[size=0.75em]Sharnaaz Ahmad
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.
"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini.
"Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.
Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.
Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.
Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
Last edited by changa=famri7 on 29-9-2014 07:53 AM
|