View: 2663|Reply: 13
|
[Tempatan]
Keunikan Lemang Daun Lerek
[Copy link]
|
|
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
SEORANG pekerja memotong daun lerek sebelum dimasukkan ke dalam buluh sebagai persediaan memasak lemang.
|
PANAS terik mentari yang memancarkan cahayanya ke bumi langsung tidak dipedulikan Roslan Ibrahim, 53. Sebaliknya, dia asyik menyusun buluh yang telah siap dimasukkan beras pulut dan santan di atas tempat khas membakar lemang.
Terdapat kira-kira 80 batang buluh yang sama tinggi potongannya disusun kemas dan sedia untuk dibakar. Setiap buluh mempunyai batang kecil yang menonjol keluar dari permukaan buluh.
Ini disebabkan lemang yang dimasak bukan menggunakan daun pisang sebaliknya dibungkus dengan sejenis daun hutan yang dikenali sebagai daun lerek.
Uniknya, lemang tidak perlu dibelah untuk dinikmati. Pengguna hanya perlu menarik batang kecil tersebut untuk mengeluarkan isinya.
Menurut Roslan, daun lerek mempunyai aroma yang tersendiri sekali gus menjadikan lemang berbau wangi.
“Penggunaan daun ini bukan sahaja memudahkan pengguna bahkan memberi rasa enak pada lemang,” ujar Roslan ketika ditemui di gerai menjual lemang di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Beliau merupakan rakan kongsi kepada Mohd. Faizal Yusuf, 40, yang mengusahakan lemang daun lerek yang turut dikenali sebagai Lemang Retro. Tahun ini merupakan kali kedua mereka menjual juadah tradisi Melayu itu.
Sebelum ini, Mohd. Faizal berniaga di Taman Batu Muda, Batu Caves, namun memilih untuk beroperasi di Taman Melawati pada tahun ini.
“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setiap hari kami membakar lebih 100 batang lemang untuk dijual pada pelanggan.
“Gerai kami dibuka 24 jam sehari dan proses menyediakan lemang dimulakan sejak pagi. Biasanya 20 kilogram (kg) beras pulut memerlukan 15kg santan yang boleh menghasilkan kira-kira 80 batang lemang,” ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu.
TANPA perlu membelah buluh, pelanggan hanya perlu menarik daun lerek untuk menikmati lemang.
Bekalan
Dibantu oleh tiga anak saudaranya, Mohd. Faizal memberitahu, bekalan buluh dan daun lerek diperoleh daripada masyarakat Orang Asli dari Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Bagi memulakan perniagaan lemang yang beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri itu, Mohd. Faizal telah mengeluarkan modal sebanyak RM8,000.
Ini termasuklah dapur membakar lemang yang ditempah khas daripada seorang rakan serta bekalan buluh dan daun lerek bagi tempoh sebulan.
Tambah Mohd. Faizal, lemang akan dibakar selama empat jam setengah bagi memastikan ia masak dengan sempurna. Selain itu, pihaknya akan menjaga api lemang agar tidak terlalu marak serta memusingkan buluh agar isinya dimasak rata.
Sementara itu, seorang pelanggan Lemang Retro, Sima Roslan, 29, turut mengakui keenakan lemang yang dihasilkan menggunakan daun lerek.
“Isi lemang sangat lembut dan gebu. Malah, ia juga berbau wangi. Sebelum ini, saya pernah membelinya untuk dijamu kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
“Belum sempat saya menjamahnya, lemang tersebut habis dimakan para tetamu. Sebab itulah saya datang ke sini untuk membeli lemang sekali lagi untuk dibawa pulang ke Johor,” kata Sima sambil tersenyum.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Lemang Retro, hubungi Mohd. Faizal di talian 012-698 3014 atau datang terus ke gerai lemang mereka di Jalan Melawati 6, Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3A8XnZhlC
Last edited by GhostWalking on 12-8-2014 01:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapnye lemangggg cicah kari / rendang ayam.. yummmsss |
|
|
|
|
|
|
|
Kena singgah taman melawati nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Best daun lerek, boleh tarik jer tak perlu belah2 buluh. |
|
|
|
|
|
|
|
lemang kerek rasa dia sedap sikit |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lemang biasa dijual antara 12 - 18 henggit sebatang....
adakah lemang ini dijual pada kadar 18 - 25 henggit sebatang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai le mencari untuk buat hidangan open house |
|
|
|
|
|
|
|
Kat depan umah mak aku ade jual kat taman koperasi polis.. Ari tu sebelum balik umah sendiri dah singgah nak beli tp habis plak.. Sebatang rm18 tu pun ikut saiz... |
|
|
|
|
|
|
|
Lemang beli payah nak dtp sedap sebab santannya cair. Aritu rumah mak mentua - beli 3 btg lemang. Last-last 2 btg langsung tak disentuh - masuk freezer dan mungkin tak disentuh sampai bila-bila - buang saja. Yg satu tu separuh jer habis.
Mana-mana kedai kalau santan cair, lemangnya mesti out... |
|
|
|
|
|
|
| |
|