CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12600|Reply: 91

Beli Ducati Diavel, Azad Jasmin kesal dituduh joint Skim Cepat Kaya

[Copy link]
Post time 15-7-2014 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Azad Jazmin Kesal Dituduh Terlibat Dengan Skim Cepat Kaya
Azad kesal apabila ramai yang menuduhnya menjalankan perniagaan MLM dan skim cepat kaya yang menipu orang ramai.



PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin kesal keputusannya membeli sebuah motosikal berkuasa besar iaitu Ducati Diavel berharga lebih RM100,000 dikatakan hasil wang penipuan selepas menjalanjan perniagaan skim cepat kaya.

Azad atau nama sebenarnya  Azad Jazmin John Louis Jeffri, 38, berkata, pembelian motosikal itu adalah hasil lakonannya ditambah dengan pendapatan sampingan menjalankan perniagaan berkonsepkan Networking Marketing iaitu Rania Marketing.

"Saya kesal orang ramai salah anggap kenyataan saya beli motor Ducati hasil bisnes seperti Mutilevel Marketing (MLM) atau skim cepat kaya.

"Walhal mereka tidak tahu sebenarnya saya guna duit lakonan saya selama ini dan juga duit bisnes tersebut. Lagipun saya memang sudah lama mengidamkan untuk mempunyai sebuah motorsikal Ducati.




"Sejak mula berlakon saya sudah letak sasaran untuk membelinya dan saya tidak sangka saya dapat memenuhi impian saya lebih awal lebih," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

[size=0.75em]Contoh motor Ducati Diavel.


Azad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan pengunjung-pengunjung blog hiburan tempatan yang mempertikaiakan kemampuannya membeli sebuah motor berkuasa besar Ducati Diavel, manakala isterinya pelakon Eira Syazira sedang membuat pinjaman bagi sebuah kereta jenis Mitsubihsi Evo.

Mereka turut menuduh pasangan suami-isteri itu menjalankan bisnes berkonsepkan skim cepat kaya dengan niat memperdaya orang ramai.

Tambah Azad, bisnes Rania Marketing yang dijalankan bukan skim cepat kaya atau MLM sebaliknya berkonsepkan perniagaan pemasaran rangkaian (Network Marketing).

"Mereka salah anggap dengan konsep-konsep pemasaran ini. Saya ingin jelaskan bahawa perniagaan ini bukan MLM atau skim cepat kaya sebaliknya kita ada produk untuk dijual iaitu produk kosmetik Rania dan perniagaan ini ialah Networking Marketing.

"Saya merupakan orang pertama yang dilantik untuk jadi stokis dan tanggungjawab saya mencari stokis-stokis lain yang berminat untuk menjual produk ini," ujarnya.

Jelasnya, produk tersebut diusahakan oleh pengasas produk kosmetik Natasya iaitu Datuk Suhaimi Othman.

Tambah Azad lagi, dia tidak pernah berniat untuk menjalankan perniagaan yang berunsurkan penipuan terutama di dalam bulan Ramadan ini.

Dia akui kecewa apabila niat baik untuk membantu bangsa Melayu dalam memulakan perniagaan telah disalah ertikan.

"Saya tidak pernah niat nak menipu dan ambil jalan mudah untuk jadi kaya, tetapi ramai yang tidak henti-henti tuduh saya jual air liur sahaja.

"Kalau betul niat saya baik untuk membantu ekonomi orang Melayu, mereka akan tanggung semua fitnah-fitnah tersebut," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 09:23 AM | Show all posts
Ni company ex mertua jimmy shanley. Heeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaah..
Cuak lettew org dah tau

Ko ckp pusing mna pun ttp biz gtu jahanamkn org bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:35 AM | Show all posts
nanti dah lingkup baru dia ckp
selama ni depa tipu saya kata bisness ni halal
retis meleis memang cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:35 AM | Show all posts
dia awal kaya la yang masuk lambat melopong jela tgk upline kaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:38 AM | Show all posts
artis..mane nak ngaku..ada je alasannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 09:40 AM | Show all posts
Tolong bangsa melayu lah sangat kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:49 AM | Show all posts
bukan aritu dia ke yg kata dia beli moto pakai duit hasil bisnes MLM dia tu?

"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.

http://www.malaysiandigest.com/hiburan/508558-lagi-dikecam-lagi-kami-murah-rezeki-eira-azad.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 09:50 AM | Show all posts
AMNESIA SANGAT
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:52 AM | Show all posts
ayat standard MLM sgt

pastu defensive tak menentu
walhal dah meriak bagi statement evo etc



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:54 AM | Show all posts
dah nama pun MLM.... tak menindas org bwh tak sah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:58 AM | Show all posts
kaki putaq belit sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:58 AM | Show all posts
orang MLM dan riak berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:14 AM | Show all posts
Ko cakap la network marketing ke
Pyramid markeitng ke
ttp la same je
sile rujuk wikipedia ye

Multi-level marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they personally generate, but also for the sales of the other salespeople that they recruit. This recruited sales force is referred to as the participant's "downline", and can provide multiple levels of compensation. Other terms used for MLM include pyramid selling, network marketing, and referral marketing. According to the US FTC, some companies that use multi-level marketing exploit members of their networks and constitute illegal pyramid schemes.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke aritu mmg ko ckp hasil bisnes ni ke ko dh mampu beli moto tu pastu bini ko tgh tggu loan lulus je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:51 AM | Show all posts
kahkahkah nak kencing kaki kencing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 11:58 AM | Show all posts
org melayu ni tak serik2 kena tipu dgn sistem MLM ni..masih ada yg join..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:14 PM | Show all posts
Boikot artis sendu ni.

boikot rania skim cepat kaya.


Last edited by CiliPadiSedap on 15-7-2014 12:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:25 PM | Show all posts
booooo!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:45 PM | Show all posts
Rania Skim Cepat Kaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.303974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list