CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Ingin Ke Gaza ?

11-7-2014 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15574| Komen: 78

Hari ini merupakan hari keempat tentera udara Israel menghantar bedilan bertubi-tubi kepada rakyat Gaza. Malah, menurut laporan akhbar hari ini, angka kematian sudahpun mencecah 83 orang.

Sedih dan amat meruntun jiwa bila menyaksikan video dan foto-foto yang tersebar di laman sosial. Keperitan tersebut turut dirasai oleh barisan selebriti tanah air termasuklah Raisyyah Rania atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Felixia Yeap.

Rania dalam blog peribadinya telah menulis sebuah nukilan hati mengenai penderitaan yang ditanggung oleh saudara Islam di Gaza.


Melalui tulisannya yang berjudul ‘Biarlah Palestin Menang!’ ini, Rania seolah-olah berperang dengan hati dan perasaannya dan turut meluahkan hasrat untuk ke Gaza demi membantu mereka disana.

Lebih menyentuh hati kami apabila Rania turut meluahkan dia rela syahid disana jika itu adalah janji Allah buat perjalanan hidupnya.

Apa kata korang baca sendiri dan selami coretan hati Rania ini :



Hati ku tak diam meronta-ronta

melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia…dunia akhir zaman
Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
“Boleh saja!”, teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu
Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
beHati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia…dunia akhir zaman
Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
“Boleh saja!”, teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu
Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku
Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!
kalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku
Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 11-7-2014 02:00 PM
kalau betul dia ada niat nak ke Gaza tu bagusla.. aku sokong.. jihad fisabilillah
Quote kakasotong 11-7-2014 02:10 PM
Memula tgk tajuk td ingat tt yg nak pegi gaza. Rupanya raisya rania felixia yeap

Byk betul coverage psl sheols lately ni. Apa2 pn moga niat sheols dimakbulkan Allah
Quote cari_cahaya 11-7-2014 02:13 PM
kenapa aku rasa dia mcm mcm over expose erk..?
Quote zacrin 11-7-2014 02:16 PM
kalo niat betul bagus lah kalo niat nak pemes mmg ... la
Quote kauado? 11-7-2014 02:17 PM
aku pun nak pergi ....serius!!!
Quote tomet05 11-7-2014 02:19 PM
semoga berjalan lalncar la kan
Quote dondangdendang 11-7-2014 02:32 PM
korg pergi je la....beli je tket flight. jgn sembang kencang............
Quote maxgamer82 11-7-2014 02:42 PM
Alhamdulillah
Quote lolali 11-7-2014 02:46 PM
mmg dia pndai eh berpuitis mcm tu? ke dia luahkan kat someone then org tu bermadahkan utk dia?
Quote cantleyi 11-7-2014 02:55 PM
ha ah..aku rasa macam dia ni over expose la..

semua nak canang..diam2 sudah la

biarlah orang dapat taw sekembalinya beliau dari sana

kan ke itu lebih afdal?
Quote cutebaby5907 11-7-2014 02:55 PM
cari_cahaya posted on 11-7-2014 02:13 PM
kenapa aku rasa dia mcm mcm over expose erk..?

aku ade terbaca ktne ntah sblm ni
kwn sheols bgtau, dier ni mmg suke cari publisiti

Quote ainie_1008 11-7-2014 03:01 PM
cantleyi posted on 11-7-2014 02:55 PM
ha ah..aku rasa macam dia ni over expose la..

semua nak canang..diam2 sudah la

aku pon rasa mcam tue.. sjak akhir2 nie aku rasa mcam lain je dia nie..
Quote cantleyi 11-7-2014 03:05 PM
ainie_1008 posted on 11-7-2014 03:01 PM
aku pon rasa mcam tue.. sjak akhir2 nie aku rasa mcam lain je dia nie..

kannn..cem nak setazah juga dia ni
Quote toxicated 11-7-2014 03:23 PM
Dh nak jd fynnjamal lak ke.
bagus la felixia.
lg bagus pergi je terus x yah kecoh2 sgt.
org tau2 pun tgk2 eh eh ade gamba felixia la kat gaza.
iols rasa heliza pun pergi kan tp xde kecoh sgt
or bila dh balik baru kecoh2 kongsi pengalaman..itu ok je bg iols.
kalau takat nak cakap hati meronta2 nak pergi bagai..hmmm
Quote maxim 11-7-2014 03:29 PM
toxicated posted on 11-7-2014 03:23 PM
Dh nak jd fynnjamal lak ke.
bagus la felixia.
lg bagus pergi je terus x yah kecoh2 sgt.

Felexia ni org gomen ke pandai berpuitis
Quote nitezen 11-7-2014 03:30 PM
iols setujuk naw ngan toxic ...
idah payah kecoh kecoh klu nak bwat keje kebajikan ni..
pegi jee...
Allah maha mengetahui ...
tak perlulah ngabor apa yg ada dlm hati tu ...
waima mat pet kalau ngah lalok pon boleh kuar isi hati seruper iteww....
Quote samshik 11-7-2014 03:31 PM
suke ati ko la dik .. akak doa yang terbaik naa..
Quote rindusangbulan 11-7-2014 03:37 PM
mula2 suka gak ngan dia ni...lama2 mcm nyampah pulak sbb over-expose..
Quote famri7 11-7-2014 03:42 PM
Pegi la rania..ummah meleis suchi hanya boleh share kat social network jah...last2 cina revert lawa jugak yang pergi berperang.malu betul.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top