CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Jue Aziz Akhirnya Mengaku Sudah Menikah

27-5-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14560| Komen: 72

Jue Aziz akhirnya mengaku sudah menikah

Kuala Lumpur: Selepas tiga bulan merahsiakan pernikahannya, pelakon popular Zuliana Abd Aziz atau Jue akhirnya mengakui sudah bernikah dengan jejaka juga pemuzik dari seberang, Bayu Pramana Putra pada 9 Mac lalu di Sulawesi, Indonesia.


Sebelum ini tersebar gambar pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Hantu Bonceng itu dengan seorang jejaka dengan tangannya berinai. Bagaimanapun apabila dihubungi media bagi mendapatkan penjelasan, Jue mengambil tindakan mendiamkan diri.


Ditemui sewaktu sesi fotografi khas bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya Hantu Nan Sempit, Jue menjelaskan dia tidak pernah berahsia, tetapi enggan menjelaskan kepada media kerana bimbang ia akan manipulasi sehingga boleh menimbulkan aib.


“Bukan saya tidak mahu memberikan kenyataan mengenainya, tetapi saya kurang percaya sebab pernah terkena. Mengambil contoh perihal anak angkat saya diputar belit sehingga ia mengaibkan. Lebih mengecewakan saya apabila apa dituliskan itu tidak benar dan mereka tidak pernah mendapatkan kenyataan daripada saya.


“Saya belajar dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan selepas ini saya tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kenyataan berkaitan peribadi. Malah, saya tidak mahu orang mendapat keuntungan dari perkara sedemikian,” katanya.


Bagus
9

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LauKanaBainana 27-5-2014 02:25 AM
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma.......
Quote naina 27-5-2014 02:26 AM
Tahniah.bnda baik wtpe nk sorok
xkn fmly xwar2kn
Quote SUHA 27-5-2014 02:27 AM
Tahniah jue aziz, patut makin cantik sheols skrg.
Quote munchkin 27-5-2014 03:15 AM
tahniah jue
Quote bookehkahkoh 27-5-2014 03:22 AM
“Saya belajar dan mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan selepas ini saya tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kenyataan berkaitan peribadi. Malah, saya tidak mahu orang mendapat keuntungan dari perkara sedemikian"


Sheols trauma sebab jehan dgn ako kot overexposed sangat
Quote msxx 27-5-2014 03:47 AM
Tahniah & good luck in ur marriage
Quote pakwetizzaqyah 27-5-2014 05:18 AM
kecewa ngn jantan melayu ke?
Quote alieyrina 27-5-2014 07:16 AM
Tasty laki dia dlm gambaq tu..
Quote ad_hoc79 27-5-2014 07:40 AM
hepppp... kan ada dah cerita ni
Quote haryatie 27-5-2014 07:46 AM

smoga kekal hingga ke akhir hayat..
Quote chekshu 27-5-2014 08:10 AM
tahniah... moga kekal bahagia hingga akhir hayat
Quote abbey 27-5-2014 08:12 AM
dia ni pas putus chenta ngn jehan, low profile sungguh....
tp semakin kurus la dia sekarang....
Quote rosa_canina 27-5-2014 08:17 AM
mybe dia rasa tenang sket kalo org tak kecoh2 psl dia
kalo tak nmpk muka je tanya soalan mcm2..

tahniah semoga bahagia
Quote cik_penguin 27-5-2014 08:18 AM
Padan sangat!! Sama putih sama cantik sama hensem Jue Aziz ni pun dah senyap eh since banyak sgt pelakon pompuan baru skg ni
Quote alinone78 27-5-2014 08:29 AM
Tahniah n moga kekal hingga hujung nyawa
Quote makton 27-5-2014 08:41 AM
tahniah la ye... semoga berbahagia
Quote kikuri 27-5-2014 09:02 AM
tahniah.....benda baik tayah la sorok...semoga bahagia
Quote poyohabis 27-5-2014 09:10 AM
Tu la time bercintun tak perlu nak heboh2 kan.. Dlm islam pun sendiri suruh rahsiakan ms kita bertunang.. Nikah harus dihebohkan kalo x nanti akan jd buah mulut... Ni org skrg couple je dah heboh satu dunia... Apa2 pun tahniah dah nikah
Quote ida88 27-5-2014 09:12 AM
Tahniah jue

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077870 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top