David Beckham Dinobatkan Sebagai “Top Male Beauty Inspiration” David Beckham telah dinobatkan sebagai ikon kecantikan lelaki, mendahului senarai selebriti lelaki yang lain, termasuk George Clooney. Lagenda bola sepak berusia 39 tahun itu terkenal kerana penampilan beliau yang sentiasa rapi, dan kerap mendahului undian untuk gaya menarik dan ketampanan beliau.
George menduduki tempat kedua dalam penyelidikan yang dibuat oleh lastminute.com, berikutan gaya sempurna beliau semasa majlis perkahwinan bersama Amal Clooney. Diikuti dengan Brad Pitt yang terkenal dengan penampilannya yang kacak dan susuk badan yang menarik. List of Top 5 male celebrity beauty inspirations
Penyelidikan itu turut mendedahkan bahawa satu pertiga daripada lelaki mendapatkan rawatan kecantikan lebih daripada sekali dalam satu bulan, dengan rawatan popular termasuk bercukur, urutan, rawatan muka dan rawatan kaki. Ia juga telah mendedahkan bahawa alasan utama lelaki pergi ke spa atau salon adalah untuk suatu acara atau peristiwa yang bertujuan untuk menarik perhatian; seperti temu duga kerja atau temujanji yang pertama. “Kajian daripada lastminute.com mengetengahkan apa yang telah kita saksikan di salon,” kata Andy Penniceard yang memiliki spa Privet Body. “Trend lelaki menjaga kesihatan dan penampilan mereka sedang meningkat. Ini bukti yang menunjukkan bahawa mereka menggunakan rawatan kecantikan sebagai satu cara untuk memanjakan diri mereka sendiri.” |
2
Bagus |
2
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT