CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13356|Reply: 87

Rosyam Nor mengeluh RTM tak lagi beli drama

[Copy link]
Post time 10-11-2014 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Radio Televisyen Malaysia (RTM) didakwa tidak lagi membeli drama sejak Januari lalu.

Pelakon terkenal Rosyam Nor berkata, keadaan itu menimbulkan masalah besar kepada penerbit drama negara ini.




Menulis dalam kolumnya dalam sisipan Berita Harian semalam, beliau berkata ramai penerbit drama termasuk beliau, mengeluh dengan tindakan itu.

Menurutnya lagi, dalam masa yang sama semua penerbit dan individu terlibat dalam pembikinan drama mengharapkan keadaan akan kembali pulih.

“Dalam bidang penerbitan drama juga mengalami masalah besar. Sudah ramai penerbit yang mengeluh termasuk aku apabila RTM tidak lagi membuat pembelian sejak Januari lalu.




“Ramai yang terbabit dengan pembikinan drama bergantung kepada RTM kerana memperuntukkan jumlah slot drama Melayu yang banyak, berbanding stesen TV yang lain,” katanya dipetik dari tulisan bertajuk  “Industri filem makin tenat” semalam.




Dalam tulisannya itu, Rosyam berkata baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (atas) membuat taklimat menyatakan keperitan  RTM kerana terpaksa berbelanja lebih menyiarkan perlawanan Piala Dunia.

Industri filem tenat

Dan ia, tambah Rosyam, disusuli dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17.

"Rata-rata yang aku temui selepas taklimat memahami dan mengharapkan menteri dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya dipetik.

Dalam artikelnya itu, Rosyam turut menulis bahawa persidanganmeja bulat harus diadakan antara penggiat seni dengan pihak berwajib bagi menyelamatkan industri perfileman yang dianggapnya "semakin tenat".



“Jika dibiarkan, mungkin satu hari nanti tidak ada lagi filem Melayu yang akan diterbitkan lagi.

“Ini satu kerugian yang besar bila industri ini runtuh kerana memberi persepsi yang negatif kepada negara kerana Filem Kita, Wajah Kita.

“Di mana kita hendak letak wajah kita jika suatu hari nanti wajah kita tidak dapat dipandang lagi,” tulis Rosyam lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhan prod bakal melingkup gak kew kalo RTM x bli drama abam rosyam?kalo RTM bli drama x blk modal+rating sendu..diorg pon xnk amik risiko...jaja la. Drama kt media pr1ma@asteruk plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:20 PM | Show all posts
motif RTM stop beli drama TV? drama tv tayangan RTM semua meols respect... penanyangan drama tv penting utk dokumentasi peredaran masa dalam sesebuah negara. motif kerajaan cut budget kt situ? nak harap tv swasta? dah sah2 drama2 sampah je diorng nak beli sbb ada penonton... drama2 pasal petani, pekebun, askar semua ko igt tv swasta nak beli?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah penuh pun slot sampai end of 2015.

Drama RTM lebih baik daripada TV swasta. Cuma kurang promosi saja.

Harga untuk producer pun lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:41 PM | Show all posts
Ye ke tak beli drama tv dah? Skrg aku layan gak drama-drama tv kat RTM. boleh kata lebih best dari drama di tv3
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nak buat pilem dah xlaku mane, skrg ni org dah xtgk wayang mcm dulu, buat drama pon org dah xbeli, buat teater  pulak org dah xpegi, nak kene bukak restoren, org dah start bjimat gst next year..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 11:50 PM | Show all posts
rosyam noor ni meols boleh labelkan bimbo pun ya jugak..buat drama pandai sbb politik... tp buat filem...bisnes direct to customer heols hancuss sehancussnya.. buat filem castello sendu, buat filem balistik syok sendiri... ini filem baru heols produce ambik fizo omar jd hero? like, helo?? ada ke filem fizo yg box office? semua sendu hurkeh... (tolak filem kongsi, tu pun heols tenggelam karam dlm filem tu)
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
akak suke drama rtm.dulu akak tgk dram nur fansuri.akk tgk waktu bgn sahur.tp the problem with rtm, tiba2 je drama jd x de.nurfansuri ni drama bersiri.satu2nye pelakon yg akn kenal dlm drama tu aida rahim.best.

ade sape2 tgk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 10-11-2014 11:50 PM
rosyam noor ni meols boleh labelkan bimbo pun ya jugak..buat drama pandai sbb politik... tp buat fil ...

F120 ngan abam rosam kan kaverina kegayahan deyols..iols syak deyols bercemolots behind the scene..tu yg jd hero...iklan pon suhan wat gak kan utk. RTM,cume drama2 je kne frozen..usop selam ok je produce gerak khas @RTM? Tggu la Menteri buih yg kasi setel..RTM pon recycle drama2 lama skrg..dpt royalti gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 12:52 AM | Show all posts
TV swasta beli drama most utk keuntungan.. x kisah la jln cerita stereotye ulang 1000x pun kan..
while RTM x bermotifkan keuntungan.. that's why most drama2 RTM bukan berkonsepkan komersil.. more tu dokudrama.. mcm drama slot hari kemerdekaan semua tu!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:11 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 10-11-2014 11:20 PM
motif RTM stop beli drama TV? drama tv tayangan RTM semua meols respect... penanyangan drama tv pent ...

Drama polis2. Gerak khas, roda2 kl
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:14 AM | Show all posts
Drama kt tv swasta kn suka jln cerita kawin paksa. Kawin contract. Mula2 xsuka lelama jth cinta n hepi ever after. Xphmlah asik2 drama pesen cenggitu je, fake bebenor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane posted on 11-11-2014 01:14 AM
Drama kt tv swasta kn suka jln cerita kawin paksa. Kawin contract. Mula2 xsuka lelama jth cinta n he ...

Dah pesen gitu yg dpt rating tggi uols..penonton suke yg beremosi+cintan2...mentality. Hakak2 sangkak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:57 AM | Show all posts
drama rtm best ke? cuba korang name a few...
drama tv swasta skang ni memang tak best langsung... lagi2 adaptasi novel paksa kahwin. ftw?
suka tengok drama mcm kami the series, dunia baru, ghost, etc... ni asik konflik rumah tangga/ cintan cintun jeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 06:53 AM | Show all posts
Skrg drama terbaru dia tayang kat tv3 kan? Hadoii...sendu sgt drama tu. Balik2 jln cerita sama. Jenis yg based on novel ni semua stereotype. Mmg selayaknyalah RTM x kuasa nak layan drama2 ko bang rosyam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu follow citer kiambang kat rtm best la jugak.. Btw ada je drama baru kat rtm tu.. Ke rosyam kena gam.. Atok usop selam ada je rtm beli drama dia... Bodek x cukup kuat kot.. Kuatkn lg ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 08:05 AM | Show all posts
aku paling suka rtm..

kalau dah rtm xnak beli drama ko tu..mesti ada something wrong where lahh

drama sampah, sape nak beli..rtm semua drama berkualiti kot nak dibandingkan dengan tv3 dan astro..

agungkan sangat drama kahwin paksa..padan muka ko
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:39 AM | Show all posts
cepheid posted on 10-11-2014 11:41 PM
Ye ke tak beli drama tv dah? Skrg aku layan gak drama-drama tv kat RTM. boleh kata lebih best dari d ...

a'ah ... terpaksa ngaku
drama2 rtm ada yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:43 AM | Show all posts
Memang banyak drama RTM yg lagi bagus dari drama2 channel lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 08:54 AM | Show all posts
kualiti filem malaysia teruk

paling aku x suke sound system, suara diorang kadg2 mcm dubbing

x selera nak tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054086 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list