CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jihan Bakal Pengacara Diari Af2014?

4-8-2014 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25993| Komen: 139

Jihan pengacara Diari AF2014 


Demam Akademi Fantasia musim baru akan bermula tidak lama lagi. Khabarnya, peserta dirasakan layak sudah dipilih pihak produksi.


Seperti biasa, apabila ranca-ngan realiti popular ini mahu bermula, banyaklah teka-tekinya. Paling menjadi perhatian, siapa pengacara yang akan mengendalikan konsert mingguan dan juga Diari AF disiarkan setiap hari.
Cik Pang dapat tahu, untuk Akademi Fantasia 2013 (AF2013), produksi masih mengekalkan Zizan sebagai pengacara.

Walaupun sebelum ini -banyak kritikan diterima pelawak itu sewaktu mengendalikan konsert AF musim lalu, atas kehendak penaja, dia harus dikekalkan.


Cik Pang percaya untuk musim ini, corak persembahan Zizan akan bertambah baik memandangkan dia tidak lagi sibuk seperti sebelum ini kerana harus menumpukan perhatian kepada rancangan infotainment Melodi dan nyanyian.


Bagaimanapun, yang menarik perhatian Cik Pang apabila produksi AF2014 memilih Jihan sebagai pengacara Diari. Pilihan menarik dan tentu akan menambah lagi perencah dalam corak persembahan rancangan realiti itu nanti.

Menurut cerita, Astro memang nampak bakat Jihan selaku pengacara, terutama percubaan pertamanya mengendalikan program Resepi Memikat Suami di Astro Ria yang diminati ramai. Penonton sukakan gaya persembahannya yang bersahaja dan mencuit hati.

Begitupun, khabarnya pada peringkat awal diberi tawaran itu, Jihan dikatakan menolak kerana berasakan tidak mampu memberi komitmen penuh untuk mengendalikan Diari AF2014 setiap hari selama tiga bulan.

Tambah pula sejak menang Pelakon Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH2013), rezeki Jihan semakin mencurah-curah. Malah, jadual kerjanya terlalu padat dan tawaran datang tak henti-henti.

Namun selepas puas dipujuk, Jihan akhirnya bersetuju. Pastinya dengan kemunculan Jihan dalam AF2014 ia akan membuatkan orang bertambah demam kerana membayangkan corak pengacaraan Jihan memperkatakan mengenai peserta akan membuat penonton tidak kering gusi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zila_hakimie 3-8-2014 03:47 PM
suka je iols.
resepi memikat penonton.
ingat peserta, pikat penonton aja..
Quote nonie5 3-8-2014 04:39 PM
i like jihan.
Quote MissLibra 3-8-2014 04:58 PM
Sekarang tengah laku semua orang suka. Harap jihan pandai jaga diri.
Quote reddots 3-8-2014 05:21 PM
Suka jihan.. yea...
Quote kakasotong 3-8-2014 05:29 PM
Suka betul meksim dgn jihan. Dimana ada jihan disitu ada meksim :lol

baidewayy jihan skrg makin mencanak naik populariti beliau. Harap sheols dpt la mengacara dgn best af kali nih. Iols suka jah sheols jadi host. Nmpk sempoi n straightforward. Xmengada2
Quote cemolot 3-8-2014 05:45 PM
sebagai karats no 2 jihan selepas maxim, iols akan menyokong AF2014 walaupun meluat tahap tertinggi tehadap hos nya
Quote tanganbercakap 3-8-2014 05:50 PM
dah tak minat langsung kat af
tapi jihan yang mengacara macam sanggup je tengok...
Quote maxim 3-8-2014 05:56 PM
kakasotong posted on 3-8-2014 05:29 PM
Suka betul meksim dgn jihan. Dimana ada jihan disitu ada meksim :lol

baidewayy jihan skrg makin m ...

i will do anything for jihan..
Quote maxim 3-8-2014 05:57 PM
cemolot posted on 3-8-2014 05:45 PM
sebagai karats no 2 jihan selepas maxim, iols akan menyokong AF2014 walaupun meluat tahap tertinggi  ...

khen..sanggup jadik pprt layan af jihan pnye psl. tp iols nak tgk diari je la
Quote Yoongie 3-8-2014 06:10 PM
aku rasa dia ni patut menang abpbh tu sejak tahun2 sblumnya lagi.
Quote cemolot 3-8-2014 06:35 PM
maxim posted on 3-8-2014 05:57 PM
khen..sanggup jadik pprt layan af jihan pnye psl. tp iols nak tgk diari je la

bagus idea uols tu...tak lah iols seksa mengadap lawak terencat si hidung besar tu..marilah kita meninggikan rating diari AF tapi biarkan rating konsert merudum..kehkeh
Quote zila_hakimie 3-8-2014 06:57 PM
cemolot posted on 3-8-2014 05:45 PM
sebagai karats no 2 jihan selepas maxim, iols akan menyokong AF2014 walaupun meluat tahap tertinggi  ...

siapa hos nya uols?
ada dlm artikel kah?
mls nau mmbaca kaka ni

edit: oh.. Zizang
Quote zila_hakimie 3-8-2014 06:59 PM
maxim posted on 3-8-2014 05:56 PM
i will do anything for jihan..

perghhhhhhhhhh

me too.. will do anything for @yusry15
Quote cemolot 3-8-2014 07:09 PM
zila_hakimie posted on 3-8-2014 06:57 PM
siapa hos nya uols?
ada dlm artikel kah?
mls nau mmbaca kaka ni

urghhh allergy sungguh dengan nama itu
Quote hambaallah1709 3-8-2014 07:11 PM
murah rezki jihan skang...
muke pon nmpk mkin lawa & berseri2...
dah xnampak kekampungan sangat macam dolu2. .
Quote Suchi 3-8-2014 07:18 PM
MissLibra posted on 3-8-2014 04:58 PM
Sekarang tengah laku semua orang suka. Harap jihan pandai jaga diri.

hurnm risau plak bila tahu jihan tgh laku skrg nih
rasa lebih suka dia yg dulu tu huhu
sbb risau takut nnt dah jd tak best
lg plak kalo byk kuar tv
takut jd cam retis2 yg seangkatan beliau
Quote maxim 3-8-2014 07:21 PM
zila_hakimie posted on 3-8-2014 06:59 PM
perghhhhhhhhhh

me too.. will do anything for @yusry15

motip yusry nak menumpang kegemilangan jihan
Quote mushroomsup 3-8-2014 07:40 PM

What A Life... haahha.. pagi raya dok ulang2 tayang Jihan tak nak balik raya
Quote cemolot 3-8-2014 07:50 PM
by the way, iols terlepas cerita jihan nak buat open house (sequel jihan tak nak balik raya)..anyone ada link x??

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.144827 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top