CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Shuib Kerja Keras Demi Keluarga

9-9-2013 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13235| Komen: 42

Description: Bergelar Bapa, Suami, Selebriti Dan Usahawan, Bukanlah Tugas Mudah Untuk Dipikul Dalam Satu Masa. Malah, Jika Seseorang Itu Gagal Menguruskan Masa Dengan Bijak, Mungkin Salah Satu Daripada Tugas Itu
BERGELAR bapa, suami, selebriti dan usahawan, bukanlah tugas mudah untuk dipikul dalam satu masa. Malah, jika seseorang itu gagal menguruskan masa dengan bijak, mungkin salah satu daripada tugas itu akan terabai sehingga memudaratkan kehidupan.

Namun, bagi pelawak terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 29, semua tugas dan tanggungjawab itu perlu dipikul sebaik mungkin agar kelestarian rumah tangga dan kerjaya berjalan seiring.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata, Uwais Alqarni, setahun lapan bulan dan Dzahira Talita Zahra, tiga bulan, ini, sesibuk mana pun jadual kerjanya, namun dia tidak akan melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak dan isterinya, Siti Sarah Raisudin yang juga seorang penyanyi.


Shuib dan Siti Sarah

"Dalam masa 24 jam sehari, saya hanya memerlukan waktu rehat empat hingga enam jam sahaja. Selain itu, ia adalah waktu untuk saya bekerja dan bersama keluarga.

"Tidak dinafikan, pada awal-awal dulu, memang susah nak bahagikan masa kerana sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan.

"Namun, kini saya dah boleh menguruskannya. Walau macam mana sibuk sekali pun, saya akan luang masa untuk anak.

"Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami tugas saya. Isteri banyak membantu dalam menguruskan anak-anak sewaktu ketiadaan saya," katanya.

Anak berbeza ragam

Walaupun dikekang masa, tetapi Shuib tetap berusaha untuk memenuhi keperluan anak-anaknya.

Katanya, memandangkan anak keduanya masih menyusu badan, tugas untuk menguruskan anak sulung diserahkan kepadanya.

"Setiap malam, saya bangun buat susu untuk anak pertama. Tapi, bila saya pergi kerja, pembantu rumah akan bantu isteri saya urus anak.

"Kami  ada dua pembantu rumah. Isteri memahami kerja saya dan dia tidak akan mengganggu ketika saya bekerja.

"Namun, jika ada masa terluang, saya lebih selesa bersama keluarga. Saya memang seorang yang fokus, bila waktu bekerja, saya akan bekerja. Tapi, bila bersama keluarga, soal kerja atau perniagaan, saya akan tolak tepi," katanya yang mengakui kehidupan berkeluarga banyak mengubah cara hidupnya.

Tambah Shuib lagi, pengalaman bergelar bapa kepada dua anak itu turut mengajarnya dalam mengenal personaliti anak yang berbeza.

"Kalau nak dibandingkan, anak kedua saya lebih senang dijaga dan tidak banyak karenah berbanding anak sulung yang kuat menangis.

"Namun, ia juga menunjukkan perbezaan personaliti di antara anak perempuan dengan lelaki. Kedua-dua anaknya memiliki personaliti  berbeza," katanya lagi.

Sibuk berniaga kopi

Selain berusaha memajukan diri sebagai anak seni, ternyata artis ini terus mara menambah pendapatan menerusi bidang perniagaan pula.

Ini terbukti apabila perniagaan kedai dobi, Aqua Nano, yang baru sahaja diperkenalkan sejak enam bulan lalu, berjaya mendapat sambutan pelanggan.

Menurut Shuib, kedai dobi yang dibuka di Setia Alam itu sememangnya menunjukkan peningkatan positif dari segi keuntungan dan sambutan.

"Alhamdulillah, sejak enam bulan diperkenalkan, kedai saya menunjukkan keuntungan secara berperingkat. Malah, setipa bulan, ia terus meningkat dari masa ke semasa.

"Melihat kepada kejayaan itu, saya ada membuat perancangan untuk membuka cawangan baru di Johor Bahru ( untuk emak saya," katanya yang bakal memasarkan minuman kesihatan berasaskan kopi jenama sendiri, Kopi Shuib.

Tambah Shuib, kopi kesihatan itu bakal diperkenalkan pada pertengahan bulan Oktober nanti.

"Insya-Allah, kalau tiada halangan, saya akan pasarkan pada pertengahan bulan depan. Kopi ini bukan sahaja baik untuk tenaga tetapi kesuburan lelaki.

"Saya jadikan diri saya sebagai model untuk kopi ini memandangkan ianya bertepatan dengan situasi saya yang  sudah memiliki dua cahaya mata dalam tempoh dua tahun berkahwin.

"Kopi ini elok diamalkan pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Walaupun soal cahaya mata adalah ketentuan dari-Nya, namun, tak salah kalau kita mencuba dan berusaha," katanya yang turut mendapat pendedahan dan dorongan daripada penyanyi, Mawi, mengenai dunia perniagaan.

Saingan sengit SS 2

Shuib juga terlibat dalam rancangan realiti berkonsepkan permainan komedi, Super Spontan 2 (SS 2).

Katanya, walaupun ianya terdiri daripada muka baru dan lama, ia turut memberi saingan sengit kepadanya kerana semua peserta yang berentap memiliki kemahiran tersendiri dari segi lawak secara spontan.

"Semuanya pesaing saya dan saya tidak berani nak letakkan siapa yang paling mencabar kemampuan saya. Mereka semua hebat.

"Pun begitu, saya memang teruja dan tidak sabar untuk berentap bersama Jepp.

"Sebelum ini kami dalam satu kumpulan, tetapi dalam SS 2, kami berada di kumpulan berbeza.

"Memandangkan ini adalah rancangan spontan, saya tidak terlalu tekankan dari segi persiapan kerana berdasarkan nasihat peserta musim pertama yang turut bertanding, kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai persiapan.

"Apa yang penting, kita kena memastikan otak tidak berserabut dan biarkan ianya berlangsung secara spontan dan santai serta bersedia dari segi mental dan fizikal," katanya yang menganggotai kumpulan, Ketam Konfius.

SS 2 ini menyaksikan Shuib bergandingan bersama Nabil Ahmad, Yus Jambu, Along Raja Lawak, Suhaimi, Munir dan Almy Nadia untuk berentap menentang kumpulan, Semut Sentap, yang dianggotai Ajak Shiro, Tauke Jambu, Rahim, Johan Raja Lawak, Eko SayWho, Jep serta Noorkhiriah.

SS 2 bersiaran secara langsung bermula 30 Ogos lalu, setiap Jumaat, jam 10.00 malam menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Fear Factor Selebriti Malaysia 2

Dalam pada itu, Shuib turut memberitahu jadual tugasnya kini semakin padat dengan beberapa program lain sehingga hujung tahun ini.

Menurut Shuib, pada bulan Oktober nanti, dia akan berangkat ke Afrika untuk menyahut cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia 2.

"Jadual saya memang agak padat sejak akhir-akhir ini. Minggu hadapan, saya akan menjalani penggambaran telemovie untuk siaran TV9.

"Habis sahaja Fear Factor, saya akan terlibat dalam rancangan, Maharaja Lawak Mega, bermula bulan November nanti.

"Pada tahun hadapan pula, saya akan terlibat dalam promosi dan pelancaran dua filem terbaru iaitu, Usin UFO dan Amir & Lokman Pergi Ke Laut," katanya mengakhiri perbualan.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimi77 8-9-2013 09:47 AM
2 anak 2 pembantu gituuuu
Quote skymania 8-9-2013 09:48 AM
kerlassstt kau... maid ada dua..
Quote norhaz 8-9-2013 10:00 AM
Wah shuib..sampai 2 maid kau..makin kembanglah sarah..baguskan kalau dpt somi cmni..3 ank nt tmbh 3 maid plak. .
Quote alieyrina 8-9-2013 10:07 AM
Ee boring nya cita..reputz mana punya cita ni..tgh top  ni bolehlaa..depa ada kedai  dobi  kan..shuib bwk alpard kut..ka keta sarah x tau la..
Quote mimifa 8-9-2013 10:35 AM
shuib ni bagus...suka tgk dia dan sarah dlm romantika...hrp tak lupa diri mcm AP yg gigih bskandal dgn bini org
Quote lotionmilo 8-9-2013 10:40 AM
alieyrina posted on 8-9-2013 10:07 AM
Ee boring nya cita..reputz mana punya cita ni..tgh top  ni bolehlaa..depa ada kedai  dobi  kan..shui ...

amboiii tak padan dgn kecik pkai alphard
Quote mast3r 8-9-2013 11:07 AM
Shuib sombong kerek.
Quote cmf_blingblings 8-9-2013 11:23 AM
Tak kisahlah asalkan dia kerja, dan nampak hasil kerjanya utk anak-anak dan isteri, berkat wohhh. Tak mcm sesetengah laki artis, pakai keta hebat tapi setakat bodyguard bini jah....
Quote mitnick 8-9-2013 11:25 AM
tergeliat lidah sebut nm anaknya... dua maid gituuu
Quote marumaru 8-9-2013 11:27 AM
i like orang yang berusaha sungguh2 untuk majukan diri camni...especially for the sake of their loved ones ...thumb up
Quote mea 8-9-2013 11:29 AM
Sonok tgk org bahgia...harap sampai akhir hayat...aamin...
Quote immi 8-9-2013 12:16 PM
Kena keje la. Kat mesia ni dunia hiburan byk likunya baik ada bis smbel lawak biasakan bizi so kalo 1 hari ti xlaku dah ada keje nk wat n kalo ada podak n kedai lg senang menten je kualiti..bagus ingat mak dia nk buka cwgn kat kg
Quote none88 8-9-2013 12:36 PM
alaaa standard la tuu...
suami org len pon kerja keras tuk family maaa....
adoii....
Quote jepp 8-9-2013 01:30 PM
btol ke dia sombong??
Quote menjad 8-9-2013 03:46 PM
patut ler siti sarah dah xmaw nyanyi lagi dah... makan cukup segala shuib bagi!... bagus lar
Quote munchkin 8-9-2013 03:46 PM
Member jumpa minum kat nz. Di ngan sarah. Sarah ngandung masa tu. ok je tak sombong bila tegur. Member tu tak kenal pun si shuib ni. Wallahualam.
Quote maxim 8-9-2013 03:48 PM
suka btl pasangan ni

ingt lg time program Romantika, shuib kata sarah terima die time die zero..xde pape..dah la rupa xde, harta pn xde kagum ngan sara alhamdulillah bahagia je dorg skang
Quote mixed 8-9-2013 03:54 PM
Pandai shuib cari duit tok anak bini

X cam mamat tu manjang skandal
Karier tah ke mana

Sempoi je kapel ni xda gedik dlm romantika
Pg mancing ikan je kt tepi sawah

X cam artis lain berlakon romantik konon
Lg2 lisdawati,ayu rodoh, adlin
Quote maxim 8-9-2013 03:56 PM
mixed posted on 8-9-2013 03:54 PM
Pandai shuib cari duit tok anak bini

X cam mamat tu manjang skandal

kan..pasangan lain byk aku tgk cam fake jah..especially lisa ngan yusry..terlalu nak bg nampak dorg bahagia

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062098 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top