinan dan pelacuran tak dapat dipisahkan....

Betul Bro... mula2, dorang meniaga diri dorang ingat dorang boleh lah nak tampung hidup or upgred hidup.. last-last ade seorang nenek ni (bekas devadasi), cakap keadaan dorang tak ubah macam anjing cari makan. Sedih bro..

Quote mattzzx 17-12-2014 04:29 PM
jay_07 posted on 17-12-2014 03:00 PM
Betul Bro... mula2, dorang meniaga diri dorang ingat dorang boleh lah nak tampung hidup or upgred  ...

Seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang....

Quote nurklfish 17-12-2014 04:53 PM
kecian tgk nsb dorang. walaupun comot tp nape mata ai nampak mcm cantik2 je dorg.
Quote animcute 17-12-2014 07:59 PM
klu sapa nak gi melancung kat india lupakan niat tu buat rugi duit je...kotor sekotornya..
bayangkan kat tepi-tepi pasar tu klu ada parking area, kat situ la kereta parking, keluar je dari kereta jumpa najis manusia. tepi tu juga ada orang jual makanan dan depa boleh berpiknik tepi najis tu menyardin je suap makanan..
manusia terlalu ramai, tak boleh nak control. tu klu area bandar, kat kawasan kg lagi teruk kotornya esp yg boondooks area..
pegi taj mahal pun boleh meloya tengok orang local buang air tepi jalan mcm normal. klu gi india, berjalan bukan tengok scenery tapi tengok bawah, takut terpijak benda baik...forget it
Quote animcute 17-12-2014 08:01 PM
klu balik dari india, sila buang kasut yg anda pakai sebaik menjijak kaki di KLIA..beli kasut baru
Quote Kingnoss 18-12-2014 12:39 PM
Tq tt for sharing this video
Quote melissa~~ 18-12-2014 12:55 PM
tq tt,sangat menyedihkan..
Quote liyamariska 18-12-2014 01:55 PM
kalu tak silap, ai rasa cam pernah tgk another documentary mengenai golongan kasta devadasi nih... disebabkan kononnya golongan kasta dianggap hina, even kalu kaum wanita devadasi ni nak beli kain sari kt kedai2 kain kt sana... diorg diberi layanan terburuk oleh pekedai dan barangan pun berkualiti terendah...

sbb kasta ni laa jurang kehidupan manusia kt India terlalu berbeza sampai golongan kasta rendah dilarang berkahwin dgn golongan kasta tinggi.... Last edited by liyamariska on 18-12-2014 03:09 PM

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.065681 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top