CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sarah Raisuddin Kuruskan Badan Agar Suami Selesa Pandang

11-7-2014 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20463| Komen: 92

Description: Sarah, 31, Berkata, Sebagai Seorang Isteri, Dia Enggan Memiliki Tubuh Badan Yang Besar Sehingga Membuatkan Suaminya Itu Kurang Selesa Dan Kerana Itu Dia Sanggup Menurunkan Berat Dari 78kg Hinggalah Ke ...


Sarah bersyukur matlamatnya mahu kurus berjaya. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI


PETALING JAYA: Penyanyi Sarah Raisuddin mengakui cukup berdisiplin dalam menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram (kg) semata-mata mahu suaminya, Shuib (Sepah) senang melihatnya.

Sarah, 31, berkata, sebagai seorang isteri, dia enggan memiliki tubuh badan yang besar sehingga membuatkan suaminya itu kurang selesa dan kerana itu dia sanggup menurunkan berat dari 78kg hinggalah ke 48kg.

"Sebenarnya suami tidak kisah pun cuma saya yang rasa tak senang hati. Tetapi saya mahu apabila suami pulang daripada kerja, sedap sedikit mata memandang melihat saya.

"Bayangkan pernah sekali saya mencuba sepasang baju yang pernah dipakai sebelum ini dan ianya langsung tidak muat.

"Sejak dari hari itu saya meminta izin suami mahu menurunkan berat badan, dan Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan," katanya kepada mStar Online.





Tambah Sarah, dia juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan mengelak makanan berminyak dan bergula selain mengambil buah avacado sebagai makanan tambahan.

Dalam perkembangan lain, Sarah berkata dia bakal merakamkan single lagu terbaharunya dan akan dilancarkan pada tahun ini.

"Ramai yang tanya bila nak ada lagu baru? Tetapi sekarang ini saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga.

"Anak-anak pun makin membesar dan mereka perlu mendapat perhatian lebih daripada saya. InsyaAllah saya akan ke studio dalam  tidak lama lagi bagi merakamkan single lagu baru saya," tuturnya.

Sarah kini mempunyai dua orang anak iaitu Uwais Alqarni, 6 dan Dzahira Talita Zahra, setahun.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing_gebu 8-7-2014 07:33 AM
lawa beliau....jeles I...huhuhuhu...
Quote kakikuDibibirmu 8-7-2014 07:34 AM
cilakak, baru nak first komen
Quote SirihPinang 8-7-2014 07:37 AM
jeles haku..
Quote achik2009 8-7-2014 07:38 AM


shuibsepahtu   Dengan #royalslimlishuomagic ibu maintain kurus...bulan puasa ni mmg siang puasa,tp bila bbuka makan memang tak ingat....lagi byk dr hari biasa dan dah tentu tak healthy.so nak maintain minum #royalslimlishuomagic ok.....Pada yg blom try,ayuh cuba #royalslimlishuomagic
#royalslimlishuomagic #royalslimlishuomagic
@royalbeaupalace
@royalbeaupalace
@royalbeaupalace
@sitisarahraissuddin  18h

Quote achik2009 8-7-2014 07:39 AM
kucing_gebu posted on 8-7-2014 07:33 AM
lawa beliau....jeles I...huhuhuhu...

try lah ambik produk yg dia makan tu...hehe...
Quote kucing_gebu 8-7-2014 07:42 AM
achik2009 posted on 8-7-2014 07:39 AM
try lah ambik produk yg dia makan tu...hehe...

heheheh....I xberani uols...maklumlah sekarang ni byk sgt jd kes...kita dah elok2 makan/pakai dan berkesan...tup2 keluar bgtau produk tu xselamat...beracun...
Quote bambimo 8-7-2014 07:42 AM
achik2009 posted on 8-7-2014 07:38 AM
shuibsepahtu   Dengan #royalslimlishuomagic ibu maintain kurus...bulan puasa ni mmg siang puasa, ...

Yup dia mmg amalkn produk ni..tp mmg ketara perubahan body dia..tahniah lah sarah raisuddin...
Quote fifie_olin 8-7-2014 07:45 AM
kalo btl utk somi...ko berbogel je la dlm umh...khas utk tatapan somi jek...
ni kt luar pon ko tayang...maknanya somi ko share ngan org lain
Quote achik2009 8-7-2014 07:45 AM
bambimo posted on 8-7-2014 07:42 AM
Yup dia mmg amalkn produk ni..tp mmg ketara perubahan body dia..tahniah lah sarah raisuddin...

ha'ah...mmg nampak jauh beza selepas bersalin aritu....harap2 produk tu takde kesan sampingan je nanti...
Quote rosasa 8-7-2014 07:46 AM
tengok kat resepi memikat suami, dia memang kurus sikit la dari dulu, masih ada bam bam skit2..ke record lama tu?

suka dengar shuib cakap dia suka makan masakan sarah...mesti sarah ni memang sedap masak..
Quote achik2009 8-7-2014 07:47 AM
kucing_gebu posted on 8-7-2014 07:42 AM
heheheh....I xberani uols...maklumlah sekarang ni byk sgt jd kes...kita dah elok2 makan/pakai dan  ...

betul gak tu...kang tak pasal2 dapat kesan sampingan yg lain...daripada nak cantik terus jadi hodoh...
Quote enchikfitz 8-7-2014 07:54 AM
Eloklah dia.kurus. Nanti klu gemuk dicerca masyarakat mentaliti pprt katanya.

Apa salahnya korg ambil cara dia kurus dgn cara positif?

Tp aku x brp berkenan dgn cara dia. Sebab dia x exercise.
Quote senahsanasini 8-7-2014 07:58 AM
Elok le niat berhias utk somi..
Quote lolali 8-7-2014 08:09 AM
waaa dia sangat kurus. aku bila lagi ni?
Quote hanezzafirah 8-7-2014 08:11 AM
lolali posted on 8-7-2014 12:09 AM
waaa dia sangat kurus. aku bila lagi ni?

aku pose dah 10 ramadhan ni sekilo pun x turun..
sib baik laki selesa je pandang
Quote lolali 8-7-2014 08:14 AM
hanezzafirah posted on 8-7-2014 08:11 AM
aku pose dah 10 ramadhan ni sekilo pun x turun..
sib baik laki selesa je pandang

aku pun x gerak jarum penimbang tu.pasrahhh
laki dia artis,laki ku rakyat biasa. takde pilihan kne pandang je la.
Quote hanezzafirah 8-7-2014 08:19 AM
lolali posted on 8-7-2014 12:14 AM
aku pun x gerak jarum penimbang tu.pasrahhh
laki dia artis,laki ku rakyat biasa. takde pilihan kn ...

tp w'pun laki die artis...laki iols lagi ensem.
Quote lolali 8-7-2014 08:21 AM
hanezzafirah posted on 8-7-2014 08:19 AM
tp w'pun laki die artis...laki iols lagi ensem.

hahahahha menikam kalbu tuh. tp mmy kenyataan.
Quote crazypink 8-7-2014 08:24 AM
wah cantiknyer body nampak slim

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073964 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top