CARI hari ini berkesempatan menonton tayangan filem SE7ENTH yang ditayangkan di GSC, Pavilion. Terima kasih kepada SKT Media & Entertainment Group kerana memberi tiket percuma untuk tayangan perdana filem ini. Pada pandangan CARI, filem arahan Ryon Lee ini adalah sebuah filem seram dan terdapat juga adegan-adegan lawak yang mengeletek hati. Filem ini mengisahkan tentang pasangan yang selalu bergaduh, Cannon dan Mimi telah menyertai satu pertandingan fotografi bertemakan "Supernatural". Oleh kerana bertemakan "Supernatural" maka bermulalah pengembaraan mereka berdua ke sebuah kampung terpencil untuk mengunjungi sebuah "rumah berhantu" yang sangat terkenal dikampung itu... Selanjutnya kena tengok sendiri.... hehe SE7ENTH membariskan pelakon utama seperti Gino (Taiwan), Mindee Ong (Singapore), Teddy Chin (Malaysia), Kim Thian (Malaysia) serta ramai lagi. Kepada yang ingin menonton filem seram ini bolehlah mengunjungi panggung wayang terdekat ditempat anda pada 16 Oktober 2014. Filem ini turut ditayangkan di Taiwan pada 17 Oktober dan di Singapore pada 6 November 2014. Untuk filem ini, CARI memberikan 4 daripada 5 bintang.
|
ADVERTISEMENT