CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Peristiwa Bersejarah Di Negeri Kedah (1904-1990)

16-4-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39634| Komen: 7

Pengenalan
"Antara peristiwa bersejarah di Negeri Kedah" (1904-1990) adalah merupakan maklumat yang mengisi ruangan MEMORI di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bagi bulan Jun 2003. Ianya memaparkan 6 peristiwa penting yang berlaku di Negeri Kedah dalam jarak masa antara tahun 1904 sehinggalah tahun 1990. Antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah Perkahwinan 3 Juta (1904), Peristiwa Sedim (1941), Penentangan Malayan Union (1946), Rundingan Baling (1955), Pertabalan  DYMM ke-5 (1971) dan Kedah Juara 90 (1990).

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak lagi peristiwa bersejarah yang berlaku di Negeri Kedah, namun sisipan peristiwa yang dipaparkan mampu untuk mengimbas kenangan, menambah pengetahuan serta menyegarkan ingatan kita.

Semoga kandungan maklumat yang disampaikan dapat membantu pelajar mahupun golongan penyelidik dalam usaha memenuhi keperluan maklumat mereka.

- Perkahwinan 3 Juta (1904)

Pengenalan
Perkahwinan 3 juta merupakan istiadat perkahwinan DiRaja Bagi perkahwinan lima orang putera dan puteri Sultan Abdul Hamid iaitu Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Rashid, Tunku Jamjam, Tunku Rokiah dan Tunku Joriah yang diadakan selama 3 bulan pada tahun 1906. Istiadat peminangan telah dilangsungkan pada 15 Jun 1904. Istiadat ini telah dilaksanakan oleh 15 orang iaitu 3 orang lelaki (tua), 3 orang perempuan (tua) bersama-sama dengan 6 orang pemuda dan 3 orang pemudi. Orang-orang tua diberi tanggungjawab dalam urusan menjalankan proses peminangan itu. Pemuda-pemuda itu pula membawa cepu yang berisi "mas kahwin" termasuk wang dan barang-barang hadiah yang lain. Selepas ketua rombongan menyampaikan surat pinangan kepada ayah pengantin perempuan atau kepada wakilnya dan kemudiannya surat itu dibaca di hadapan orang ramai. Selepas itu, rombongan peminangan pulang diiringi paluan nobat dan dipayungi dengan "obor-obor hijau".

Perkahwinan tersebut telah diadakan secara besar-besaran melibatkan semua daerah di dalam negeri. Persediaan yang diatur meliputi bekalan beras yang banyak, ayam, itik dan kerbau. Semua tanah jajahan diminta mengadakan persembahan makanan untuk perayaan ini. Balai-balai didirikan di Alor Setar sebagai tempat jamuan untuk tetamu-tetamu yang hadir. Balai ini didirikan di sebuah padang yang terletak antara Masjid dan Balai Besar yang kini dikenali sebagai "Padang Court".

- Peristiwa Sedim (1941)

Peristiwa Sedim merupakan peristiwa penculikan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap ayahanda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) iaitu semasa Jepun menyerang Kedah pada Disember 1941. Peristiwa tersebut terjadi pada hari Isnin 8hb Disember apabila Jepun menjatuhkan bom di Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman pada ketika itu adalah Pegawai Daerah di Kulim. Pada malam sebelum "penculikan" itu berlaku, Tunku sedang bertugas di Ibu Pejabat A.R.P. dan menerima mesej daripada Dato Sri Syed Omar Shahabudin bahawa British hendak memindahkan Sultan pada waktu subuh.

Pada malam yang sama, Tunku memutuskan bahawa ayahandanya wajar berada bersama-sama rakyat jelata pada waktu itu. Oleh yang demikian, Tunku bertindak nekad untuk menghalang pihak berkuasa untuk membawa ayahandanya ke Pulau Pinang. Tunku melengkapkan diri dengan senjata dan bersama-sama dengan rakannya Syed Abu Bakar Al-Idrus, menunggu baginda di Simpang Kepala Batas. Kereta pertama dengan iringan polis bertolak dan dua minit kemudian muncul kereta Rolls Royce yang membawa baginda Sultan, Tunku Abdul Rahman menahannya dan melompat masuk lantas memaksa pemandunya menghala ke arah Kulim. Hanya apabila tiba di Pulau Pinang barulah mereka yang turut serta sedar tentang kehilangan baginda Sultan. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati bahawa Sultan berada bersama-sama Tunku di Kulim.

Tunku berjaya melaksanakan misinya memandangkan pergerakan kenderaan yang perlahan dengan jarak masa selang dua minit bagi mengelakkan debu pada jalan. Tempoh dua minit cukup buat Tunku untuk melencongkan kenderaan berkenaan.

Tunku membawa ayahandanya ke tempat kediamannya di Kulim dan apabila pihak Jepun kian hampir, Tunku meminta baginda Sultan dan Pemangku Raja untuk ke tempat perlindungan yang disediakan khas di Estet Bukit Sedim iaitu di luar garis kemaraan Jepun. Seterusnya rombongan baginda dibawa ke Kampung Sedim. Pada ketika itu, penduduk kampung telah berpakat untuk membuat usungan daripada dua batang buluh dan apabila rombongan Sultan tiba, baginda diusung ke rumah Penghulu Sedim iaitu Haji Yassin. Di Kampung Sedim, Sultan Badlishah tinggal di rumah anak Penghulu Haji Yassin. Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan. Mereka kekal berada di situ selama 6 hari sehinggalah Jepun menghantar rombongan untuk mengiringi mereka kembali ke Alor Setar. Apabila mereka sampai di Alor Setar, baginda Sultan tanpa meluahkan sebarang bantahan, tidak dibenarkan bersemayam di Istana Kampung Baharu kerana tentera Jepun mahu merampasnya. Oleh itu, Pemangku Raja membawa baginda Sultan tinggal di Istana Anak Bukit dan disitulah baginda mangkat pada tahun 1943, setelah memerintah selama 62 tahun.


Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Komander Tentera Jepun, Major Tomiaka dan pemain-pemain bola sepak semasa menjadi Pegawai Daerah Kulim


Gambar yang diambil di Alor Setar pada 1939 menunjukkan Sultan Abdul Hamid, Cik Menjalara, Tunku Abdul Rahman, Tunku Khatijah dan Tunku Nerang


Gambar rumah yang didiami oleh Sultan Abdul Hamid di Kampung Sedim


Gambar rumah yang didiami oleh Tuan Syed Sheikh Shahabudin di Kampung Sedim


- Penentangan Malaya Union (1946)

Pengenalan
Rancangan Malayan Union diumumkan oleh George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan, semasa Persidangan Parlimen British pada Oktober 1945. Dalam rancangan ini, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan British untuk mendapatkan persetujuan berupa tanda tangan Raja-Raja Melayu. Pada 11 Oktober 1945, Mac Michael tiba di Tanah Melayu dan selesai menjalankan tugasnya pada 21 Disember 1945.

Perlembagaan Malayan Union cuba untuk menukarkan taraf Tanah Melayu daripada Negeri Naungan menjadi Tanah Jajahan British dan telah menghapuskan kedaulatan Sultan-Sultan Melayu. Perlembagaan Malayan Union juga memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu melalui prinsip "Jus Soli" dengan memperakui bahawa individu yang lahir di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan berhak menerima kerakyatan menerusi tempat lahirnya.

Mac Michael tiba di Alor Setar pada 29 November 1945 dan mengadap Sultan Kedah, Sultan Badlishah. Selama 3 hari dari 30 November hingga 2 Disember 1945, Mac Michael berbincang dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Sheriff. Akhirnya masing-masing terpaksa beralah kepada Mac Michael. Sultan Badlishah menandatangani Teriti Malayan Union jam 4.30 petang pada 2 Disember 1945 di Istana Anak Bukit.

Tindakan Penentangan
Ayub bin Abdullah dari Kulim, penulis buku "Watan Kita Dengan Orang Asing", tahun 1936 telah mengutuskan telegram kepada Setiausaha Kecil Tanah Jajahan membantah gagasan Malayan Union. Tindakan ini merupakan bantahan paling awal yang dikemukakan kepada Whitehall.

Dalam bulan Januari 1946, SABERKAS sebuah badan politik yang ditubuhkan di Kedah sejak Julai 1945 telah menerbitkan majalah bernama "Suara SABERKAS" menyeru orang-orang Melayu supaya menentang Malayan Union. Tunku Abdul Rahman juga mengeluarkan Majalah Watan dengan tujuan yang sama. Namun kerana terlalu radikal, SABERKAS tidak mendapat sokongan rakyat. Akhirnya tertubuh "Kesatuan Melayu Kedah" di bawah pimpinan Tuan Haji Hussein Che Dol dan Ayub bin Abdullah. Kesatuan Melayu Kedah mengadakan satu rapat raksasa di Alor Setar untuk menunjukkan tentangan padu orang Melayu menentang Malayan Union.

Pada 19 Januari 1946, hampir 50,000 orang sepanjang dua batu berarak mengelilingi bandar Alor Setar dan berkumpul di Padang Court untuk mendengar ucapan Haji Hussein Che Dol dan Senu Abdul Rahman. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British mengeluarkan "Kertas Putih" menjelaskan dengan terperinci apa yang dimaksudkan dengan Malayan Union. Pada 3 Februari 1946, perhimpunan kali kedua diadakan di tempat yang sama.

Selepas Kertas Putih mengenai Malayan Union diumumkan, Dato Onn menyeru orang-orang Melayu mengadakan kongres Badan-Badan Politik Melayu Seluruh Semenanjung. Dua ratus orang mewakili 41 buah badan politik berkumpul pada 1 Mac 1946. Kedah diwakili oleh 9 orang dari Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS dan beberapa orang pemerhati.

Pada 30 Mei 1946, orang ramai di Kedah keluar mengalu-alukan 3 pegawai British iaitu Kapten Gammas, Lt. Col. Rees-William dan Sir Theodore S. Adams diiringi oleh Dato Onn Jaafar. Orang ramai berkumpul di pekan-pekan kecil serta di persimpangan sepanjang jalan dari Sempadan Kedah-Seberang Prai ke Alor Setar. Di Bumbung Lima, mereka menahan Dato Onn supaya membuat ucapan dan ditahan sekali lagi di Guar Chempedak dan di Padang Lumat. Pada ketika itu, di mana-mana sahaja orang melihat Dato Onn mereka akan memekik "Hidup Melayu" dan "Hidup Dato Onn". Pokok-pokok di sepanjang jalan sejauh 40 batu itu ditampal poster-poster mengutuk Malayan Union.

Pada hari yang sama, David Rees. William menghantar telegram kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Encik George Hall supaya menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union. Apa yang dilihat di Kuala Kangsar sudah cukup meyakinkan supaya Malayan Union ditarik balik dengan serta merta.

Kesimpulan
Pada 2 Jun 1946, Malcolm Mac Donald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-Raja bahawa Kerajaan Baginda King telah bersetuju menimbang syor raja-raja dan UMNO dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu.

Pada 25 Julai 1946, Dato Onn adalah di antara 12 orang yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru. Lapan belas bulan kemudian iaitu pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan menggantikan Malayan Union.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Melayu telah bergabung dan bekerjasama dengan Raja-Raja Melayu bangkit menentang Malayan Union. Inggeris yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu, akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kejayaan ini telah mengembalikan kedudukan orang Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu.


Rapat Raksasa menentang Gagasan Malayan Union di Alor Setar


Haji Hassan Hussein Che Dol


Encik Ayob Bin Abdullah


Puan Kamaliah Salleh sedang berucap


- Rundingan Baling (1955)
Pengenalan
Pada awal bulan Jun 1955, sepucuk surat telah diterima daripada wakil Ibu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya yang menyatakan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bersedia untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan darurat dan memulihkan keamanan di Malaya.

Pada 18 September 1955 iaitu sejurus selepas Kerajaan Perikatan mendapat kuasa (hasil daripada pilihanraya pertama), tawaran pengampunan telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri. Syarat-syarat pengampunan (amnesty) telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas.

Dalam pada itu hubungan telah dibuat dengan wakil Chin Peng untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan syarat-syarat tersebut. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Chin Peng, tetapi sebaliknya beliau mahu bersemuka dengan Chin Peng untuk menerangkan syarat-syarat pengampunan dan akan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin akan dikemukakan oleh pihak PKM.

Proses Rundingan
Akhirnya pertemuan bersejarah itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Baling. Rundingan itu berlangsung dalam empat sesi selama dua hari. Hari pertama iaitu pada 28 Disember 1955, sesi pertama dari 2.30 petang hingga 3.30 petang, sesi kedua dari 3.40 petang hingga 5.45 petang dan sesi ketiga dari 6.30 petang hingga 8.05 malam. Pada hari kedua rundingan berlangsung dalam sesi ke empat dari 10.50 pagi hingga 12.48 tengahari.

Rundingan tersebut melibatkan pihak Kerajaan yang terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, Encik David Marshall, Encik Hamid Jumat, Encik Yaacob Latif D.I.O, Encik Too Joo Hin, Encik T.H Tan dan Syed Jaafar Albar sementara pihak komunis pula terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Pekan Baling dipilih sebagai tempat untuk mengadakan rundingan kerana ia adalah kawasan pilihanraya Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Sementara itu tanggungjawab membawa keluar Chin Peng dan rombongannya serta memastikan keselamatan mereka telah diserahkan kepada Pegawai Daerah Butterworth iaitu John Davis. John Davis berusia 49 tahun pada ketika itu. Beliau telah bersahabat baik dengan Chin Peng semasa berada di dalam hutan selama dua tahun sebagai anggota Force 136.

Sebelum berlangsungnya rundingan tersebut, Pekan Baling yang kecil itu telah penuh sesak dengan manusia yang berkumpul di jalanraya bagi menanti rombongan Tunku. Di tengah padang bola khemah-khemah tentera telah siap didirikan. Askar-askar dan ahli-ahli pasukan keselamatan sibuk menguruskan kerja masing-masing. Pada ketika itu kawalan ketat dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Individu yang memasuki kawasan berkenaan akan disoal-siasat. Di sekeliling rumah Pegawai Daerah Baling, khemah-khemah tentera dan polis kelihatan. Pihak askar British sendiri yang mengawal pintu masuk ke dalam kawasan rumah Pegawai Daerah tersebut.

Dalam perjumpaan itu, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin duduk berhadapan Tunku Abdul Rahman, David Marshall, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hin. Tunku menyatakan kepada Chin Peng bahawa Tanah Melayu akan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Oleh yang demikian tidak ada gunanya berperang dan meneruskan permusuhan yang berlarutan selama 7 tahun yang mengakibatkan banyak orang yang terkorban dan kemusnahan harta benda. Namun begitu, Chin Peng tidak menerima cadangan tersebut dan menolak pengampunan beramai-ramai untuk mereka yang ingin menyerah diri. Ianya jelas menunjukkan bahawa Chin Peng hendak meneruskan perjuangan untuk menguasai Tanah Melayu dengan fahaman komunis.

Kesimpulan
Rundingan Tunku - Chin Peng di Baling telah melahirkan keputusan-keputusan yang berfaedah. Untuk pertama kalinya masyarakat mula menyedari secara nyata bahawa Chin Peng yang sebenarnya berjuang untuk mewujudkan sebuah negara komunis. Jelas menunjukkan bahawa penduduk Tanah Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali akan menerima corak pemerintahan komunis yang bercorak kuku besi. Mereka telah diberi pilihan yang jelas iaitu sekiranya mereka mahukan sebuah negara demokrasi, mereka mesti memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan inilah yang mereka lakukan, menyokong kerajaan sepenuh jiwa dan menolak komunis bulat-bulat. Sokongan yang diterima oleh Kerajaan dari rakyat telah melemahkan perjuangan komunis. Mereka tidak lagi mempunyai harapan untuk berkuasa. Rakyat telah menolak perjuangan komunis. Rundingan Baling ternyata telah membuka era baru dalam sejarah tanah air dan Tunku Abdul Rahman ternyata telah berjaya memainkan peranannya dalam usaha untuk melemahkan perjuangan komunis.



Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Dato' Sir Tan Cheng Lock bersama jurugambar sebelum rundingan dimulakan

Penduduk-penduduk Baling berduyun-duyun keluar menuju ke Baling Government English School (Sekolah Menengah Tunku Putra) di mana berlangsungnya rundingan bersejarah itu.


Bilik rundingan antara pihak kerajaan dan wakil Parti Komunis Malaya


Wakil Parti Komunis Malaya, dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien


44

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote masa_lalu 16-12-2013 09:17 PM
majlis perkahwinan 3 juta tu guna duit siapa?
kalau pakai duit istana memang kaya la sultan
sebab 3 juta masa tu sekarang dah berapa..
Quote -electrifying- 21-4-2014 11:30 AM
dr dlu lgi sultan "kaya-kaya", xtaw mana datang kekayaan tu
Quote richard303 21-4-2014 11:50 AM
kekayaan dari kayangan kot
Quote Komrade 22-4-2014 12:22 AM
masa_lalu posted on 16-12-2013 09:17 PM
majlis perkahwinan 3 juta tu guna duit siapa?
kalau pakai duit istana memang kaya la sultan
sebab ...

Taksiran yang berlainan menjumlahkan perbelanjaan yang terlibat sebanyak tiga juta sehingga empat juta ringgit. Jumlah wang yang besar ini mustahil dapat dicakupi dengan hasil mahsul yang dipungut oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan terpaksa berunding untuk mendapatkan pinjaman dari Kerajaan Thai. Sebanyak $2,600,000.00 telah dipinjamkan dengan beberapa syarat.
Satu dari syarat yang Kerajaan Kedah dipaksa menerimanya ialah menerima perlantikan seorang Penasihat Kewangan. Kerajaan Thai telah menghantar Encik Hart, seorang pegawai Inggeris yang telah lama berkhidmat dengan Kerajaan Thai. Apabila Kedah menjadi negeri naungan British pada tahun 1909, W. G. Maxwell (Kemudiannya Sir George Maxwell) telah dilantik menjadi Penasihat British di sini. Sejak itu pengurusan menyelesaikan hutang piutang negeri diambil alih oleh Kerajaan British.
Barangkali sudah ditakdirkan yang Negeri Kedah akan menjadi sebuah dari negeri-negeri Melayu yang dinaungi oleh British, tetapi tidaklah terjadi dengan begitu cepat jika tidak kerana pemborosan yang melimpah ruah dimajlis perkahwinan lima beradik ini.
Quote HangPC2 22-4-2014 10:22 AM
ini cerita zaman abad ke 20... abad ke 19 ada tak ?...
Quote kivio 25-4-2014 11:45 AM
Proud to be kedahan..
Quote angelus888 2-8-2014 12:48 AM
Kedah!!!
Kedah pantang kalah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049520 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top