Mariah Carey Failkan Perceraian [size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 12:10 AM
Mariah Carey
dan Nick Cannon tidak lagi tinggal sebumbung.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]NAMPAKNYA masalah rumah tangga pasangan Marian Carey dan Nick Cannon semakin parah!
Menurut laporan E! News, penyanyi itu benar-benar serius ingin mengakhiri perkahwinannya dan mereka dikhabarkan sudah memfailkan cerai.
"Mariah sudah pun mula memfailkan cerai terhadap Nick. Dia benar-benar tidak mahu hidup bersama lelaki itu lagi," kata sumber.
Bagaimanapun, Nick masih lagi berusaha ingin mempertahankan rumah tangganya dengan Mariah dan ingin membawa penyanyi itu berjumpa dengan pakar kaunseling.
"Sehingga kini Nick meminta peluang kedua dan ingin mengambil hati Mariah semula. Tetapi Mariah seperti tidak mengendahkannya," kata sumber lain pula.
Berita mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu sudah lama didengar. Ogos lalu, Nick membuat pengumuman bahawa dia dan isterinya itu sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama.
|