Hanez memohon maaf secara terbuka melalui laman Instagram. PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi termasuklah isu merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya pada Rabu secara tiba-tiba membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, permohonan maaf itu ditujukan secara umum khususnya kepada individu yang pernah terkait dengan dirinya. "Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez. "Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak," katanya, Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya pada pagi Rabu. Antara lain, dalam status tersebut, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang banyak memberi teguran kepadanya. Dia juga menerima teguran tersebut secara positif dengan hati yang terbuka untuk menjadi manusia yang lebih baik. Terdahulu, Hanez dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga seorang wanita Nurliyana Abd Manan apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga suami wanita berkenaan iaitu Romie Razin Adilha, 34. Manakala, pada 22 Mei lalu, Hanez dan Romie menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka ke Bangkok telah tersebar di akaun Facebook. Sementara itu, ketika ditanya sama ada permohonan maaf itu ditujukan kepada isteri kekasihnya itu, Hanez enggan memberi sebarang komen. "Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang," ujarnya kepada mStar Online. Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan. Teater terbitan Mask Team itu membariskan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.
|
7
Bagus |
1
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
2
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makton posted on 4-6-2014 01:52 PM
boleh tak ko nk mintak maaf, ko pegi jumpa dgn org yg ko buat salah tu??
tak payah nk mintak maaf ...
ADVERTISEMENT