Ibu Rayu Anak Selfie Pulang Segera
TAMPIN -“Walaupun saya hanya ibu angkat, namun saya sangat berharap anak yang saya bela sejak dari usia dua bulan dapat pulang kembali ke pangkuan kami,” luah Suziana Rusni, 43, ketika ditemui di pejabat MCA Bahagian Tampin, dekat sini, semalam. Suziana berkata, dia bimbang dan risau dengan keadaan anak angkatnya itu, Nur Elfiesha Abdulah, 15, kerana gagal dihubunginya sejak Ahad malam lalu selepas pergi beraya bersama rakan-rakan. Menurutnya, sekiranya benar anaknya itu berada dalam jagaan ibu kandung di Batu Pahat, Johor, dia berharap agar kedua beranak berkenaan dapat datang berjumpanya seperti mana semasa ibu kandungnya menyerahkan anak berkenaan untuk dijaganya lebih 14 tahun lalu. “Sejak gagal dihubungi, saya sangat bimbang... kenapa buat kami begini sedangkan sejak dari kecil kami sudah menjaga Elfiesha tanpa menuntut sebarang balasan kecuali surat beranaknya bagi urusan menghantar Elfiesha ke klinik serta sekolah. "Semasa diserahkan dahulu, kami sekeluarga duduk di Gemas dan ibu kandungnya menyerahkan kepada saya untuk dijaga dan membayar wang menjaga anaknya RM300 sebulan selama tiga bulan,” katanya. Suziana berkata, selepas dari tempoh berkenaan, ibu kandung Elfiesya tidak lagi membayar wang jagaan setiap bulan, namun mereka suami isteri masih lagi menjaga Elfiesya seperti anak mereka sendiri. “Pulanglah Icha... umi rayu Icha pulang. Jika betul Icha dengan ibu kandung Icha atau di mana sahaja Icha berada, datanglah berjumpa umi terlebih dahulu," katanya. Bekas suami Suziana, Rusli Kurnain, 52, membuat laporan di Balai Polis Air Kuning, kelmarin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan.
|
8
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rdzaccess posted on 13-8-2014 04:26 AM
orang yang pulang kembali ke tempat asalnya setelah sekian lama ditempat orang ..
ADVERTISEMENT