CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8065|Reply: 32

Yatt Hamzah: Tabung Gaza dipertikai..

[Copy link]
Post time 21-7-2014 04:16 PM | Show all posts |Read mode



DEK simpati dengan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel, maka wujudlah pelbagai tabung dana khas membantu penduduk negara itu.

Begitu pun, kewujudan pelbagai tabung dana khas itu menyebabkan ada segelintir pihak seolah-olah mempersoalkan hala tuju sebenar 'kepergian' sumbangan berkenaan.

Tidak kurang, ada juga yang mempertikaikan adakah sumbangan tabung dana khas berkenaan sampai ke tangan pihak yang sepatutnya?.

Menjawab mengenai perkara itu, pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah menyeru agar menghentikan sebarang pertikaian yang berbaur ke arah tersebut.

"Ya, saya tidak nafikan, dulu saya juga pernah berfikiran begitu iaitu ketika sebelum saya ada fahaman dan rasa cinta yang kuat terhadap penderitaan dan kesengsaraan masyarakat Palestin.

"Apatah lagi, apabila kita ini sebagai manusia, memang selalu berfikir dengan terlampau kompleks.

"Tapi, tolonglah janganlah mempersoalkan hal berkenaan, sebaliknya persoalkanlah apa yang disumbang diri dan itu lebih bermanfaat," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas sidang media Pray 4 Gaza: Himpunan Peduli Ummah.

Tambahnya, semua pihak perlu bersikap mengambil tahu akan kejadian itu bagi mengelakkan perkara sebegitu terjadi.

Malah, kata pengacara Al Hidayah ini lagi, masyarakat Palestin sangat bersyukur, menghargai dan berbesar hati apabila kerap menerima sumbangan dari masyarakat Malaysia.

Pray 4 Gaza : Himpunan Peduli Ummah

Yatt yang turut aktif dalam misi-misi kemanusiaan memohon masyarakat menghadiri program Pray 4 Gaza : Himpunan Peduli Ummah yang akan berlangsung pada Jumaat ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, mulai jam 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Menurut Yatt, Pray 4 Gaza: Himpunan Peduli Ummah adalah gerakan bersepadu secara besar-besaran melalui cetusan idea Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) dan Nasyeed.com serta disertai lebih 100 rakan-rakan artis dan selebriti tanah air seperti Radhi OAG, Afdlin Shauki, Faizal Ismail, Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan lain-lain.

"Program ini bakal diisi dengan Bazar Gaza, kutipan tabung Gaza, lelongan amal, pelbagai pameran, solat Maghrib, Isyak dan tarawih dan hajat berjemaah, pidato Palestin serta persembahan pentas oleh artis," katanya.

Program ini kemudian disambut penuh komitmen dan sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Ideanya tercetus tatkala bersahur. Ketika itu, saya dan rakan-rakan dari Munsyid Malaysia dan Nasyeed.com saling berbalas aplikasi WhatsApps dan saling berkongsi perasaan sedih dengan peristiwa yang berlaku di Gaza.

"Saya memikirkan usaha yang ada ini bagaikan tidak mencukupi dan kita sebagai saudara Islam perlu melakukan sesuatu yang lebih besar dalam mengutip dana memberikan sumbangan kepada penduduk di sana.

"Saya tidak sangka ia mendapat maklum balas hebat dan kami semua menganggap program ini adalah program 1Malaysia," katanya.

'Selangor Humanitarian Fund'

Bagi mengumpul dana, Yatt menerusi Usrah Suci dan gabungan tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Aqsa Syarif, Islamic Relief Malaysia, Muslim Care, Aman Palestin, Cakna Palestin serta Yayasan Amal Malaysia ini mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Selangor Humanitarian Fund'.

"Bazar Gaza menggabungkan lebih 20 gerai jualan yang dikendalikan selebriti tanah air bersama-sama sukarelawan menjual barangan atau produk disumbangkan badan-badan korporat, usahawan, individu, dan selebriti sendiri.

"Semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung dana khas ini dan kami tidak mengambil langsung sebarang keuntungan yang diperoleh.

"Malah, tabung dana khas ini berlangsung setiap masa. Kami tidak menganggap ini sebagai isu bermusim sebaliknya ia isu orang Islam," katanya.

Sementara itu, Yatt meletakkan harapan tinggi agar program ini menjadi pemangkin dan pencetus kepada gerakan yang lebih besar dalam membantu menangani krisis yang melanda penduduk Gaza, kelak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 04:25 PM | Show all posts
huh...tajuk mengelirukan org..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:52 PM | Show all posts
Tajuk agak celaru ...sabar jerlah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa hari lg nak raya ni wei.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 06:52 PM | Show all posts
Bantulah rakyat Palestin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:38 PM | Show all posts
tajuk misleading la....
betul la dia cakap tu... nak derma, derma seikhlasnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kadang-kadang terfikir gak. kita buat tabung kemanusian untuk rakyat palestin. hasilnya berjuta-juta. mmg prihatin rakyat malaysia.

tapi rakyat malaysia sendiri ramai yg hidup dlm kedaifan. kenapa rakyat malaysia xnk tolong rakyat senegara. adakah sbb semua berfikiran yg rakyat malaysia sendiri yg malas n xnk berusaha.

contoh yg mudah duit zakat. duit tu x sampai pd org yg layak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:32 AM | Show all posts
depan mata dalam negara ni banyak , banyak sgt yg merana. Susah nak comment lelebeh .. Menyayat hati tengok org mesia sendiri terompang amping jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 07:33 AM | Show all posts
Klu x pasti tabung tu benar atau tidak....elok bank in terus  ke Aman Palestine...utk kemudahan ini saya sertakan no akaun dia..86-0046035-3..Beramal lah ke jalan Allah...Semoga apa yg dihulurkan dapat meringankan beban org Palestine...klu x pasti dgn no ni...blh check sendiri dlm google
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:40 AM | Show all posts
bimmo posted on 22-7-2014 07:33 AM
Klu x pasti tabung tu benar atau tidak....elok bank in terus  ke Aman Palestine...utk kemudahan ini  ...

Tolong bagi info secukupnya, nama bank, nama atas akaun bank sekali. Thank u.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:40 AM | Show all posts
bimmo posted on 22-7-2014 07:33 AM
Klu x pasti tabung tu benar atau tidak....elok bank in terus  ke Aman Palestine...utk kemudahan ini  ...

Tolong bagi info secukupnya, nama bank, nama atas akaun bank sekali. Thank u.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:10 AM | Show all posts
skrg ni kat mana2 bazaar ramadhan pun org duk tadah tabung kutip derma palestin. mmg sejujurnya aku meragui. sbb yg tukang kutip tu muka budak2 yg selama ni jual buku tepi jln, jual brg dr rmh ke rumah yg xberapa nk laku tu. skrg dia gantung tabung kat leher rayuannya bagai rayuan derma utk diri sndr. risau. tidak la aku berkra sgt nk derma tp ku takut pergi ke lain. mmg niat sedekah tp dlm hati nk dia moga2 sumbangan walau sehengget 2 hengget tu blh sikit sebanyak ringan beban depa. tp klu mcm ni ku xdapat elak dr was was

rasanya tabung palestin gaza ni bukan baru 1 2 mggu ni org kutip dh bertahun xkan xsampi jutaan lagi. tp maaf klu aku katakan aku xnmpk byk sgt pun yg betul2 sumbangan rakyat malaysia ke gaza kecuali duk hantar artis ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:54 AM | Show all posts
seb_baik posted on 22-7-2014 08:10 AM
skrg ni kat mana2 bazaar ramadhan pun org duk tadah tabung kutip derma palestin. mmg sejujurnya aku  ...

bersangka baik, artis pergi walaupun utk publisiti diri, tapi pergi pakai duit sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:57 PM | Show all posts
kekadang memang nampak macam layak dipertikai kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 05:02 PM | Show all posts
Tolong bagi info secukupnya, nama bank, nama atas akaun bank sekali. Thank u.

Ini no akaun CIMB...selamat menderma..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 05:03 PM | Show all posts
Akaun ni atas nama Aman Malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 05:05 PM | Show all posts
Sorry...Akaun atas nama Aman Palestine...Nnt keluar slip  tertera Aman Palestine..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 05:11 PM | Show all posts
bukan ni dah lepas ke? minggu lps kan? mcm ada tgk poster dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 08:23 AM | Show all posts
apa susah. siapa ada bank online to add favourite jelah akaun aman palestin. nk no akaun pergi crk kt facebook dorg tu.. so klu rasa derma tu bila2 pn boleh buat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 09:17 AM | Show all posts
aku slalu bank in kt muslim care malaysia..muslim care ada buka kilang roti kt sana..
roti2 akan diberi percuma kt rakyat di sana dr duit sumbangan kita..
minggu lps suami salima dtg bg tazkirah kt ofis aku..ustaz ada citer la tentang keadaan kt sana..
paling sedih masa ustaz dan rakan2 ke syria..ustaz bgtau diorg hari2 mkn ranting kayu selama 7-8 bln..
kalau ada kotak diorg akan buat sup kotak dan kalau terdesak sgt diorg akan sembelih kucing utk mkn..
bila dgr jer semua menagis..mmg sgt2 kesian dgn keadaan diorg kt sana..sama jugakla dgn kt palestin..
budak2 kutip habuk roti utk mengalas perut.. Last edited by mamapea on 23-7-2014 09:18 AM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068101 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list