CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Pembuat Filem Gangster Ambil Lah Sedikit Tanggungjawab" - Wardina

6-11-2014 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19025| Komen: 107

"Pembuat Filem Gangster Ambil Lah Sedikit Tanggungjawab" - Wardina




Wardina Safiyyah OfficialPage


Kepada pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab kerana memberi "inspirasi" anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan? Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada "pengajaran" di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda...yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa 'bersalah sangat'. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya "hebat" dan "cool" itu ...aduh...dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu. Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia ini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.

Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus "membuli" mereka 'dibawah' ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.

Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?

Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan taggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.

Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan.... kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini

Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya"

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.

3

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 5-11-2014 08:49 PM
Sukan Star TV
Liked · 35 mins ·

Mengikut page tersebut, pelajar yang membuli junior dalam video baru2 ini telah ditangkap. Sama2 kita nantikan berita sahih dari pihak polis.

video berkaitan : https://www.facebook.com/video.php?v=764146363652384



https://www.facebook.com/SukanSt ... ?type=1&theater
Quote nashrudean 5-11-2014 08:51 PM
WELL SAID Wardina..i loike u...nnti ada lah yg bash minah ni padahal apa yg dia kata tu betoi ja...
Quote MissLibra 5-11-2014 09:10 PM
ok kali ni jangan bash wardina
apa yg dia cakap ni betul kita patut sokong.
Quote addamnor 5-11-2014 09:11 PM
post dari aussie kah you?
Quote enchikfitz 5-11-2014 09:20 PM
Ada jugak statement BIJAK dari perangdina ni  

Sangat membimbangkan trend buli budak2 zaman sekarang.
Quote enchikfitz 5-11-2014 09:21 PM
obelisk posted on 5-11-2014 12:49 PM
Sukan Star TV
Liked · 35 mins ·

Muka budak2 jahat. Mohon buang sekolah
Quote maxim 5-11-2014 09:23 PM
cantiknya sis dalam pic tu

stuju ngan statement sheols
Quote belilies 5-11-2014 09:33 PM
Betul tu.. balik balik filem gengster, pukul pukul, rempit rempit.
Quote belilies 5-11-2014 09:35 PM
enchikfitz posted on 5-11-2014 09:20 PM
Ada jugak statement BIJAK dari perangdina ni  

Sangat membimbangkan trend buli budak2 zaman  ...

Semenggah sket karangan dia kali nih. Kalau sll mcm ni kan elok...
Quote doubleA 5-11-2014 09:42 PM
Betul tu wardina. Sedikit sebanyak ada la yg bajet cool pukul2 ni sebab nak jadi macam dalam filem kononnya.
Quote dubuk 5-11-2014 09:54 PM
cantiknya wardinaaaaaaaaaaa
Quote xixin5230 5-11-2014 09:56 PM
X tgk
La movie2 gangster rempit segala ni
X msk
Akallll
Quote cikperiukkera 5-11-2014 10:03 PM
Well said wardina.... Setuju sgt. Kami yg dkt swk ni x pnh tau ada istilah pailang,abg long,abg kawasan, etc tp lps filem2 cmni muncul bdk2 skolah plk yg lebih... Siap ada kes buli pelajar perempuan lg,ckp konondia tu pailang.
Quote jasmeen 5-11-2014 10:07 PM
Eh menyampahnya aku ngan budak baju standard chartered tu...macam nak sepakkkkkk je
Quote skymania 5-11-2014 10:24 PM
BTOL SNGT KATA WARDINA NIH...

SECARA TAK LANGSUNG ianya mmg berkait..
Quote cemolot 5-11-2014 10:25 PM
setuju pulak dengan kenyataan @ituini kali ini..

rasa nak sepuk yang baju standard chartered tu. katanya dia yang bersinglet hitam dalam video tu kan?

selayaknyalah dihantar ke henry gurney.  
Quote maxim 5-11-2014 10:31 PM
kebabian apakah yg aku baca ini?

Polis Perlis sahkan klip video dera kes lama


KANGAR: Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

"Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

"Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan...kes juga sudah dianggap selesai," katanya.















GAMBAR dari klip video kes buli yang tersebar.










Quote maxim 5-11-2014 10:33 PM
obelisk posted on 5-11-2014 08:49 PM
Sukan Star TV
Liked · 35 mins ·

Gambar Palsu 'Geng Singlet Hitam' Tersebar
Gambar palsu yang tersebar
Setelah kecoh kes buli yang melibatkan 'singlet hitam' pelbagai berita palsu telah tersebar melalu internet dan aplikasi Whatsapp.

Yang terbaru, gambar enam orang budak yang dilihat digari didakwa merupakan geng singlet hitam yang melakukan buli baru-baru ini. Gambar ini boleh dilihat bersebaran di Facebook, Twitter dan juga blog-blog tempatan.

Tetapi penyebaran gambar ini ternyata bercanggah dengan 'statement' dari pihak polis yang kini masih lagi mencari lokasi  kejadian buli ini  berlaku.

Jika dibandingkan video dan gambar ini juga dapat dilihat perbezaan fizikal yang ketara antara mereka.


Diharap agar orang ramai tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan juga penaniayaan terhadap mereka-mereka yanng tidak bersalah -

Quote September14 5-11-2014 10:36 PM
Bgus wardina, akuun benci cter2 gangster mat rempit ni semua.. Bodoh n otak cetek yg duk buat filem nih...

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047682 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top