Kunci Rumah Dengan Mangga Elak Pecah Rumah - Polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, ini berikutan terdapatnya kes pecah rumah melibatkan kehilangan kenderaan baru-baru ini. "Daripada siasatan polis, modus operandi suspek adalah dengan mencari rumah-rumah tiada penghuni yang menggunakan pintu pagar automatik tanpa mangga sebelum mengumpil pin pengunci pintu pagar automatik itu menggunakan pemutar skru atau mengangkat pintu pagar dari treknya,” kata beliau. Penjenayah kemudiannya akan mencari kunci kenderaan yang biasanya disimpan di tempat simpanan kunci di ruang tamu dan melarikan kenderaan mangsa, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini. Hasnan berkata, usaha giat polis Johor dalam pembanterasan jenayah telah menunjukkan penurunan kes pecah rumah di negeri itu tahun ini. Bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini, sebanyak 1,221 kes pecah rumah dilaporkan berbanding sebanyak 1,458 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, menunjukkan penurunan sebanyak 237 kes atau 16.26 peratus. Sejumlah 475 penjenayah yang melakukan pecah rumah ditahan dan sebanyak 539 kes berjaya diselesaikan.
|
batmana posted on 30-9-2014 10:39 PM
pasangla cctv, cap ayam version rm1xx lbih je, bole tgk realtime dari mana2..
tekoyong posted on 1-10-2014 12:05 AM
nak bela anjing, tapi takut ummah melayu sakai yang lain judge "eh awak bela anjing ni, awak islam k ...
asamfish posted on 1-10-2014 12:12 AM
bela je anjing
bukan haram pun
daripada dok duduk dlm umah dah mcm duduk dlm penjara bagai
poison_paradise posted on 1-10-2014 12:42 AM
Saya prefer duk condo atau apartment yg ada security..so far Takde kes pecah UMAH atau samun bsenjat ...
pyropura posted on 1-10-2014 12:58 AM
..rumah2 kat nugara kokesen kapir lehnat puaka tak perlu grill, tingkap kaca semua, takde pun kena p ...
tekoyong posted on 1-10-2014 12:27 AM
tu la bro memang pun sekarang aku bela anjing
nasib baik jejiran aku majoriti cina, dorang tak ...
ADVERTISEMENT