Lelaki Cuba Terjun Dari Pokok Kelapa Tertekan Bercerai Gambar hiasan Lelaki tersebut ditenangkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Manir, Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki cuba terjun dari pokok kelapa selepas dipercayai gagal mengawal emosi kerana terlalu tertekan dengan masalah keluarga, dalam satu kejadian di Kampung Telari, Manir, di sini, semalam. Bagaimanapun, cubaan bapa kepada empat anak itu gagal apabila berjaya dipujuk oleh orang awam serta anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan sepasukan anggota Rakan Cegah Jenayah (RCJ) di lokasi kejadian. Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu mengalami tekanan sejak bercerai dengan isterinya seminggu lalu. Sebelum kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang itu, difahamkan lelaki tersebut ada meminta wang sejumlah RM100 daripada ibunya sebelum mengamuk dan memanjat pokok kelapa berhampiran. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian terus menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Badrul Hisham Othman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.25 petang sebelum sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian. “Setibanya kami ke lokasi, didapati orang ramai sedang memujuk lelaki berkenaan agar turun dari pokok kelapa, namun kami terpaksa mengambil masa kira-kira sejam setengah bagi menenteramkannya supaya turun dengan selamat,” katanya. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Manir, di sini, untuk siasatan lanjut.
|
7
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
asyriqa posted on 13-8-2014 03:24 PM
adoyaiiii... patut ler bini minta cerai... gile isim rupanya... elok la mampuih te ...
ADVERTISEMENT