CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Miliki Rokok Seludup

14-7-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3596| Komen: 6

KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai runcit menerima padah apabila dijel sehari dan denda RM1,700 oleh mahkamah majistret, Bachok, semalam, akibat memiliki rokok seludup bernilai RM163.16.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Isa Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Suhardi Mohd Noor, 37, selepas dia mengaku bersalah.

Mohd Suhardi didakwa memiliki barang larangan import itu di sebuah kedai runcit di Pengkalan Petah, Bachok, pada jam 12.25 tengah hari, 16 Jun 2014.




Antara yang ada dalam milikannya ialah 22 paket Gudang Garam Surya 12; sekarton Gudang Garam Menthol Mild; sembilan paket Gudang Garam Menthol Mild; 11 paket Minna; 49 paket John; 10 paket Premium International; 18 paket Fisher Lights dan dua paket 9’ Century.

Pada prosiding itu, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana menyesal dan masih mempunyai tanggungan.

Mohd Isa kemudian memutuskan hukuman itu dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dalam tempoh empat bulan serta-merta, jika denda gagal dijelaskan.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, boleh dihukum di bawah  Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama.

Kes dikendalikan, Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Karthy Gasedev Deva Rajoo, memohon hukuman setimpal dengan hujah kerajaan serius menangani penyeludupan.

3

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 11-7-2014 09:07 PM
Padan muka.
Quote BumpIQ 12-7-2014 12:16 AM
padan muka...
Quote misslauren 12-7-2014 01:11 AM
Nak beli yang legal takde duit...
Quote Cik_Andak 12-7-2014 06:55 AM
Xsampai juta2 pon....kesian..yg pengedar tak ditangkap pulak..
Quote jengkoil 12-7-2014 06:59 AM
Seludup masuk rokok nga seludup kuar diesel. .. mana lagi lahanat?
Quote Al-Patih 14-7-2014 06:04 AM
ikang bilis yang kono.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050256 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top