CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Che Ta Borong Barang Baby Di Kota London

24-6-2014 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28476| Komen: 176

Che Ta borong kelengkapan bayi di London




KEHIDUPAN selebriti ini sememangnya serba mewah malah, sebelum ini dia pernah diberi jolokan, 'High Maintanance Artist'.

Lihat sahajalah dari segi penampilan pelakon Kiah Pekasam ini, malah dia sering berkunjung ke London untuk membeli barang-barang keperluannya.

Bukan sahaja untuk diri sendiri, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, ini juga turut memilih Kota London sebagai lokasi untuk membeli barang-barang bayinya.

Menurut Che Ta menerusi perbualan WhatsApp, dia kini sedang berada di London bersama suaminya, Zain Saidin.

Malah, tujuan pasangan suami isteri ini ke sana adalah untuk memberi kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir pada pertengahan Oktober nanti.

"Buat masa ini, kami dah mula beli barang bayi sikit-sikit. Masih ada banyak masa lagi untuk persiapan sepenuhnya," katanya.

Tambah Che Ta, memandangkan usia kandungannya semakin bertambah dan membesar, dia turut mengurangkan aktiviti seni termasuk menghadiri majlis-majlis hiburan.

"Saya memang dah 'stop' menghadiri majlis hiburan. Begitu juga dengan kerja-kerja penggambaran.

"Cuma, penggambaran rancangan, Primadona sahaja yang masih berjalan," jelasnya.


Sibuk di butik


Walaupun merancang untuk berehat panjang dan memberi ruang kepada diri sendiri dalam melalui tempoh kehamilan, namun Che Ta tetap sibuk dengan perniagaan.

Menurut Che Ta, dia tetap berdepan dengan kesibukan di butik Padusi, hasil perkongsian bersama adik beradiknya, Ayu Raudhah dan Rubytah.

"Setiap minggu, kami akan memperkenalkan rekaan terbaharu. Malah, baru-baru ini, kami juga turut menyertai KL International Hijab Fair (KLIHF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Alhamdulillah, dari segi sambutan pula, ia amat menggalakkan walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun lalu.

"Kini, saya tengah merancang untuk mencari stokis di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura," katanya lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_anisse 20-6-2014 10:30 AM
org byk duit, xkesahla nk shopping mana. teringin je terus pegi beli..
Quote edoraixora 20-6-2014 10:30 AM
asik ke london jer che ta ni
dh jadik mcam umah kedua pulak
Quote FlowerGirl 20-6-2014 10:30 AM
Jeles gila!!
Quote hanezzafirah 20-6-2014 10:30 AM
senyuman zin penuh bermakna...
Quote Grengo 20-6-2014 10:31 AM
rezeki baby ... dpt baju camtek2 dari london...
Quote naina 20-6-2014 10:33 AM
London, paris adalah kegemaran che ta
mewah gler die ni
nk tggu die tua ganyut sok
Quote missyqaldina 20-6-2014 10:33 AM
i wondering duit die byk gilaaa wehhhh..
Quote fuzzyfuzzy 20-6-2014 10:34 AM
beruntungnya baby diorang...
baby tu nanti msti comel gila ikut muka mak n ayahnya...

Quote deananie 20-6-2014 10:34 AM
sementara bole naik flight nih, che ta mmg jalan shopping sakan naaa.
Quote naina 20-6-2014 10:34 AM
Kn bhya naik flight tgh2 ngndung ni
Quote naina 20-6-2014 10:36 AM
Nnt nk branak kt mana?
Quote cronix 20-6-2014 10:36 AM
huntunglah baby tu...
Quote Perutkaembong 20-6-2014 10:36 AM
tua2 sok bila dah sakit kene tinggal duduk sorang mula la mintak derma kannnn
Quote PEPPERMAN 20-6-2014 10:39 AM
pegi shopping london, ment kena lah london.

unsur2 kampungan tu tolong lah buang
Quote hanezzafirah 20-6-2014 10:40 AM
naina posted on 20-6-2014 10:36 AM
Nnt nk branak kt mana?

artis biasa la prince court...skrg ni prince court murah je...
Quote putehkundor 20-6-2014 10:42 AM
Awat dok jaki sangat ngan cikta?
Kat artikel atas jelas mengatakan dia ada buat bisnes.
Takkan la dia bodoh sangat sampai x ada simpanan utk hari tua.

Mak teh doa agar cik ta dpt baby yg comel dan sukses dlm business.
Quote minahsenget 20-6-2014 10:43 AM
why nak kena shopping kat london klu nak tunjuk mewah?
Quote jamilah 20-6-2014 10:43 AM
london barang baby murah2.. ok la tu dia kaya...
Quote jamilah 20-6-2014 10:43 AM
chanel buleh beli, takkan la utk anak nak pakai brand anakku jer.. harus la zara baby, baby gap bla bla

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062077 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top