KEADAAN mayat Aung Khin yang ditemui mati ditikam di belakang sebuah rumah di Jalan Baru Perai, Butterworth, Pulau Pinang semalam. BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati ditikam selain putus pergelangan tangan di belakang sebuah rumah di Jalan Baru Perai di sini awal pagi semalam. Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu dikenali sebagai Aung Khin berdasarkan pasport miliknya. "Pada pukul 1.10 pagi tadi (semalam) polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menemui seorang lelaki di belakang rumah itu. "Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan mengenakan seluar slack berwarna hijau dan baju kemeja bercorak petak," katanya. Tambah sumber itu, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat tersebut dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman pada badan dan pergelangan tangan kanannya putus. Tambahnya, mayat dipercayai diseret selepas ditikam kerana terdapat kesan seretan darah. "Polis menemui sebilah pisau rambo dan dua buah telefon bimbit jenama Sony kira-kira enam meter dari mayat.
|
7
Bagus |
26
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT