Azad Jazmin Kesal Dituduh Terlibat Dengan Skim Cepat Kaya Azad kesal apabila ramai yang menuduhnya menjalankan perniagaan MLM dan skim cepat kaya yang menipu orang ramai.
Contoh motor Ducati Diavel. Azad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan pengunjung-pengunjung blog hiburan tempatan yang mempertikaiakan kemampuannya membeli sebuah motor berkuasa besar Ducati Diavel, manakala isterinya pelakon Eira Syazira sedang membuat pinjaman bagi sebuah kereta jenis Mitsubihsi Evo. Mereka turut menuduh pasangan suami-isteri itu menjalankan bisnes berkonsepkan skim cepat kaya dengan niat memperdaya orang ramai. Tambah Azad, bisnes Rania Marketing yang dijalankan bukan skim cepat kaya atau MLM sebaliknya berkonsepkan perniagaan pemasaran rangkaian (Network Marketing). "Mereka salah anggap dengan konsep-konsep pemasaran ini. Saya ingin jelaskan bahawa perniagaan ini bukan MLM atau skim cepat kaya sebaliknya kita ada produk untuk dijual iaitu produk kosmetik Rania dan perniagaan ini ialah Networking Marketing. "Saya merupakan orang pertama yang dilantik untuk jadi stokis dan tanggungjawab saya mencari stokis-stokis lain yang berminat untuk menjual produk ini," ujarnya. Jelasnya, produk tersebut diusahakan oleh pengasas produk kosmetik Natasya iaitu Datuk Suhaimi Othman. Tambah Azad lagi, dia tidak pernah berniat untuk menjalankan perniagaan yang berunsurkan penipuan terutama di dalam bulan Ramadan ini. Dia akui kecewa apabila niat baik untuk membantu bangsa Melayu dalam memulakan perniagaan telah disalah ertikan. "Saya tidak pernah niat nak menipu dan ambil jalan mudah untuk jadi kaya, tetapi ramai yang tidak henti-henti tuduh saya jual air liur sahaja. "Kalau betul niat saya baik untuk membantu ekonomi orang Melayu, mereka akan tanggung semua fitnah-fitnah tersebut," katanya. |
"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.
Multi-level marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they personally generate, but also for the sales of the other salespeople that they recruit. This recruited sales force is referred to as the participant's "downline", and can provide multiple levels of compensation. Other terms used for MLM include pyramid selling, network marketing, and referral marketing. According to the US FTC, some companies that use multi-level marketing exploit members of their networks and constitute illegal pyramid schemes.
ADVERTISEMENT