Kedua-dua mereka yang telah berbincang mengenai perkara itu dikatakan akan bersama-sama membuat kenyataan umum secara rasmi dalam masa terdekat. Berita itu nyata menggemparkan peminat memandangkan Mariah dan Nick tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mereka tidak bahagia. Bahkan pada kebanyakan majlis dan aktiviti mereka selalu hadir bersama-sama malah kelihatan bahagia dan intim. Sebelum ini kedua-dua mereka disenangi dan dilihat sebagai pasangan paling secocok dalam industri muzik antarabangsa sementelah kedua-duanya dikatakan saling mencintai. Justeru apabila khabar angin mengenai perpisahan mula bertebaran kebelakangan ini, Mariah dan Nick tidak mampu menepis andaian-andaian pelbagai pihak bahawa perkara itu berpunca daripada orang ketiga. Nick sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah berlaku curang terhadap isterinya biarpun seringkali dituduh mempunyai wanita lain. Selalu mengagumi dan memuji isterinya itu, Nick dikatakan pernah berkecil hati dengan tuduhan tersebut sehingga membawa diri pulang ke kediaman datuk dan neneknya buat seketika. Beberapa kali menidakkan orang ketiga sebagai punca perpisahan, Nick dan Mariah mengakui kasih sayang antara mereka tidak pernah luntur. Malah Nick pernah mengeluarkan kenyataan dan tidak pernah mengambil serius perihal kata-kata orang yang menganggap perkahwinan itu tidak patut berlaku kerana faktor jarak usia yang jauh lebih muda daripada Mariah. Bagi Nick kasih sayang dan cintanya kepada penyanyi terkenal itu tidak melibatkan usia. “Saya tak pernah fikir soal usia pun selama kami berkahwin biarpun saya sedar mengenai perbezaan itu. Saya tak pernah kisah. “Sebelum ini dia pernah meminta saya agar tidak terlalu bercerita dengan orang mengenai hal rumahtangga kami, mengenai hubungan kami. “Tetapi apabila orang bertanya, saya tak dapat halang diri untuk tidak menjawab. Lagipun tiada apa yang buruk mengenai kami. Semuanya bahagia. Jadi bagi saya tak salah untuk diceritakan," katanya. Memiliki anak kembar bersama Mariah iaitu Monroe dan Moroccan yang berusia empat tahun, kedua-duanya bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak mereka biarpun telah rasmi bercerai kelak.
|
supernaturalee posted on 19-8-2014 10:19 AM
suke die jd host america's got talent
layan jek peserta2 yg mcm2 tu
cloudy_83 posted on 2-9-2014 05:13 PM
dah penah dengar kt radio. ada kaitan dengan kisah lama heolls dengan kim k.
gugel jah uolls akan t ...
Suchi posted on 3-9-2014 01:20 AM
kisah apa weh kim k kan dah kawen pun
ADVERTISEMENT