CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mawi Kini Bergelar Pengarah!

16-7-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9388| Komen: 36

AKSI bersahaja Mawi ketika mengarahkan telefilem Rock Sangkut untuk tayangan pada Aidilfitri ini.


Meskipun nama-nya sudah tidak menjadi fenomena seperti dulu, karier seni Asmawi Ani atau Mawi masih bernafas lagi.
Bukan sekadar menya-nyi, Mawi juga aktif di belakang tabir.

Pengalaman hampir sedekad menjadi anak seni nyata digunakan Mawi, 32, sebaik mungkin. Walaupun pembabitannya dalam nyanyian masih diterima, namun bakat yang ada wajar dikembangkan.

Justeru, menerusi syarikat produksi miliknya, Mawi kini duduk di kerusi pengarah untuk berkarya.

Bahkan, hasil karya-nya yang akan menemui penonton pada Aidilfitri nanti iaitu telefilem Rock Sangkut.

Mawi yang ditemui ketika penggambaran telefilem itu di Sepang, baru-baru ini berkata, Rock Sangkut mengangkat kisah komedi tiga pemuda kampung yang nekad berhijrah ke ibu kota untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi rock popular.

“Bagaimanapun, pelbagai insiden tak diduga perlu diharungi mereka. Namun, demi cita-cita diimpikan itu mereka akur dan tabah menempuh dugaan.

“Saya yakin penonton akan terhibur me-nyaksikan telefilem Rock Sangkut ini yang akan disiarkan Astro pada raya pertama nanti. Telefilem ini padat dengan komedi dan pengajaran.

“Apa yang pasti, telefilem ini menggabungkan tiga pelakon berbakat tanah air iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud. Gabungan mereka bertiga cukup serasi,” katanya.

Menurut Mawi, walaupun pengalamannya dalam pengarahan tidaklah sehebat mana, namun dia gigih berusaha. Bahkan, dia selesa berbincang dengan pelakon.

Berbicara mengenai cabaran dihadapinya, Mawi berkata, apa yang lebih mencabar ialah tempoh penggambaran.

Katanya, telefilem Rock Sangkut dihasilkan dalam tempoh lima hari.

“Tak dinafikan tempoh penggambaran dilakukan itu agak singkat tetapi saya bertuah kerana mendapat pelakon dan barisan tenaga kerja produksi berpengalaman. Jadi, mereka semua banyak membantu.

“Apatah lagi, telefilem ini  tiada heroin. Kisah pula bergenre komedi ringan dan hanya diterajui tiga pelakon lelaki sebagai watak utama. Maka, ia tidaklah begitu sukar,” katanya.

Berbicara mengenai karier utamanya sebagai pe-nyanyi, Mawi berkata, dia bersyukur rezeki buatnya masih ada. Bahkan, dia dan isteri, Ekin juga mengusahakan perniagaan lain.

Antara produk perniagaan diusahakan pasangan ini ialah makanan kesihatan di bawah label Une-Quein Sdn Bhd serta butik Une-Quein yang memasarkan busana Muslimah, jubah, tudung, baju Melayu dan baju-T berkolar.

Ujar bapa kepada se-orang cahaya mata perempuan dinamakan Cahaya Malaika ini lagi, dia dan isterinya kini cukup aktif berniaga.

Apapun, sepanjang Ramadan ini Mawi dan Ekin mengakui mereka memang tidak menang tangan menerima tempahan baju Melayu, jubah dan tudung untuk dipakai pada Aidilfitri nanti. Malah, tempahan sudah mula diterima sejak beberapa bulan lalu.

“Tempahan diterima bukan saja dalam kalangan masyarakat dan peminat, tetapi rakan artis juga berminat. Setakat ini, di butik kami memiliki lebih 10 pilihan warna dan rekaan yang unik dan berbeza.

“Sebagai salah satu strategi pemasaran, saya juga sering memakai baju Melayu jenama UneQuein terutama ketika mengadakan persembahan pentas. Sejak itu, syukur produk butik kami semakin mendapat perhatian,” katanya.

Cukup dikenali peminatnya dengan lagu Al-Haq yang dinyanyikan secara duet dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal, anak jati dari Kulai, Johor ini memaklumkan dia sentiasa berusaha mendapatkan lagu terbaik untuk dirakam sebagai single.

Katanya, apapun bukan mudah mendapatkan lagu yang bagus.

8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 15-7-2014 08:17 AM
well done mawi..
Quote kucen_miang 15-7-2014 08:21 AM
pasti @dino kembang semangkuk
Quote lazim 15-7-2014 08:31 AM
setiap kali permulaan artikel pasa mawi mesti wartawan nak tulis "walaupun namanya sudah tidak segah dahulu/ tidak lagi menjadi fenomena/suram bla3..

padahal sah2 mawi sentiasa ada produk yg baik. single2 dia pon berkualiti
Quote housequeen 15-7-2014 08:37 AM
Well done Mawi..! Yg penting usaha yg gigih utk cari rezeki yg halal...semoga semakin dimurahkan rezeki..
Quote ellZack 15-7-2014 08:54 AM
Tengok dari pelakon, mcm best.
Quote fellahumaira 15-7-2014 09:04 AM
ermm..cam besh sajorr
Quote redz85 15-7-2014 09:06 AM
haritu tertengok dia dalam ketuk ketuk ramadhan.. lawak jugak
Quote znuyul 15-7-2014 09:09 AM
teruskan usaha mencari rezeki yang halal..
Quote dino 15-7-2014 09:11 AM
@kucen_miang
korang mmg ketinggalan aaa....

p/s motif takleh nak reply post.....
Quote haiku 15-7-2014 09:58 AM
Ini bukan 1st time Mawi jadi director. Dah ada 2/3 telefilem sebelum ni.

Hebat jgk ni shooting 5 days saja. Save budget byk ni :lol
Quote sekel 15-7-2014 10:14 AM
janji masyukkkkkkkkkk
Quote jaja4 15-7-2014 11:34 AM
ok la. janji berusaha cari duit ngn usaha sendiri.
Quote idadzira 15-7-2014 12:06 PM
ok la mawi teruskan berusaha
Quote MANLINGKONG1984 15-7-2014 12:11 PM
tahniah mawi
Quote mizz_fatyn 15-7-2014 02:20 PM
gud job bang mawi..
Quote mawibotak 15-7-2014 05:07 PM
Thank u thank u. Hehe
Quote ex-bantal.B 15-7-2014 05:11 PM
sawi mawi dua dua aku tak minat.
Quote Suchi 15-7-2014 05:52 PM
hai mawi
teringat kngan laluuuu
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2014 07:27 PM
dino mawi rosmah               

[youtube]4rJyZgfMbzI[/youtube]

http://youtu.be/4rJyZgfMbzI

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041767 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top