CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Berlakon Jadi Wanita Menepati Hukum Syariat - Fizz Fairuz

25-7-2014 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12075| Komen: 46

Tak Salah 'Jadi' Perempuan Kalau Caranya Relevan - Fizz Fairuz

Salah satu babak lakonan Fizz Fairuz (kiri) yang menyamar menjadi wanita bernama Johanna dalam filem 'Mat Tudung'.

Dalam keterujaan aktor Fizz Fairuz, 34, mendapat khabar gembira mengenai kehamilan isterinya, Almy Nadia, anak jati Pahang itu turut tidak sabar menantikan filem komedi lakonannya, 'Mat Tudung' menjengah pawagam pada hari raya pertama kelak.

Menyatakan pendiriannya mengenai watak menerusi filem terbitan KRU Studios berkenaan, Fizz yang membawakan karakter seorang lelaki yang menyamar dalam persalinan wanita memberitahu bahawa dia tidak khuatir perwatakan itu akan menimbulkan isu memandangkan ia adalah salah satu seni lakonan.


Menyedari sebelum ini terdapat beberapa pendapat yang menyuarakan agar tidak membenarkan lelaki membawa watak wanita dalam sesebuah karya terbitan sama ada di kaca televisyen, di layar lebar, di panggung teater, di pentas persembahan waima di mana sekalipun, namun Fizz beranggapan bahawa seni lakonan itu adalah sesuatu yang subjektif. Ia tidak perlu disekat jika ada sebab yang kukuh untuk menzahirkan kreativiti pengkarya.

“Jika zaman dahulu, golongan hawa dilarang membabitkan diri dalam sebarang persembahan pentas sama ada tarian, nyanyian ataupun lakonan. Disebabkan itu, seandainya ada persembahan yang memerlukan watak wanita, pelakon lelaki yang akan menggalas peranan terbabit dengan mengenakan pakaian serupa mereka.

Jadi, isu telah wujud sekian lama dalam industri seni tempatan malah di peringkat global juga. Dan tidak perlu dipersoalkan kerana seni itu perlukan minda yang terbuka untuk menerima dan mentafsirnya, kemudian barulah ia bergelar karya.

“Apapun, pandangan saya ini bukan bermaksud saya bersikap konservatif, cuma ia adalah satu pendapat yang benar dan tidak menyalahi hukum syariat selagi niat yang ditetapkan adalah demi mencari rezeki yang halal menerusi cara relevan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 25-7-2014 02:35 PM
azabnyer kaler baju..mcm asikrim pedel pop
Quote clarizsa 25-7-2014 02:37 PM
cam best je citer ni.... teringin nk tgk... tp cam geli tgk rosnah mat aris n watak gay mkn pisang penuh napsu tuh... euuww
Quote encikWawad 25-7-2014 02:51 PM
ditanya soal agama pada yg tah sapa2 - maka dapat jawapan yg tah hapa2 lah
btw kalau kontreversi demi nak upkan filem ni - rasanya no way kott
since fizz ni sendu2an jahh - tambahan orang sibuk2 nak raya ni
Quote gekkou 25-7-2014 03:07 PM
"Apapun, pandangan saya ini bukan bermaksud saya bersikap konservatif, cuma ia adalah satu pendapat yang benar dan tidak menyalahi hukum syariat selagi niat yang ditetapkan adalah demi mencari rezeki yang halal menerusi cara relevan," katanya.


hukum syariat tu beliau maksudkan hukum agama la eh?
bukan x leh ke lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya?
releven kah?
Quote znuyul 25-7-2014 03:59 PM
berpakaian merupai jantina sebaliknya memang menyalahi agama..
Quote budakmanentah 25-7-2014 04:04 PM
esok kat akhirat pon blh jwb mcm tu ye?
Quote annehuda 25-7-2014 04:15 PM
ko ni biar betul fizo ooiiii????
Quote senahsanasini 25-7-2014 04:23 PM
G belajar blk ilmu tauhid dan akidah la peruzzzz oiii
Quote muo1202 25-7-2014 04:23 PM
situasi yg sama macam yg dibuat oleh 'kajol' yg dah kena denda n penjara kan... kes fizz ni mcm mne pulak yer... satu mesia yg tengok pulak tu....
Quote senahsanasini 25-7-2014 04:23 PM
annehuda posted on 25-7-2014 04:15 PM
ko ni biar betul fizo ooiiii????

Fizo ke fairuzzz???
Quote maxim 25-7-2014 04:38 PM
senahsanasini posted on 25-7-2014 04:23 PM
Fizo ke fairuzzz???

Fizzo fairuz
Quote dondangdendang 25-7-2014 04:46 PM
senahsanasini posted on 25-7-2014 04:23 PM
Fizo ke fairuzzz???

hahahhaha
Quote supernaturalee 25-7-2014 04:50 PM
maxim posted on 25-7-2014 04:38 PM
Fizzo fairuz

fifi fairuz fuiyo
Quote senahsanasini 25-7-2014 04:54 PM
maxim posted on 25-7-2014 04:38 PM
Fizzo fairuz

Eyhh mcm ckp dgn dri sendri plak.. BOOM.
ekekekeke
Quote enchikfitz 25-7-2014 05:31 PM
Bimbo nau jawapan dia
Quote ex-bantal.B 25-7-2014 05:37 PM
kaka @kakikuDibibirmu beri 2,3 sepatah kata, sbb dgr kabar kaka pun dah berhijab.. fizz fairuz ikut jejak kaka ni. kahkahkah..
Quote mixed 25-7-2014 05:50 PM
ada tertgk trailer cite lawak la jugak
bole layan sikit2

kisahnya fizz nk ngorat nellydia sb tu heols menyamar jd pompan bertudung fareeda
tp abis satu rmh syok kt heol dr mak,ayah & abang nelly

[youtube]/NOoZ-sEqKjk[/youtube]
Quote mixed 25-7-2014 05:50 PM
izu islam pn ada uols pakai tudung
Quote esbok 25-7-2014 05:58 PM
part nely bukak tudung tu macam macam macam tak patutt je

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.134753 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top