Rosyam Nor Mengeluh Rtm Tak Lagi Beli Drama
Pelakon terkenal Rosyam Nor berkata, keadaan itu menimbulkan masalah besar kepada penerbit drama negara ini. Menulis dalam kolumnya dalam sisipan Berita Harian semalam, beliau berkata ramai penerbit drama termasuk beliau, mengeluh dengan tindakan itu. Menurutnya lagi, dalam masa yang sama semua penerbit dan individu terlibat dalam pembikinan drama mengharapkan keadaan akan kembali pulih. “Dalam bidang penerbitan drama juga mengalami masalah besar. Sudah ramai penerbit yang mengeluh termasuk aku apabila RTM tidak lagi membuat pembelian sejak Januari lalu. “Ramai yang terbabit dengan pembikinan drama bergantung kepada RTM kerana memperuntukkan jumlah slot drama Melayu yang banyak, berbanding stesen TV yang lain,” katanya dipetik dari tulisan bertajuk “Industri filem makin tenat” semalam. Dalam tulisannya itu, Rosyam berkata baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (atas) membuat taklimat menyatakan keperitan RTM kerana terpaksa berbelanja lebih menyiarkan perlawanan Piala Dunia. Industri filem tenat Dan ia, tambah Rosyam, disusuli dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17. "Rata-rata yang aku temui selepas taklimat memahami dan mengharapkan menteri dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya dipetik. Dalam artikelnya itu, Rosyam turut menulis bahawa persidangan meja bulat harus diadakan antara penggiat seni dengan pihak berwajib bagi menyelamatkan industri perfileman yang dianggapnya "semakin tenat". “Jika dibiarkan, mungkin satu hari nanti tidak ada lagi filem Melayu yang akan diterbitkan lagi. “Ini satu kerugian yang besar bila industri ini runtuh kerana memberi persepsi yang negatif kepada negara kerana Filem Kita, Wajah Kita. “Di mana kita hendak letak wajah kita jika suatu hari nanti wajah kita tidak dapat dipandang lagi,” tulis Rosyam lagi.
|
7
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
14
Sedih |
6
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput posted on 10-11-2014 11:50 PM
rosyam noor ni meols boleh labelkan bimbo pun ya jugak..buat drama pandai sbb politik... tp buat fil ...
sepitsiput posted on 10-11-2014 11:20 PM
motif RTM stop beli drama TV? drama tv tayangan RTM semua meols respect... penanyangan drama tv pent ...
Mary_jane posted on 11-11-2014 01:14 AM
Drama kt tv swasta kn suka jln cerita kawin paksa. Kawin contract. Mula2 xsuka lelama jth cinta n he ...
cepheid posted on 10-11-2014 11:41 PM
Ye ke tak beli drama tv dah? Skrg aku layan gak drama-drama tv kat RTM. boleh kata lebih best dari d ...
ADVERTISEMENT