View: 28823|Reply: 202
|
Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah
[Copy link]
|
|
Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 1:05 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]
Hanez memohon maaf secara terbuka melalui laman Instagram.
PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi termasuklah isu merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya pada Rabu secara tiba-tiba membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, permohonan maaf itu ditujukan secara umum khususnya kepada individu yang pernah terkait dengan dirinya.
"Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez.
"Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak," katanya,
Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya pada pagi Rabu.
Antara lain, dalam status tersebut, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang banyak memberi teguran kepadanya.
Dia juga menerima teguran tersebut secara positif dengan hati yang terbuka untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Terdahulu, Hanez dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga seorang wanita Nurliyana Abd Manan apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga suami wanita berkenaan iaitu Romie Razin Adilha, 34.
Manakala, pada 22 Mei lalu, Hanez dan Romie menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka ke Bangkok telah tersebar di akaun Facebook.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada permohonan maaf itu ditujukan kepada isteri kekasihnya itu, Hanez enggan memberi sebarang komen.
"Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang," ujarnya kepada mStar Online.
Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.
Teater terbitan Mask Team itu membariskan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
takut teater tu xlaku la tu...boooo... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf tak ikhlas...sbb taknak ilang job teter projekkawen plak..mcm die ilang job duta aurawhite.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bagi thumbs up kalau dia personally mintak maaf kat liana manan |
|
|
|
|
|
|
|
aci ke minta maaf kat ig je |
|
|
|
|
|
|
|
maaf pulak. aritu kata nak saman.
propa la minah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat ni ko up la pic pkai tudung bagai smbil selit2 rsa syukur ke apa gerenti macik2 kakak2 yg kutuk ko puji2 plak pastu......cuba lah |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak ko nk mintak maaf, ko pegi jumpa dgn org yg ko buat salah tu??
tak payah nk mintak maaf kat ig segala, padahal ko tau dgn siapa ko bersalah kan?!!
dalam melodi kemain provok suh bini org tu dtg tmpar ko.
cer try gi jumpe dia, minta maaf depan2.. agak2 ko brani tak??
rentikan la propa ko tu wahai hamezzz soraya!! |
|
|
|
|
|
|
|
press conference la apa barang kat IG je mintak maaf
masa xngaku salah boleh plak buat PC
nak mintak maaf setakat upload gmbr dkt IG
itu bukan gmbr sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
takut kne baling telo masa teater tu le ni
nampak sangat noks |
|
|
|
|
|
|
|
tiada maaf bagimu! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla hanez.. Reti jugak dia mintak maaf. Ikhlas ke idok tu biar le dia n tuhan je yg tau. |
|
|
|
|
|
|
|
motif sangat mintak maaf bagai sebelum teater tu nak mula...
huh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau salah dengan orang gi jumpa orang tu mintak maaf
bukan post kat ig laman sosial bagai!!!
i kenot brain orang berdoa mintak maaf dlm laman sosial bagai |
|
|
|
|
|
|
|
makton posted on 4-6-2014 01:52 PM
boleh tak ko nk mintak maaf, ko pegi jumpa dgn org yg ko buat salah tu??
tak payah nk mintak maaf ...
menyampah gila ngn pompuan ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Who d u mean by SEMUA?
mungkin ahli kuarga dan kawan2.
x payahla masuk paper. Level hanez ni semua ada press conference okeh.. takat mesej di ig, x layak kot jadi bahsn berita.
eh hanez? |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 4-6-2014 02:09 PM
menyampah gila ngn pompuan ni..
"pmpuan ni" ko merujuk pada hanes ni kan??
ke ko tuju ke aku? aku pun pmpuan jgk.. huhu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|