Sharnaaz Ahmad Mengaku Dekati Pelakon Baharu Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu. "Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. "Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu. Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu. Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
|
enchikfitz posted on 17-9-2014 08:07 AM
Tak dpt aku bygkan nanas jd sotong. Suamiku Encik Sotong? Euwwwwww
soraya posted on 17-9-2014 08:08 AM
ko mmg kelas nokksss.....terus suap gambo....kehkehkehkeh.....manala ko dpt gambor sharnaaz ni kec ...
pinkzara posted on 17-9-2014 08:13 AM
owh..kenapa bukan Awie?
kalau awie, sumpah lawak
soraya posted on 17-9-2014 08:19 AM
kehkehkeh....yg kecik tu sharnaaz kan....comelnyer dier...tak macam adek beradek yg lain pun....ke ...
NHolmes posted on 17-9-2014 01:22 AM
Alamak itu kena tanya karatz sharnaaz laa.. Tapi rasanya family dia pun ada2 jugak laa
@mommymons ...
soraya posted on 17-9-2014 08:19 AM
kehkehkeh....yg kecik tu sharnaaz kan....comelnyer dier...tak macam adek beradek yg lain pun....ke ...
ADVERTISEMENT