Boy Iman Berhasrat Terus Pangku Gelaran Dato` KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Pelakon Boy Iman atau nama sebenar Nurul Iman dengan yakin akan terus membawa gelaran Dato` walaupun mendapat persepsi negatif dari masyarakat dan menganggap itu hanyalah perkara kecil.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,” katanya kepada Murai di Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur. Menurutnya lagi sepanjang lebih sebulan membawa gelaran Dato` itu, dia tidak pernah dilarang mahupun ditahan mana-mana pihak berkuasa tempatan di atas kesalahan salah memangku gelaran atau pun kuasa. Dengan sebab itulah, dia dengan yakin untuk terus membawa gelaran itu.
|
ADVERTISEMENT