Tidak sunyi nampaknya penyanyi ini dari kontroversi — selepas khabarnya baru baru ini menjadi sasaran peminat di China kerana tragedi kehilangan pesawat MH370, kini penampilan beliau dalam satu program nyanyian di sana pula menjadi perhatian.
Malaysian Gazette hari ini melaporkan yang Shila Amzah baru baru telah tampil dengan skirt pendek bersama legging warna kulit yang menampakkan seolah olah penyanyi ini hanya memakai skirt pendek — sambil bertudung. “Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam” “Nanti masyarakat China ingat, etika menutup aurat macam yang Shila pakai pula. Bertudung tapi boleh pakai skirt pendek dan dipakai bersama legging,” tulis laporan itu yang bimbang akan perspektif orang luar terhadap agama Islam. Nampaknya Shila Amzah selepas ini perlu lebih berhati hati dalam pemilihan pakaian yang hendak dikenakan ketika tampil di kaca televisyen.
Maklumlah, ramai peminat dan bukan peminat yang sentiasa memerhati. PASAL MH370, SHILA AMZAH DAPAT NO COROT DI I AM A SINGER? KL, 31 APRIL 2014: Murai Batu percaya ramai yang berdebar untuk mengetahui apakah kedudukan Shila Amzah dalam pusingan semifinal I Am A Singer yang telah berlangsung pada malam Jumaat lalu (28 Mac 2014)? Lebih-lebih lagi selepas tercetusnya sentimen kemarahan masyarakat China terhadap Malaysia gara-gara tidak berpuas hati dengan cara pihak berkuasa di negara ini mengendalikan operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370. Apakah dia mampu mengekalkan kedudukan di tangga pertama seperti mana yang dilakukannya di dalam episod 11 - I Am A Singer pada 21 Mac lalu apabila dia membawakan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce? Atau pun berada di kedudukan paling bawah akibat kurangnya undian yang diterima daripada masyarakat China yang mungkin masih marah kerana masih belum dapat menerima hakikat bahawa tragedi kehilangan MH370 secara misteri adalah disebabkan iaya telah terhempas di Lautan Hindi. Dalam semifinal ini, Shila Amzah telah membawakan lagu Cina yang berjudul Yang Chong. Ianya sebuah lagu yang mengisahkan isi hati seseorang apabila menyintai seseorang yang lain. Namun, lagu ini nampaknya gagal membantu Shila untuk mengekalkan kedudukan No.1 di dalam I Am A Singer. Jauh sekali berada di tangga 3 ke atas. Sebaliknya, dia hanya meraih kedudukan di tempat ke-6. Ramai peminat yang terkejut apabila mengetahui keputusan tentang kedudukan Shila di dalam pusingan semifinal program realiti terbitan Hunan TV, China ini. Berdasarkan persembahannya, ramai beranggapan dia tidak sepatutnya berada di kedudukan yang sebegitu. Namun, ramai yang berpendapat mungkin ianya berlaku disebabkan isu tragedi MH370. Namun segelintir peminat pula beranggapan bahawa Shila gagal mempamerkan persembahan yang hebat dan menyakinkan menerusi lagu Yang Chong itu. Atas sebab itulah, dia menerusi keputusan yang buruk di dalam pusingan semifinal I Am A Singer itu. |
4
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
myasara_m posted on 31-3-2014 10:54 PM
kerjaya dia bakal berkubur. jgn salahkan mas ye. its pembalasan sewaktu menghina org dulu2. terima s ...
noell posted on 31-3-2014 03:47 PM
pesyen "meratap tragedi mh370" bleh??
imagine legging tuh sayap katebang
ADVERTISEMENT