Oleh Fyruz
LadyLista sajikan antara menu makanan terlebih pelik yang ada di Malaysia. 1. Megi Kari Ayam Milo Tak tahu siapa yang reka menu ini, sekali dengar macam tidak logik pun ada. Gabungan makanan, haiwan dan minuman dijadikan satu menu baru. TERLEBIHHH kreatif. 2. ABC Campur LadyLista rasa agaknya, yang memberi nama ini mesti tidak tahu asal usul perkataan ABC itu. 3. Milo Cincau Gabungan dua jenis minuman. Minum milo cincau sewaktu terik panas, memang layan. 4.Sup Torpedo Perkataan 'torpedo' bermaksud alat perang yang meletup. Seram sejuk je mahu cuba sup torpedo ini. Mungkin ia akan meletupkan selera anda untuk menambah sup ini. Mungkin. 5. Micheal Jackson Wow!!! Urban sekali namanya. Apakah misteri disebalik Micheal Jackson ini? Namun minuman ini adalah campuran soya dan cincau. 6. Bubur Nasi Goreng Selalu kita dengar ungkapan 'nasi telah menjadi bubur'. Bagai mana pula bubur digoreng. Bubur yang lembik tetapi digoreng. Terlebih PELIKKKK 7. Aiskrim Coklat Cili Padi Bagaimana ya rasa aiskrim ini. Gabungan barat dan asia pula. Kalau teman lelaki anda kuat merajuk, LadyLista sarankan beri sahaja aiskrim ini.
|
8
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT