CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lufya Dikecam Cipta Lagu Ketuhanan

10-7-2014 04:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18086| Komen: 85

Description: Dalam Pada Itu, Lufya Memberitahu Kerana Lagu Berunsur Ketuhanan Yang Dicipta Pada Tahun 2012 Itu Juga Dia Sering Kali Dianggap Sudah Berhijrah Dan Berpenampilan Berhijab.
Lagu Ketuhanan Lufya Dikatakan Tidak Selari Dengan Imej Diri

Lufya anggap lagu ketuhanan menceritakan tentang dirinya mencari keredhaan Allah.


PETALING JAYA: Penyanyi Lufya Omar berasa kesal apabila lagu keagamaan ciptaannya berjudul Doaku dikatakan tidak sesuai dengan imej, peribadi dan gaya hidupnya.

Lufya, 29, berkata, lagu tersebut dibuat dengan rasa ikhlas hati dan menceritakan tentang perasaan dirinya yang mahukan petunjuk.

"Saya rasa sebagai seorang muslim sama ada seorang muslim yang sempurna atau tidak kita tetap perlu berdoa kepada Allah.

"Salahkah saya menulis dan menyampaikan lagu berunsur keagamaan dan doa kerana saya juga seperti manusia lain yang sentiasa mencari hidayah dan petunjuk untuk pengakhiran hidup yang baik," katanya kepada mStar Online.



Lufya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu tema drama Ramadan Jangan Pergi yang sedang ditayangkan di TV3 mendapat beberapa kritikan dan komen daripada pendengar di YouTube.

Dalam pada itu, Lufya memberitahu kerana lagu berunsur ketuhanan yang dicipta pada tahun 2012 itu juga dia sering kali dianggap sudah berhijrah dan berpenampilan berhijab.

"Ramai yang ingat saya sudah bertudung bila dengar lagu tersebut dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Alhamdulillah, saya hargai doa mereka semua, namun saya tidak mahu mereka salah faham tentang keadaan itu," katanya.

Dia juga tidak manolak persepsi tersebut timbul selepas membawakan watak Nadia yang berpenampilan bertudung dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10 malam di TV3.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zacrin 10-7-2014 11:15 AM
mahukan petunjuk?ko dah islam ko tau pasal agama ko nak petunjuk apa lagi lain la kalo mmg bukan islam..alasan je
Quote chinta89 10-7-2014 11:17 AM
zacrin posted on 10-7-2014 11:15 AM
mahukan petunjuk?ko dah islam ko tau pasal agama ko nak petunjuk apa lagi lain la kalo mmg bukan isl ...

agaknya nk tgu kerabat meminang dlu baru la dpt petunjuk nk berhijrah..
Quote annehuda 10-7-2014 11:20 AM
mcm xpenah dgr je lagu doaku ni? cubaan nk upkan single yg sendu ke?
Quote miminn 10-7-2014 11:22 AM
tapi tak sedap punnnnn haritu dengar masa credit ramadhan jangan pergi.
Quote senahsanasini 10-7-2014 11:30 AM
annehuda posted on 10-7-2014 11:20 AM
mcm xpenah dgr je lagu doaku ni? cubaan nk upkan single yg sendu ke?

Begitulah niat dihatinya...
Quote lolali 10-7-2014 11:57 AM
best drama ni. layannn
Quote reddots 10-7-2014 12:13 PM
masih terbayang ketiak basah dia masa AF dulu..
Quote opie5662 10-7-2014 12:15 PM
parents die nih kalau tgk mmg org kuat agama..tp anak die tak sgt...tp sape tau, mungkin 1 hari nanti die berubah...contoh mcm wardina...zaman muda2 die agak teruk..tp alhamdulillah ade perubahan....walaupon x sempurna, at least die cube menjadi baik...bg aku itu atas pengaruh parents...n doa parents jugak..mungkin skrg belum termakbul, satu hari nanti sape tau kan
Quote mimi77 10-7-2014 12:15 PM
annehuda posted on 10-7-2014 11:20 AM
mcm xpenah dgr je lagu doaku ni? cubaan nk upkan single yg sendu ke?

lagu nie utk drama kt tb3 malam2
Quote tomet05 10-7-2014 12:21 PM
x sedap pun lagu dia .. ok bai
Quote BebeQ 10-7-2014 12:23 PM
tengok dia masak dekat ketuk2 ramadhan (alhamdulillah) aritu, kemain tebal bedak dia. tapi takde pulak shila rusly minta dia nyanyi lagu rasanya. tak ingat dah suara dia ni macam mana.
Quote ninjago 10-7-2014 12:26 PM
asal tgk dia je msti ingat ketiak lecak. cam sinonim gitu. hahahahaa
Quote ex-bantal.B 10-7-2014 12:33 PM
dia ni cantik, walaupun tak tahu apa produk dia..
Quote doubleA 10-7-2014 12:45 PM
sory la, tapi macam seram pulak kalau dengar suara dia dalam lagu ni malam2
lirik ok dah, cuma suara dia,errr
Quote LuqmanHakim3103 10-7-2014 12:50 PM
Aku tak paham la konsep orang skrg ni (artis) mencari hidayah dan keredhaan Allah.. Lagi2 kalau tengok tv.. Cerita kemain peluk2 aurat bukak sane sini.. pastu ayat, hanya Tuhan yang tahu cinta kita.. Moga  kekal hingga ke akhirat dalam keredhaan Tuhan.. Rosak pemikiran...
Quote katakau 10-7-2014 12:54 PM
tiak lecak = lufya..sinonim gitu..
Quote jarikuku 10-7-2014 12:57 PM
Ramadhan jangan pergi best! Tapi soundtrack lagu kurang sikit.
Quote damian_lee 10-7-2014 01:37 PM
For me at least dia ada guna gak "medium kelebihan" dia sbg artis utk mnyampaikan sesuatu yg baik ... klo nk tunggu dia sempurna ... hmmm ... smpai bila?
Quote hanezzafirah 10-7-2014 02:27 PM
mlm tadi scene die kena gi kursus kawen bkn main ketat baju kurung kebaya die..

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053855 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top