CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kucing Mati Terjun Kondo, Seekor Rentung

24-1-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6467| Komen: 38

Description: Menurut Anggota Bomba Yang Ditemui Di Tempat Kejadian, Seekor Kucing Dijumpai Mati Di Ruang Beranda Rumah Itu Dan Dua Ekor Lagi Ditemui Di Bahagian Bawah Kondominium Berkenaan.
Dua kucing mati terjun kondo, seekor rentung

Dua kucing mati terjun kondo, seekor rentung Kanak-kanak melihat dua kucing yang ditemui mati dipercayai terjun dari aras 14 selepas rumah tuannya terbakar.

GEORGETOWN - Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui tiga kucing peliharaannya mati dalam kebakaran yang berlaku di BJ Court di sini, petang tadi.

Wanita yang dikenali sebagai Suraya itu bergegas pulang selepas mengetahui rumahnya yang terletak di aras 14 kondominium berkenaan terbakar.

Dia yang bekerja di pusat beli-belah Queensbay berkata, perkhabaran duka itu diterima daripada jirannya kira-kira jam 3.40 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia hanya bertanyakan mengenai kucing peliharaannya sahaja kepada anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian.

Namun harapan untuk melihat tiga kucing peliharaannya itu tidak kesampaian sebaliknya mendapat berita yang menambah kesedihannya.

Menurut anggota bomba yang ditemui di tempat kejadian, seekor kucing dijumpai mati di ruang beranda rumah itu dan dua ekor lagi ditemui di bahagian bawah kondominium berkenaan.

Katanya, dua kucing yang ditemui di bahagian bawah itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat 14 namun ditemui mati oleh orang ramai.

Suraya berkata, dia hanya tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat bulan lalu dan tiga kucing itu yang menjadi penemannya selama ini.

“Saya menjaga mereka sejak enam bulan lalu dan tak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir saya bermain dengan Daniel, Eddi dan Shasha (nama kucing peliharaannya),” katanya yang ditemui di tempat kejadian.



1

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pailang 24-1-2014 03:06 AM
orang bodoh atau xsuke binatang mesti tertanya2, kenapa berita pasal kucing yg dikeluarkan sedangkan byk lagi berita2 yg lagi penting dari kucing.

Quote abgboroi 24-1-2014 03:16 AM
ni namanya nak lari dari dari ajal...tapi maut tetap menunggu...apa pun aku sedih dengar berita camni...
Quote clarizsa 24-1-2014 03:23 AM
ala sedihnyaa... nape umah dia terbakar... dia lepas ye kucing2 dlm umah... siannya... bertabahlah ye... Tuhan sayang mereka...
Quote ais_kosong 24-1-2014 07:16 AM
sedih.... huhuhu
Quote cmf_premierleag 24-1-2014 07:18 AM
Jap lg mesti ada yg kata "duk kondo bleh bela pet ke?"
Quote mbhcsf 24-1-2014 07:19 AM
ya Allah

ajalnya begitu asbabnya jatuh kondo - kesian ...nak selamatkan diri...kucing tu panic  tu. innalillah.

sian...ye. 14th floor tu ...dai tak sempat nak landing properly ...

Quote pelukis.plan 24-1-2014 07:21 AM
cmf_premierleag posted on 24-1-2014 07:18 AM
Jap lg mesti ada yg kata "duk kondo bleh bela pet ke?"

duduk kondo boleh bela pet ke?

Quote nurul_akmar 24-1-2014 07:29 AM
sedih plak tgk kucing tu mati
Quote revolusi_30 24-1-2014 07:29 AM
Kucing yg mati ... Tapi cara penceritaan mcm orang yang mati ... Ngok betul. Mcm menyamakan taraf binatang ngan manusia lak.
Quote revolusi_30 24-1-2014 07:30 AM
Kondo mana yg boleh bela pet be ?  Lain la kalau jenis tk baca peraturan punya .. X sekolah.
Quote WawaRaRa 24-1-2014 07:31 AM
sedihnyer... buat aku nangis jer pagi2 ni... huhu
Quote WawaRaRa 24-1-2014 07:32 AM
pelukis.plan posted on 24-1-2014 07:21 AM
duduk kondo boleh bela pet ke?

macam boleh jer... dulu kwn aku dok kondo elite kat kl ni elok jer bela kucing.. hari tu kucing ilang lek jer tampat poster n pak guard pon tolong cari...

Quote tensic~ 24-1-2014 07:34 AM
Xde cerita happy dah ke kat ci ni..
Quote pelukis.plan 24-1-2014 07:35 AM
WawaRaRa posted on 24-1-2014 07:32 AM
macam boleh jer... dulu kwn aku dok kondo elite kat kl ni elok jer bela kucing.. hari tu kucing il ...

speechless..
plz google what is sarcasm
Quote WawaRaRa 24-1-2014 07:39 AM
pelukis.plan posted on 24-1-2014 07:35 AM
speechless..
plz google what is sarcasm

sorry tak baca u reply kat cmf_premierleag ruper nyer...

haha... maafkan sy... pagi2 baca citer sedih cam ni ler... kuikuikui

Quote papadomku 24-1-2014 07:46 AM
sedihnyaaa.. kesian kucing2 tu
Quote lady_rara 24-1-2014 07:54 AM
kesiannya kucing2 tu
Quote missdahlia 24-1-2014 07:56 AM
Quote siputsedut 24-1-2014 08:08 AM
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kesiannyaaaaaaaaaaaaaaaaa..dah ler comelllllllllllllllllllll walaupon bukan peminat haiwan bulus...tp kucing adalah satu satunya haiwan yang boleh buat aku nangis...











Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top