Guru Kubah Berlian: Badan Akan Terbakar & Dipanah Petir! Gambar hiasan Bersolat sejam lebih awal selain turut mengucap dua kalimah syahadah hanya separuh. Itu yang dilakukan seorang lelaki bergelar bomoh yang juga dikatakan ketua kepada ajaran sesat. Selain itu, lelaki terbabit yang berusia 48 tahun turut menjadikan sebuah rumah di atas bukit dalam kawasan hutan yang agak terpencil untuk menyebarkan ajarannya kepada pengikutnya. Rumah itu yang dikenali sebagai 'Kubah Berlian' oleh pengikutnya turut dijadikan sebagai tempat mengubati pesakit yang kononnya terkena ilmu sihir dan pelbagai kelengkapan perubatan seperti keranda, tembikar, keris serta kain tertera tulisan jawi disimpan dalam rumah terbabit. Malah, bomoh itu yang tinggal bersama seorang wanita berusia 42 tahun mendakwa wanita terbabit isterinya dan meminta pengikutnya memanggil isterinya itu dengan gelaran puteri seawang-awangan. Bagaimanapun, perbuatan bomoh itu terbongkar baru-baru ini apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas kedua ibu bapanya tidak pulang selama dua bulan sejurus mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit kerana mendakwa terkena sihir. Susulan laporan itu, polis melakukan serbuan awal pagi Jumaat lalu dan menahan lima individu bagi membantu siasatan dan kes mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), untuk tindakan selanjutnya. Mereka kini dibebaskan namun apa yang mengecewakan apabila ibu bapa lelaki terbabit langsung tidak mahu mengaku yang dia anak kandung mereka selepas dipercayai terpengaruh dengan kata-kata bomoh berkenaan selain terlalu taksub dengan ajaran yang disebarkan lelaki terbabit. Difahamkan, bomoh terbabit sebelum ini mempunyai kira-kira 30 pengikut, namun sedikit demi sedikit mereka sudah beredar dan meninggalkan perkampungan berkenaan. Ini berikutan mereka sudah mengetahui taktik bomoh itu yang dikatakan hanya mengaut keuntungan dengan meminta wang untuk menampung perbelanjaan hidupnya dan wang mereka akan dikikis tanpa disedari hingga licin. Seorang bekas pengikut bomoh terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kassim, 32, berkata, sebelum ini dia pernah terpengaruh dan menjadi mangsa bomoh berkenaan ketika cuba mengikut ajaran lelaki terbabit. Menurutnya, pada mulanya dia memang mempercayai ajaran bomoh berkenaan yang tidak lekang membaca ayat suci al-Quran, namun apa yang pelik apabila tiba waktu solat lelaki terbabit pasti akan bersembahyang sejam lebih awal. "Malah, saya juga agak pelik kerana dia mengucap dua kalimah syahadah hanya separuh dan lama kelamaan saya mula menyedari yang dia sebenarnya hanya menipu dan mengamalkan ajaran songsang. "Selain itu, setiap pesakit yang mendapatkan rawatan daripadanya pasti akan diminta menjalani kaedah perubatan pelik dengan badan akan dikapan dan ditanam dalam sebuah lubang yang dikorek depan rumah," katanya. Menurutnya, dia turut menyedari yang bomoh itu hanya mengamalkan ajaran songsang dan sebenarnya mengutip wang kepada mereka dengan mengenakan pengeras yang tidak masuk akal. "Malah sesiapa yang tidak mahu mendengar kata-katanya disumpah seperti badan akan terbakar dan juga dipanah petir. "Selain itu, saya juga dimaklumkan yang bomoh terbabit sebelum ini pernah ditahan JAIPP dan dia mempunyai kira-kira 20 pertuduhan kerana mengamalkan ajaran songsang," katanya. Sementara itu, sumber JAIPP berkata, setakat ini polis sudah menyerahkan kes berkenaan kepada mereka dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
|
19
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ResellerMaxis posted on 13-10-2014 07:12 AM
Mudahnya bomoh ni memperdaya orang islam..dekat sekolah belajar agama dari darjah 1 hingga form 5..x ...
cmf_premierleag posted on 13-10-2014 08:00 AM
Samalah macam bhs inggeris
Dr tadika smpi form 5 blajo english
Balik umah dgr lagu2 omputeh, t ...
ADVERTISEMENT