CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 10

[Tempatan] {2} Guru Kubah Berlian: Badan akan terbakar & dipanah petir!

[Copy link]
Post time 13-10-2014 06:35 AM | Show all posts |Read mode
13 Oktober 2014
Harian Metro

Butterworth

Bersolat sejam lebih awal selain turut mengucap dua kalimah syahadah hanya separuh. Itu yang dilakukan seorang lelaki bergelar bomoh yang juga dikatakan ketua kepada ajaran sesat.

Selain itu, lelaki terbabit yang berusia 48 tahun turut menjadikan sebuah rumah di atas bukit dalam kawasan hutan yang agak terpencil untuk menyebarkan ajarannya kepada pengikutnya.

Rumah itu yang dikenali sebagai 'Kubah Berlian' oleh pengikutnya turut dijadikan sebagai tempat mengubati pesakit yang kononnya terkena ilmu sihir dan pelbagai kelengkapan perubatan seperti keranda, tembikar, keris serta kain tertera tulisan jawi disimpan dalam rumah terbabit.

Malah, bomoh itu yang tinggal bersama seorang wanita berusia 42 tahun mendakwa wanita terbabit isterinya dan meminta pengikutnya memanggil isterinya itu dengan gelaran puteri seawang-awangan.

Bagaimanapun, perbuatan bomoh itu terbongkar baru-baru ini apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas kedua ibu bapanya tidak pulang selama dua bulan sejurus mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit kerana mendakwa terkena sihir.

Susulan laporan itu, polis melakukan serbuan awal pagi Jumaat lalu dan menahan lima individu bagi membantu siasatan dan kes mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), untuk tindakan selanjutnya.

Mereka kini dibebaskan namun apa yang mengecewakan apabila ibu bapa lelaki terbabit langsung tidak mahu mengaku yang dia anak kandung mereka selepas dipercayai terpengaruh dengan kata-kata bomoh berkenaan selain terlalu taksub dengan ajaran yang disebarkan lelaki terbabit.
Difahamkan, bomoh terbabit sebelum ini mempunyai kira-kira 30 pengikut, namun sedikit demi sedikit mereka sudah beredar dan meninggalkan perkampungan berkenaan.

Ini berikutan mereka sudah mengetahui taktik bomoh itu yang dikatakan hanya mengaut keuntungan dengan meminta wang untuk menampung perbelanjaan hidupnya dan wang mereka akan dikikis tanpa disedari hingga licin.

Seorang bekas pengikut bomoh terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kassim, 32, berkata, sebelum ini dia pernah terpengaruh dan menjadi mangsa bomoh berkenaan ketika cuba mengikut ajaran lelaki terbabit.

Menurutnya, pada mulanya dia memang mempercayai ajaran bomoh berkenaan yang tidak lekang membaca ayat suci al-Quran, namun apa yang pelik apabila tiba waktu solat lelaki terbabit pasti akan bersembahyang sejam lebih awal.

"Malah, saya juga agak pelik kerana dia mengucap dua kalimah syahadah hanya separuh dan lama kelamaan saya mula menyedari yang dia sebenarnya hanya menipu dan mengamalkan ajaran songsang.

"Selain itu, setiap pesakit yang mendapatkan rawatan daripadanya pasti akan diminta menjalani kaedah perubatan pelik dengan badan akan dikapan dan ditanam dalam sebuah lubang yang dikorek depan rumah," katanya.

Menurutnya, dia turut menyedari yang bomoh itu hanya mengamalkan ajaran songsang dan sebenarnya mengutip wang kepada mereka dengan mengenakan pengeras yang tidak masuk akal.

"Malah sesiapa yang tidak mahu mendengar kata-katanya disumpah seperti badan akan terbakar dan juga dipanah petir.

"Selain itu, saya juga dimaklumkan yang bomoh terbabit sebelum ini  pernah ditahan JAIPP dan dia mempunyai kira-kira 20 pertuduhan kerana mengamalkan ajaran songsang," katanya.

Sementara itu, sumber JAIPP berkata, setakat ini polis sudah menyerahkan kes berkenaan kepada mereka dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.


p/s dah dikapan, apa lagi...


Last edited by tongkatwaran75 on 13-10-2014 06:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya bomoh ni memperdaya orang islam..dekat sekolah belajar agama dari darjah 1 hingga form 5..xcukup tu gi sekolah agama petang petang lagi..malam gi ngaji..

Setiap minggu dengar khutbah jumaat..kadang malam malam or pagi pagi dengar kuliah subuh/kuliah maghrib..

Ngadap youtube tengok ceramah uai..

Tapi tetap bodoh n mudah diperdaya..apa lagi masalah dia orang ni??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 07:41 AM | Show all posts
jln pintas membuatkan mereka lupa pada asasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 07:57 AM | Show all posts
org gile jupe org gile..
ni le jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 13-10-2014 07:12 AM
Mudahnya bomoh ni memperdaya orang islam..dekat sekolah belajar agama dari darjah 1 hingga form 5..x ...


Samalah macam bhs inggeris
Dr tadika smpi form 5 blajo english
Balik umah dgr lagu2 omputeh, tgk movie omputeh, drama2 omputeh
Bila dh keje lak, pi keje dgr radio Hitz.fm
Tp tetap bangang fail vocab grammar bagai bila gi interbiu keje
apa kes???
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku puji si kassim yg buat report ni sbb nampaknya mmg dia observe kelakuan tok bomoh tu mmg x betul
Pengikut2 lain main folow jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 08:05 AM | Show all posts
kamu penah dengar perkara mcm ini di Sabah?????

org sabah memang tak mudah terpengaruh...berbuih juga lah anuat nak berkempen di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:34 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 13-10-2014 08:00 AM
Samalah macam bhs inggeris
Dr tadika smpi form 5 blajo english
Balik umah dgr lagu2 omputeh, t ...

hat ni sgt sadis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 08:49 AM | Show all posts
sejarah berulang kembali nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:55 AM | Show all posts
nk jalan pintas dpt pahala mcm ni la... bljr cara yg btl, malas..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:07 AM | Show all posts
gambor tok moh ni ada tak?..mana tau kot terselisih kat tepi jalan leh pakat2 cabut lari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.095334 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list