CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Diana Rafar Tegaskan Dia Masih Isteri Zamarul

7-10-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15707| Komen: 45

Saya masih isteri Zamarul


ADA yang pandai-pandai buat spekulasi mengenai rumah tangga pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang didakwa sedang bergolak akibat tiada persefahaman.


Mudahnya orang membuat tanggapan itu hanya kerana berpaksikan pemerhatian mereka apabila Diana dan Zamarul yang semakin jarang kelihatan bersama-sama sejak kebelakangan ini.

Bukan setakat menghadiri majlis-majlis keramaian, di laman sosial juga langsung tidak menampakkan mereka bergambar bersama-sama sehingga memberi ruang kepada pelbagai pihak membuat andaian sedemikian.

Bukan sekali tetapi sudah kerap pelakon berusia 32 tahun ini ditebak dengan pertanyaan ‘membunuh’ itu. Sebagai seorang wanita dan isteri, Diana akui hatinya mudah rapuh tatkala terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertanyaan mengenai perkahwinannya.


Diana akui, rumah tangganya agak dingin kerana beberapa faktor. Paling utama tentu sekali kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kebetulan banyak masa suaminya penuh dengan aktiviti seninya sebagai pelakon.

"Saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua.

Berdiam diri

"Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.

"Saya memang tak nak tengok (komen negatif) sebab hanya akan menyakitkan hati dan membuat saya tertekan," jelasnya.
Menggali yang terbuku di hati Diana, wanita ini yang pernah hadir dengan single Hak Milik Kekal berduet dengan kakaknya Linda Rafar berkata, dia masih lagi isteri Zamarul biarpun ramai menuduh bahawa mereka sudah tidak lagi duduk sebumbung.

"Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tidak mengeruhkan keadaan.

"Sebagai seorang isteri, saya amat memahami dia. Saya tahu ada yang bertanya kepadanya (tentang rumah tangga) tetapi dia tak pernah jawab. Itu prinsip dia. Hal-hal seperti ini, dia memang susah untuk buka mulut. Namun ingin saya jelaskan yang saya dengan dia baik.

"Ada juga yang bertanya , boleh tahankah Diana dengan sikap Zamarul yang begitu. Saya senang untuk menjawab, ini adalah pilihan saya. Justeru sudah tentulah saya menerima seadanya," tambah Diana.

Biarpun tahu hubungannya sebagai suami isteri agak dingin, Diana bagaimanapun tidak menafikan bahawa kemesraan antara pasangan seharusnya dicipta dan dikekalkan atas kerelaan dan usaha antara satu sama lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 6-10-2014 01:38 AM
bunyi cam bermasalah jer
Quote slavehunter 6-10-2014 02:07 AM
Dia kata dia tertekan orang tanya byk2....pastu ngaku hubungan dingin...jarang bersama sebab sibuk kerja....jadi kesimpulan nye? Patut la orang speku..
Quote pinkzara 6-10-2014 05:59 AM
di insta elok je lah dia ni..
tak byk show off psl suami. ada la sikittt ..anak dia, kash tu sgt la comel & notti.
Iol ok je artis camni..tak byk nk publicity hal2 family.
rasanya cerita kat paper ni saja la nk bg bomb..ada ler tu apa2 produk dia nak kluar jap lg ni..mcm la tak paham RETISS..
Quote kenarihitam 6-10-2014 06:10 AM
Bg aku apa yg diana wt ni btul la.dh xde benda nk di share..so xperlu la share..dia bkn jns attention seekers..bkn mcm ada retis tu..ada yg smp bg kbnrn ank gi clubbing pun jd isu besar.bli kete kt ank pun jd isu negara la...psl peknen pun dpt liputan mluas bagai..even dia ada mslh rmhtngga pun itu hal.peribadi dia..klu dia citer pun org len bkn blh tolong..takat tolong ckp kesian..btabah lah..yg lg truk ckp pdn muka la..baik xpyh..
Quote NHolmes 6-10-2014 06:21 AM
Harap lepas ni Diana upload pics mesra2 dgn hubby with caption diabetes so takdela org nak speku bagai... Tu kot org nak tgk? Biar kisah peribadi dijaja kt IG
Quote maxim 6-10-2014 06:49 AM
nowadays, kebahagiaan ditentukan thru media sosial.
Quote aderaderker 6-10-2014 07:01 AM
Ada ke artis yg bukan attention seeker?
Selfie2 dlm ig tu bukan ek??

Tp dia punya jawapan pun sangatlah bau ikannya.
Drp mungkin takde pape orang lagi la mengspekukan 'sesuatu'..
Quote Esmiria 6-10-2014 08:23 AM
slavehunter posted on 5-10-2014 06:07 PM
Dia kata dia tertekan orang tanya byk2....pastu ngaku hubungan dingin...jarang bersama sebab sibuk k ...

Betoi betoi.Org spekulahkannnnn
Quote soraya 6-10-2014 09:39 AM
social media menentukan seseorang retis bahagia atau tidak....alahaii....takpe la Diana, sabra je la...kehkehkeh
Quote tomet05 7-10-2014 10:31 AM
sabar dan bertensng ..
Quote makneng 7-10-2014 11:18 AM
Diana ni tak reti2 lagi rupanya..patutnya kau upload gambor bermanja segala, lepas tu letak caption yg kedengaran kau seperti sentiasa dilamun chenta dgn laki kau ittew.
Quote musangcomel 7-10-2014 11:31 AM
makneng posted on 7-10-2014 11:18 AM
Diana ni tak reti2 lagi rupanya..patutnya kau upload gambor bermanja segala, lepas tu letak caption  ...

haahahahaha
fake sgt nak buat gitew
lg bgos tak yah share pape
org yg banyak share kat media sosial kengkonon bahagia tu la yg slalunya tak berapa nak bahagia
gitew
Quote makneng 7-10-2014 11:34 AM
musangcomel posted on 7-10-2014 11:31 AM
haahahahaha
fake sgt nak buat gitew
lg bgos tak yah share pape

nok..mak sarkastik jah...
why so serious..
Quote MistrezHermanaz 7-10-2014 11:34 AM
patutnya diana letak gambar zamarul baring atas peha..hehe..tp diana ni mmg low profile la..yg sorg tu nilai exclusive mmg dh hilang,selfie memanjang
Quote AshkieLa 7-10-2014 11:42 AM
musangcomel posted on 7-10-2014 11:31 AM
haahahahaha
fake sgt nak buat gitew
lg bgos tak yah share pape

setuju ngan ko. Takyah share ape2.. happy ke tak happy ke x yah share walau just nk puaskan hati org yg kepochi ni.
yg kecoh2 show off lovey dovey ni yg slalunya end up buat org "aikkkkk, aritu mcm loving sesangat".

harapnya Zamarul ngan Diana ni teguh laa perkahwinan diorg.
Ingat lg dulu punya laa lama zamarul tunggu diana nk kawen... couple lama2.
Sebaek menjadi juga. So hubungan korang ok ke tidak, pikir laa masak2 ape2 tindakan korang lepas ni haa.. anak pun dah ade.
Quote jerukkedondong 7-10-2014 11:45 AM
peduli lah apa org nak kata diana..
Quote pilssowe 7-10-2014 11:47 AM
suke sgt couple ni...hope ok n stay humble
Quote beatgirlX 7-10-2014 11:49 AM
haishh...
ari tu dok canang vanida ngan shide...ni diana plak..
moga rumahtangga mereka kekal utuh
Quote Denco 7-10-2014 11:51 AM
eleh nabil letak gambo cium dahi pun korang bising
xde pun bising
padiappa nye uolsss

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048891 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top