CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keunikan Lemang Daun Lerek

12-8-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4932| Komen: 13

Keunikan Lemang Daun Lerek


SEORANG pekerja memotong daun lerek sebelum dimasukkan ke  dalam buluh sebagai persediaan memasak lemang.

PANAS terik mentari yang memancarkan cahayanya ke bumi langsung tidak  dipedulikan Roslan Ibrahim, 53. Sebaliknya, dia asyik menyusun buluh yang telah  siap dimasukkan beras pulut dan santan di atas tempat khas membakar lemang.

Terdapat kira-kira 80 batang buluh yang sama tinggi potongannya disusun kemas  dan sedia untuk dibakar. Setiap buluh mempunyai batang kecil yang menonjol  keluar dari permukaan buluh.

Ini disebabkan lemang yang dimasak bukan menggunakan daun pisang sebaliknya  dibungkus dengan sejenis daun hutan yang dikenali sebagai daun lerek.

Uniknya, lemang tidak perlu dibelah untuk dinikmati. Pengguna hanya perlu  menarik batang kecil tersebut untuk mengeluarkan isinya.
Menurut Roslan, daun lerek mempunyai aroma yang tersendiri sekali gus  menjadikan lemang berbau wangi.

“Penggunaan daun ini bukan sahaja memudahkan pengguna bahkan memberi rasa  enak pada lemang,” ujar Roslan ketika ditemui di gerai menjual lemang di Taman  Melawati, Ulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Beliau merupakan rakan kongsi kepada Mohd. Faizal Yusuf, 40, yang  mengusahakan lemang daun lerek yang turut dikenali sebagai Lemang Retro. Tahun  ini merupakan kali kedua mereka menjual juadah tradisi Melayu itu.

Sebelum ini, Mohd. Faizal berniaga di Taman Batu Muda, Batu Caves, namun  memilih untuk beroperasi di Taman Melawati pada tahun ini.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setiap hari kami  membakar lebih 100 batang lemang untuk dijual pada pelanggan.

“Gerai kami dibuka 24 jam sehari dan proses menyediakan lemang dimulakan  sejak pagi. Biasanya 20 kilogram (kg) beras pulut memerlukan 15kg santan yang  boleh menghasilkan kira-kira 80 batang lemang,” ujar bapa kepada tiga cahaya  mata itu.


TANPA perlu membelah buluh, pelanggan hanya perlu menarik  daun lerek untuk menikmati lemang.



Dibantu oleh tiga anak saudaranya, Mohd. Faizal memberitahu, bekalan buluh  dan daun lerek diperoleh daripada masyarakat Orang Asli dari Sungai Lui, Hulu  Langat, Selangor.

Bagi memulakan perniagaan lemang yang beroperasi sepanjang musim perayaan  Aidilfitri itu, Mohd. Faizal telah mengeluarkan modal sebanyak RM8,000.

Ini termasuklah dapur membakar lemang yang ditempah khas daripada seorang  rakan serta bekalan buluh dan daun lerek bagi tempoh sebulan.


Tambah Mohd. Faizal, lemang akan dibakar selama empat jam setengah bagi  memastikan ia masak dengan sempurna. Selain itu, pihaknya akan menjaga api  lemang agar tidak terlalu marak serta memusingkan buluh agar isinya dimasak  rata.

Sementara itu, seorang pelanggan Lemang Retro, Sima Roslan, 29, turut  mengakui keenakan lemang yang dihasilkan menggunakan daun lerek.

“Isi lemang sangat lembut dan gebu. Malah, ia juga berbau wangi. Sebelum ini,  saya pernah membelinya untuk dijamu kepada tetamu yang datang berkunjung ke  rumah.

“Belum sempat saya menjamahnya, lemang tersebut habis dimakan para tetamu.  Sebab itulah saya datang ke sini untuk membeli lemang sekali lagi untuk dibawa  pulang ke Johor,” kata Sima sambil tersenyum.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Lemang Retro, hubungi Mohd.  Faizal di talian 012-698 3014 atau datang terus ke gerai lemang mereka di Jalan  Melawati 6, Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 12-8-2014 09:47 AM
Dapnye lemangggg cicah kari / rendang ayam.. yummmsss
Quote solstice 12-8-2014 10:02 AM
sure lebih mahal khennn
Quote brums08 12-8-2014 10:04 AM
Kena singgah taman melawati nih.
Quote amyainsamad 12-8-2014 10:05 AM
sdpnya lemang.....
Quote maja07 12-8-2014 10:10 AM
Best daun lerek, boleh tarik jer tak perlu belah2 buluh.
Quote cutieslilies 12-8-2014 10:14 AM
adehhh.. sedapnyaaaa...
Quote khaira01 12-8-2014 10:15 AM
Lemang mmg fevret i.
Quote znuyul 12-8-2014 11:08 AM
lemang kerek rasa dia sedap sikit
Quote ctaz 12-8-2014 11:14 AM
kalau lemang biasa dijual antara 12 - 18 henggit sebatang....
adakah lemang ini dijual pada kadar 18 - 25 henggit sebatang......
Quote Artemesiaa 12-8-2014 11:15 AM
Ramai le mencari untuk buat hidangan open house
Quote leezzaliza 12-8-2014 12:19 PM
Kat depan umah mak aku ade jual kat taman koperasi polis.. Ari tu sebelum balik umah sendiri dah singgah nak beli tp habis plak.. Sebatang rm18 tu pun ikut saiz...
Quote Bell 12-8-2014 12:39 PM
Lemang beli payah nak dtp sedap sebab santannya cair.  Aritu rumah mak mentua - beli 3 btg lemang. Last-last 2 btg langsung tak disentuh - masuk freezer dan mungkin tak disentuh sampai bila-bila - buang saja. Yg satu tu separuh jer habis.

Mana-mana kedai kalau santan cair, lemangnya mesti out...
Quote emmaisa 12-8-2014 12:43 PM
sedapnya lemang....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047888 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top