CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

48 Dibunuh Ketika Tonton Piala Dunia

17-6-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4217| Komen: 1

Description: Seorang Jurucakap Polis Berkata, Dipercayai Beberapa Puluh Anggota Militan Terlibat Dalam Serangan Itu Di Mpeketoni Terletak Kira-Kira 20 Kilometer Ke Barat Laut Lamu Yang Merupakan Sebuah Destinasi P ...


NAIROBI 16 Jun - Berpuluh-puluh anggota kumpulan militan, al-Shabab semalam menyerang sebuah bandar kecil di pinggir pantai Kenya serta membakar dua buah hotel, menyebabkan 48 orang terbunuh.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) ketika penduduk sedang menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Mpeketoni, kira-kira 600 kilometer dari Nairobi.

Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan al-Shabab yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda berhubung kejadian itu, kata Ketua komander polis, David Kimaiyo.

Seorang pegawai polis berkata, ketika penduduk menonton Piala Dunia di Hotel Breeze View, anggota militan mengasingkan penduduk lelaki sebelum membunuh mereka di hadapan penduduk wanita.

Seorang jurucakap polis berkata, dipercayai beberapa puluh anggota militan terlibat dalam serangan itu di Mpeketoni terletak kira-kira 20 kilometer ke barat laut Lamu yang merupakan sebuah destinasi pelancongan tempatan.

Dua van mini dilaporkan memasuki kawasan bandar dan melepaskan tembakan.

Menurut Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya, pesawat pemantau tentera dikerah sejurus selepas kejadian. 

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 17-6-2014 07:22 AM
kesian... disaat penyokong germany bersorak, dorang sedang menghadapi kematian

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047857 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top