BINTANG Hollywood, Anne Hathaway tidak terkesan membaca artikel-artikel yang menunjukkan kebencian orang awam terhadapnya. Dia malah menjadikan perkara tersebut sebagai lawak jenaka dan menganggap ramai orang mencemburui kecantikan rambut yang dimilikinya. “Saya tahu ramai orang cemburu sebab rambut saya memang semula jadi cantik. “Kalau semua orang nak benci saya pun tak apa, saya dah biasa!” katanya. Dipuji Obama, Anne Hathaway bukan bintang biasa KENANGAN manis buat aktres jelita Anne Hathaway sebagai pelakon Hollywood kelas A. Mana tidaknya, wataknya sebagai Catwoman menerusi filem The Dark Knight Rises, mendapat pujian daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Menerusi E! Online, Obama berkata, lakonan Hathaway dalam filem tersebut sangat 'menakjubkan'. "Saya berpeluang untuk menonton Batman, dan dia (Hathaway) adalah yang terbaik bagi saya. Itu hanyalah pandangan saya semata-mata," kata Obama di sebuah kempen mengumpul dana yang bertempat di rumah penerbit filem Harvey Weinstein di Connecticut. Hathaway yang kebetulan berada pada majlis sama terharu dengan pujian Obama dan tidak menyangka Presiden Amerika Syarikat tersebut mengenali dan menyukai lakonannya. Pemilik nama penuh Anne Jacqueline Hathaway ini mula diperkenalkan dalam filem Disney pada 2001 berjudul Princess Diaries. Sebelum itu, dia telah muncul dalam siri televisyen, Get Real pada 1999. Dia kemudiannya terus muncul dalam filem Disney untuk tiga tahun berikutnya, seperti Ella Enchanted (2004) dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004). Antara watak-watak penting yang menonjolkan lakonan Hathaway selama ini ialah isteri seorang Texas dalam filem Brokeback Mountain (2005), pembantu peribadi editor dalam The Devil Wears Prada (2006), penulis legendari British Jane Austen dalam filem Becoming Jane (2007), perisik Agent 99 dalam Get Smart (2008) dan penagih dadah yang insaf dalam Rachel Getting Married (2008). Lakonan mantap gadis kelahiran Brooklyn, New York ini juga dapat dilihat menerusi filem Passengers (2008), Bride Wars (2009), Love & Other Drugs (2010), Alice in Wonderland (2010), One Day (2011), Les Miserables (2012) dan The Dark Knight Rises (2012). Begitu pun, Hathaway mengakui bahawa dia seorang yang mentah dan degil ketika mula-mula menceburi karier lakonannya. "Saya fikir saya dulu lebih banyak bercakap daripada mendengar dan sebab itu saya rasa ketinggalan banyak benda. Memang saya selalu bersikap profesional di set penggambaran filem-filem lakonan saya itu tetapi mungkin ketika itu saya masih mentah dan degil, jadi saya bimbang kalau saya tak bersuara, orang lain tidak akan mendengar apa pandangan saya," jelasnya. Makan lobak setiap hari Gadis cantik ini ternyata begitu bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon profesional. Buktinya, demi menjayakan filem Les Miserables (2012), Hathaway telah menurunkan beratnya secara drastik dan ramai tertanya-tanya diet apakah yang digunakannya sehingga menyebabkan dia kelihatan kurus kering. Menurut laporan The Sun, aktres berusia 31 tahun itu memberitahu bahawa rahsianya hanya adalah dengan memakan lobak setiap hari. "Saya mengakui saya hilang berat badan dengan begitu drastik dan hanya menjalani enam hari 'detoks', diet ini menyenangkan. Saya hanya memakan lobak dan 'hummus', sejenis makanan daripada Timur Tengah yang diperbuat daripada kacang, bawang putih dan air jeruk nipis," katanya. Walaupun mendapat tubuh badan seperti yang diinginkan, Hathaway terpaksa berdepan kesan lain apabila wajahnya dipenuhi jerawat. Namun begitu, segala usaha dan pengorbanan yang dilakukannya itu ternyata berbaloi apabila Hathaway diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Golden Globe Awards 2013, Screen Actors Guild (SAG) 2013 dan Filem British BAFTA 2013. Sebelum ini, Hathaway telah mengambil masa selama setahun untuk mengubah tubuh badannya bagi mengenakan kostum Catwoman yang ketat bagi filem The Dark Knight Rises. Pinjam suara dalam Rio 2 Dalam perkembangan terbaharu, Hathaway bakal muncul dalam Rio 2, sekuel dari filem animasi yang berjaya pada 2011, Rio. Menerusi filem arahan Carlos Saldanha ini, Hathaway meminjamkan suaranya bagi watak Jewel iaitu seekor burung kakak tua. Selain Hathaway, filem animasi ini turut menampilkan pelakon lain seperti Jamie Foxx, Kristen Chenoworth dan Jemaine Clement. Menarik mengenai filem ini, ketika Hathaway menghadiri majlis perasmian filem berkenaan di Walk of Fame di Miami, Hathaway dipatuk burung kakak tua di bahagian kepalanya ketika dia bergambar dengan burung itu. Menurut laman web, webpronews.com, burung kakak tua itu diletakkan di bahu Hathaway ketika haiwan itu mula mengutil rambut dan kulit kepalanya dengan paruh, namun aktres tersebut bersikap profesional dan terus bergambar dengan burung itu. Burung kakak tua itu kemudiannya dibawa pergi dan digantikan dengan tenggiling putih sebelum haiwan itu menyondol telinga aktres itu dan menyebabkan Hathaway menjerit. Rio 2 yang akan menceriakan anda di pawagam seluruh negara mulai 10 April ini mengisahkan Blu, Jewel dan tiga anaknya yang tinggal di sebuah kilang ternakan di ladang ajaib. Sewaktu Jewel membuat keputusan mengajar mereka tentang erti kehidupan sebenar seekor burung, dia telah membawa keluarganya ke Amazon. Blu cuba menyesuaikan diri dengan jiran baharunya, dia risau akan kehilangan Jewel dan juga anaknya.
|
exclusive_vvip posted on 7-4-2014 04:36 PM
anne hathaway ni klu bac website oversea mmg ramai org x suka...katanya suka up diri..taktau la bto ...
exclusive_vvip posted on 7-4-2014 04:36 PM
anne hathaway ni klu bac website oversea mmg ramai org x suka...katanya suka up diri..taktau la bto ...
alesandra posted on 7-4-2014 08:44 PM
kat fashion police joan rivers penah sindir anne neh cas diva kekwat gituhh.agknya mmg betul la pa ...
sarah_ary2 posted on 9-4-2014 06:48 PM
Iols pun ade terbaca benda yang sama
Sheols ni mcm sombong sikit
Sebb sheols kan tetgolong dlm A ...
beatgirlX posted on 11-4-2014 10:59 AM
huhuh..fames sangat ke dia?
aku rasa tak de le A list sangat pun........
citer yg dia berlakon sem ...
ADVERTISEMENT