CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

[Terlebih Pelik] Ada apa di Pasar Beriman Tomohan

28-11-2014 11:30 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3363| Komen: 1

Description: Suatu pasar jauh di Sulawesi Utara sekali lalu kelihatan sama macam pasar-pasar yang ada di Malaysia. Biasalah, ada yang menjual daging, ikan, sayur-sayuran, peralatan dapur, baju dan banyak lagi.

Suatu pasar jauh di Sulawesi Utara sekali lalu kelihatan sama macam pasar-pasar yang ada di Malaysia. Biasalah, ada yang menjual daging, ikan, sayur-sayuran, peralatan dapur, baju dan banyak lagi. Tetapi, satu pasar ini, bernama Pasar Beriman Tomohan menjual antara daging esotik yang pada LadyLista tersangat pelik. Siapa yang ingin melihat sendiri dengan biji mata apakah barangan yang dijual di pasar ini. Pasar ini terletak di Bandar Tomohon dan anda harus menempuh satu jam perjalanan dari Bandar Manado. Memang pasar ini merupakan antara salah satu tarikan Sulawesi Utara kerana terletak di antara Gunung Mahawu dan Lokan ini. Kalau mahu mengunjungi pasar ini, harap datang pada awal minggu, kerana bermula hari Rabu sehingga Ahad, pasar ini sememangnya dipenuhi umat manusia. Orang Indon kata MACETT la...Sejujurnya, apa yang menarik sangat sehingga ramai yang datang ke pasar ini. Jangan tak tahu, pasar ini menjual perlbagai jenis daging binatang. Cakap sahaja. Pasti ada. Yang pasti daging binatang ini tak dapat di pasar biasa di sekitar Sulawesi. Binatang yang dijual juga ada yang dalam keadaan hidup dan ada yang juga sudah mati untuk dijadikan menu makanan penduduk sekitar Tomohon.


Ha nampak tu, itu daging babi yang sudah mati. Babi ini diangkut dengan motor, khabarnya masih segar ya dan sangatlah besar. Dan apabila anda melangkah lebih dalam, anda akan nampak longgokan tikus yang telah di bakar. Ala-ala grill gitu. Di khabarkan juga daging tikus antara daging yang terlaris di pasar ini.


Selain babi ternak, terdapat juga babi hutan dijual. Berbeza dengan babi yang diternak, babi hutan ini lebih kecil dan berbulu hitam. Bagi yang ingin melihat sendiri bagaimana rupa babi hutan boleh lah datang. Ala tak kan jual daging ini je, tak esotik pun. Tunggu!!! Ada juga dijual daging ular sawa. Ada satu kedai ini menjual ular sawa yang sudah disembelih. Bagaimana dia sembelih?? LadyLista kurang pasti. Kelihatan juga ada beberapa pembeli sedang tunggu untuk mendapatkan daging ular sawa ini. Agaknya mahu masak apa ya? Masak lemak??

Lihat itu, kelawar juga ada disini. Cuma sayapnya telah dibuang dari badan. Ladylista ingat tadi itu permainan.



Antara binatang lain yang dijual adalah anjing. Kisah anjing ini paling epik kerana ada antara anjing yang masih hidup akan dibunuh dengan cara dipukul sehingga mati apabila ada pembeli. Namun tak kurang juga, ada anjing yang dibakar dan disiat-siat kulit. Jika anda pencinta binatang, LadyLista sarankan jangan la pergi ke pasar ini. Mahu bergaduh dibuatnya.Yang paling menyeramkan ada juga daging kucing bakar. Kucing tersebut telah juga diperap dengan pelbagai perisa tradisional. Seekor kucing mencapai harga Rp 100 ribu.
Menurut masyarakat setempat, hanya babi dan anjing sahaja yang banyak dimakan di wilayah Sulawesi Utara. Sementara tikus dan kucing merupakan masakan khas bagi masyarakat Tomohon sahaja. Kebanyakkan dari mereka yang menggemari kucing adalah dari kalangan muda. Setiap suku dan daerah memang mempunyai makanan khas yang berbeza. Ini antara yang menjadikan Indonesia sangat kaya dengan makanan pelik dan unik.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote giyomi 6-4-2015 10:19 AM
Binatang apakah indon2 ni macam dah takder makanan kat dunia ni...macam mana tak pupus...bodoz sgh.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042026 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top