CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahi Terkoyak Akibat Buli

6-11-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10926| Komen: 77

Description: “Saya Diminta Mengambil Anak Saya Di Pejabat Sekolah,” Katanya.
Dahi Terkoyak Akibat Buli


Kuala Lumpur: Seorang pelajar tahun satu menjadi mangsa buli tiga rakan sekelasnya hingga menyebabkan dia mengalami luka teruk di kepala.

Mangsa yang diterajang dan ditumbuk rakan sekelas turut menerima empat jahitan di dahi akibat dibaling dengan botol air.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Czar, tujuh tahun, berada di sekolahnya di Jalan Klang Lama di sini, pada 28 Oktober lalu.


Ibu mangsa, Angel Sahib, 41, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas guru kelas menghubunginya dan memberitahu supaya datang ke sekolah berikutan anaknya tercedera.

“Saya bekerja di Shah Alam dan bergegas ke sekolah anak selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah.

“Pada mulanya saya beranggapan anak mungkin terjatuh tangga berikutan guru kelasnya memberitahu dia hanya mengalami kecederaan kecil.
“Saya diminta mengambil anak saya di pejabat sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut mengetahui anaknya mengalami pendarahan teruk, selain lebam di dagu akibat diterajang tiga rakan sekelasnya.


MANGSA luka di dahi hingga terpaksa terima empat jahitan.

11

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 6-11-2014 08:17 AM
Budak2 sekarang ni makin HAWAU le.... elok dgn mak bapak dia skali kasi plenagkung kepala budak2 samseng taik minyak ni....
Quote lavalive 6-11-2014 08:18 AM
boys will be boys...






Quote Vellfire 6-11-2014 08:21 AM
namirulmukminin posted on 6-11-2014 08:17 AM
Budak2 sekarang ni makin HAWAU le.... elok dgn mak bapak dia skali kasi plenagkung kepala budak2 sam ...

hmmm ada budak2 nakal yg jenis tak dengar ckp
bukan orang tua tak ajar...tapi terikut2 dgn geng

aku tak tau nak komen sebab dorang baru darjah 1
Quote yeepi_33 6-11-2014 08:25 AM
Tahniah.

Aktiviti bila buku teks dh dipulangkn.

Aktiviti pukul n belasah.


Emm.
Jap2.
Happened kat sekolah.
Kat sekolah de spe?
Pak guard je..

Chegu ngn guru besar...emm...emm..emm...



No komen.
Quote Vellfire 6-11-2014 08:28 AM
teringat anak aku pulak...
masa dia masih tadika dulu dia penah jatuh gelonsor
dahi berdarah dan cikgu antar balik rumah jer
tu baru pukul 8 pagi

kul 10 mak call ckp
anak aku nangis tak dpt lurus tangan
aku bawak pegi klinik... rupa2nya tangan dia patah
sebulan dia tak sekolah
tak bagitau skolah pun....

dah sebulan hubby pegi skolah pegi ceramah cikgu tu
cikgu tu cakap ader budak tolak sampai jatuh...
tu hubby aku cakap kenapa duk diam tak bagitau family betul2
ni kalau jadi ape2 sapa nak tanggung

kesian dgn budak ni.....
family kena awas dan nasihat anak2
dari kecik ni lah kita pantau dan jaga dorang betul2



Last edited by Vellfire on 6-11-2014 09:47 AM

Quote yeepi_33 6-11-2014 08:28 AM
Yup.
Bdk2 nakal.
Sb tu kita perlukn parents...lau kt umah

Emm..emm mebi chegu kat skola..

Tak bleh blame bdk..kes cmni kena blame adults... Either parents or chegu ir makcik kantin sb buat air manis sgt....sugar rush katanya
Quote sapp73 6-11-2014 08:28 AM
Too much......buli dah menular ke sekolah rendah.
Quote Suchi 6-11-2014 08:31 AM
adoii takutnya
ank pun nk masuk derjah 1 sebulan dua lg
tp pompuan lah, lg lah risau juga

aritu tgk ank kawan dia budak pra sekolah, cikgu wat latihan beli mknn kt kantin sekolah sampai luka gak dahi kena tolak dek budak lain.

hurmmmmm tak senang duduk memikirkan besarnya cabaran ank2 nk kena hadapi kt sekolah, dgn stress belajar
mana nk berdepan ngn raksasa2 jahat  suker membuli lg.
rasanya mak pak skrg yg terlalu sibuk cari duit mmg sambil lewa besarkn ank2, iols sendiri penah tgk depan mata kebiadapan bebudak nih..
tendang bola sampai kena kt muke kita haram nk dtg minta maaf..
boleh selamba je amik bola pastu blah gitu jer.. dasar biadap n kurang ajar.
Quote fifie_olin 6-11-2014 08:36 AM
alahai thn dpn ank aku msuk drjh satu...jgnla jd mcm ni...nti aku sedih x henti2
Quote kenari2101 6-11-2014 08:36 AM
adeh darjah 1 dah ada hasrat nak jadi gengster ker???
ni kalu bg senapang lagi hebat ni
Quote ice98 6-11-2014 08:37 AM
cel*** sungguh budak2 tu... kecik2 lagi dah samseng ape kejad**nya!
Quote makneng 6-11-2014 09:18 AM
dah nak akhir tahun ni hari2 plak aku baca kes membuli bebudak sekolah..tunjal dahi sekor2 baru tau...perangai munyit sgt!!
Quote poison_paradise 6-11-2014 09:20 AM
Pembuli kebanyakan anak haram
Quote alekxander 6-11-2014 09:34 AM
Vellfire posted on 6-11-2014 08:28 AM
teringat anak aku pulak...
masa dia masih tadika dulu dia penah jatuh gelonsor
dahi berdarah dan c ...

cikgu berpk mcm bdk2 jgk

sian anak you

Quote Herlina 6-11-2014 09:34 AM
Teringat tahun lepas masa anak pompuan saya darjah 1.
Ada pulak budak pompuan darjah dua yg perasan konon dah senior, membuli dia.
Sudahnya saya pesan kat anak sulung g tegur budak tu.
Yg kelakarnya.. kebetulan masa si pembuli tu nak memukul anak saya, si anak sulung ada kat situ
Hambik ko.. sekali si kakak yg tinggi lampai berdiri kat depan si adik, tak payah keluar suara nak marah2 dah, terus si pembuli tu kecut.

Sejak tu usahkan nk buli anak saya, nak dekat pun dah tak berani.
Quote alekxander 6-11-2014 09:37 AM
Suchi posted on 6-11-2014 08:31 AM
adoii takutnya
ank pun nk masuk derjah 1 sebulan dua lg
tp pompuan lah, lg lah risau juga

kenapa kau tak elak???????







sorry2...tetiba tingat apak ajis dlm pendekar bujang lapok
hmm...mmg bebudak skrg
no manners at all
i slalu bg tau ank sedara psl jaga manners

Quote Vellfire 6-11-2014 09:48 AM
alekxander posted on 6-11-2014 09:34 AM
cikgu berpk mcm bdk2 jgk

sian anak you

hmmm itulah
takper hubby dah ceramahkan cikgu dan budak yg tolak tu cukup2


Quote prettyuglybabe 6-11-2014 09:49 AM
kasihannya adik ni
harapnya mak beliau amik tindakan terhadap mak bapak pembuli tersebut..

Quote prettyuglybabe 6-11-2014 09:50 AM
poison_paradise posted on 6-11-2014 09:20 AM
Pembuli kebanyakan anak haram

anak tu tak salah..
bukan dorang mintak pun lahir dari hasil hubungan haram
ada je anak halal perangai malaun
yang penting didikan ibu bapa

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.314480 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top