Boy Iman Berhasrat Terus Pangku Gelaran Dato`
KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Pelakon Boy Iman atau nama sebenar Nurul Iman dengan yakin akan terus membawa gelaran Dato` walaupun mendapat persepsi negatif dari masyarakat dan menganggap itu hanyalah perkara kecil.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,” katanya kepada Murai di Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi sepanjang lebih sebulan membawa gelaran Dato` itu, dia tidak pernah dilarang mahupun ditahan mana-mana pihak berkuasa tempatan di atas kesalahan salah memangku gelaran atau pun kuasa. Dengan sebab itulah, dia dengan yakin untuk terus membawa gelaran itu.
“Saya tidak kisah sekiranya ada sesiapa yang nak panggil saya sebagai Dato`atau nama sahaja, yang penting selagi ia tak menyalahi undang-undang maka saya ada hak untuk menggunakannya,” katanya.
Selain Boy Iman, Nash dan Pian Cecupak turut dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.M.N) dari kerajaan Naning. Dia pada mulanya akui agak gusar untuk menerimanya namun setelah diterangkan oleh wakil kerajaan Naning barulah dia merasakan itu satu penghargaan yang cukup bermakna.
“Apa yang dianugerahkan kepada saya itu, saya patut berasa syukur dan berterima kasih, amat tidak wajar sekiranya saya tidak menghargainya dengan sepenuh hati.”
Boy Iman akan terus fokus dengan kerjaya lakonannya dan kini sedang menjalani pergambaran drama sebanyak 26 episod yang bertajuk Dan Apabila Hati Berkata.
Last edited by maxim on 30-6-2014 12:23 PM
|