Berlansung sudah majlis pertunangan juara Fear factor iaitu Pelakon remaja Erin Malek yang kini berumur 20 tahun besama tunangnya yang berumur 30 tahun di Duta Suria Residency, Ampang. Pereka pakaian Erin Malek adalah dari pereka fesyen yang terkenal iaitu Azura Couture berserta pelamin bertemakan Fairy Blossom. Erin Malek melahirkan rasa lega dan bersyukur, majlis semuanya berjalan lancar. Walaupun berkenalan dalam tempoh yang singkat, beliau yakin ini adalah pilihan yang terbaik buat dirinya. “Kami berkenalan pada Januari lalu& baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang yakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya. Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda,“ ujar Erin Malek. Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober 2014 nanti. Tahniah & semoga perancangan ke arah gerbang perkahwinan bakal berjalan lancar. Ingat tempoh ini banyak dugaannya.
Gambar-gambar di majlis pertunangan Erin Malek : - Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=809911&extra=&page=8 |
19
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
2
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT