DEK simpati dengan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel, maka wujudlah pelbagai tabung dana khas membantu penduduk negara itu. Begitu pun, kewujudan pelbagai tabung dana khas itu menyebabkan ada segelintir pihak seolah-olah mempersoalkan hala tuju sebenar 'kepergian' sumbangan berkenaan. Tidak kurang, ada juga yang mempertikaikan adakah sumbangan tabung dana khas berkenaan sampai ke tangan pihak yang sepatutnya?. Menjawab mengenai perkara itu, pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah menyeru agar menghentikan sebarang pertikaian yang berbaur ke arah tersebut. "Ya, saya tidak nafikan, dulu saya juga pernah berfikiran begitu iaitu ketika sebelum saya ada fahaman dan rasa cinta yang kuat terhadap penderitaan dan kesengsaraan masyarakat Palestin. "Apatah lagi, apabila kita ini sebagai manusia, memang selalu berfikir dengan terlampau kompleks. "Tapi, tolonglah janganlah mempersoalkan hal berkenaan, sebaliknya persoalkanlah apa yang disumbang diri dan itu lebih bermanfaat," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas sidang media Pray 4 Gaza: Himpunan Peduli Ummah. Tambahnya, semua pihak perlu bersikap mengambil tahu akan kejadian itu bagi mengelakkan perkara sebegitu terjadi. Malah, kata pengacara Al Hidayah ini lagi, masyarakat Palestin sangat bersyukur, menghargai dan berbesar hati apabila kerap menerima sumbangan dari masyarakat Malaysia. Pray 4 Gaza : Himpunan Peduli Ummah Yatt yang turut aktif dalam misi-misi kemanusiaan memohon masyarakat menghadiri program Pray 4 Gaza : Himpunan Peduli Ummah yang akan berlangsung pada Jumaat ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, mulai jam 3 petang sehingga 12 tengah malam. Menurut Yatt, Pray 4 Gaza: Himpunan Peduli Ummah adalah gerakan bersepadu secara besar-besaran melalui cetusan idea Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) dan Nasyeed.com serta disertai lebih 100 rakan-rakan artis dan selebriti tanah air seperti Radhi OAG, Afdlin Shauki, Faizal Ismail, Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan lain-lain. "Program ini bakal diisi dengan Bazar Gaza, kutipan tabung Gaza, lelongan amal, pelbagai pameran, solat Maghrib, Isyak dan tarawih dan hajat berjemaah, pidato Palestin serta persembahan pentas oleh artis," katanya. Program ini kemudian disambut penuh komitmen dan sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). "Ideanya tercetus tatkala bersahur. Ketika itu, saya dan rakan-rakan dari Munsyid Malaysia dan Nasyeed.com saling berbalas aplikasi WhatsApps dan saling berkongsi perasaan sedih dengan peristiwa yang berlaku di Gaza. "Saya memikirkan usaha yang ada ini bagaikan tidak mencukupi dan kita sebagai saudara Islam perlu melakukan sesuatu yang lebih besar dalam mengutip dana memberikan sumbangan kepada penduduk di sana. "Saya tidak sangka ia mendapat maklum balas hebat dan kami semua menganggap program ini adalah program 1Malaysia," katanya. 'Selangor Humanitarian Fund' Bagi mengumpul dana, Yatt menerusi Usrah Suci dan gabungan tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Aqsa Syarif, Islamic Relief Malaysia, Muslim Care, Aman Palestin, Cakna Palestin serta Yayasan Amal Malaysia ini mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Selangor Humanitarian Fund'. "Bazar Gaza menggabungkan lebih 20 gerai jualan yang dikendalikan selebriti tanah air bersama-sama sukarelawan menjual barangan atau produk disumbangkan badan-badan korporat, usahawan, individu, dan selebriti sendiri. "Semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung dana khas ini dan kami tidak mengambil langsung sebarang keuntungan yang diperoleh. "Malah, tabung dana khas ini berlangsung setiap masa. Kami tidak menganggap ini sebagai isu bermusim sebaliknya ia isu orang Islam," katanya. Sementara itu, Yatt meletakkan harapan tinggi agar program ini menjadi pemangkin dan pencetus kepada gerakan yang lebih besar dalam membantu menangani krisis yang melanda penduduk Gaza, kelak.
|
4
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bimmo posted on 22-7-2014 07:33 AM
Klu x pasti tabung tu benar atau tidak....elok bank in terus ke Aman Palestine...utk kemudahan ini ...
bimmo posted on 22-7-2014 07:33 AM
Klu x pasti tabung tu benar atau tidak....elok bank in terus ke Aman Palestine...utk kemudahan ini ...
seb_baik posted on 22-7-2014 08:10 AM
skrg ni kat mana2 bazaar ramadhan pun org duk tadah tabung kutip derma palestin. mmg sejujurnya aku ...
ADVERTISEMENT