CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39289|Reply: 190

Shila Amzah Berskirt Pendek Di China?

[Copy link]
Post time 31-3-2014 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Tidak sunyi nampaknya penyanyi ini dari kontroversi — selepas khabarnya baru baru ini menjadi sasaran peminat di China kerana tragedi kehilangan pesawat MH370, kini penampilan beliau dalam satu program nyanyian di sana pula menjadi perhatian.

Malaysian Gazette hari ini melaporkan yang Shila Amzah baru baru telah tampil dengan skirt pendek bersama legging warna kulit yang menampakkan seolah olah penyanyi ini hanya memakai skirt pendek — sambil bertudung.

“Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam”

“Nanti masyarakat China ingat, etika menutup aurat macam yang Shila pakai pula. Bertudung tapi boleh pakai skirt pendek dan dipakai bersama legging,” tulis laporan itu yang bimbang akan perspektif orang luar terhadap agama Islam.

Nampaknya Shila Amzah selepas ini perlu lebih berhati hati dalam pemilihan pakaian yang hendak dikenakan ketika tampil di kaca televisyen.

Maklumlah, ramai peminat dan bukan peminat yang sentiasa memerhati.





http://www.rotikaya.com/imej-seksi-shila-amzah-ketika-menyanyi-di-china/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 10:38 PM | Show all posts
PASAL MH370, SHILA AMZAH DAPAT NO COROT DI I AM A SINGER?


KL, 31 APRIL 2014: Murai Batu percaya ramai yang berdebar untuk mengetahui apakah kedudukan Shila Amzah dalam pusingan semifinal I Am A Singer yang telah berlangsung pada malam Jumaat lalu (28 Mac 2014)?

Lebih-lebih lagi selepas tercetusnya sentimen kemarahan masyarakat China terhadap Malaysia gara-gara tidak berpuas hati dengan cara pihak berkuasa di negara ini mengendalikan operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370.

Apakah dia mampu mengekalkan kedudukan di tangga pertama seperti mana yang dilakukannya di dalam episod 11 - I Am A Singer pada 21 Mac lalu apabila dia membawakan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce?

Atau pun berada di kedudukan paling bawah akibat kurangnya undian yang diterima daripada masyarakat China yang mungkin masih marah kerana masih belum dapat menerima hakikat bahawa tragedi kehilangan MH370 secara misteri adalah disebabkan iaya telah terhempas di Lautan Hindi.

Dalam semifinal ini, Shila Amzah telah membawakan lagu Cina yang berjudul Yang Chong. Ianya sebuah lagu yang mengisahkan isi hati seseorang apabila menyintai seseorang yang lain. Namun, lagu ini nampaknya gagal membantu Shila untuk mengekalkan kedudukan No.1 di dalam I Am A Singer. Jauh sekali berada di tangga 3 ke atas. Sebaliknya, dia hanya meraih kedudukan di tempat ke-6.

Ramai peminat yang terkejut apabila mengetahui keputusan tentang kedudukan Shila di dalam pusingan semifinal program realiti terbitan Hunan TV, China ini.

Berdasarkan persembahannya, ramai beranggapan dia tidak sepatutnya berada di kedudukan yang sebegitu. Namun, ramai yang berpendapat mungkin ianya berlaku disebabkan isu tragedi MH370.

Namun segelintir peminat pula beranggapan bahawa Shila gagal mempamerkan persembahan yang hebat dan menyakinkan menerusi lagu Yang Chong itu. Atas sebab itulah, dia menerusi keputusan yang buruk di dalam pusingan semifinal I Am A Singer itu.







http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/484672/pasal-mh370-shila-amzah-dapat-no6-semifinal-i-am-a-singer
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:47 PM | Show all posts
Fesen apa ni shila. Hari tu award pun skirt pendek ngan buts panjang. Tak kena lah shila.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:54 PM | Show all posts
kerjaya dia bakal berkubur. jgn salahkan mas ye. its pembalasan sewaktu menghina org dulu2. terima saje lah ye. jgn menuding jari kat org lain lg
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:56 PM | Show all posts
Membalut aurat jah pompuan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anggap lah dia still jahil dlm memahami apa itu sebenarnya menutup aurat.. hope N.D Lala sebagai ayahnya menegur dan mengajar anak perempuannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 11:01 PM | Show all posts
pakaian paling b....h dari shila amzah.
nangis la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:02 PM | Show all posts
mmg pelik2 fesyen si shila ni, mangsa fesyen sgt, sedih ko dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 11:02 PM | Show all posts
yang ni memang wajar dicerca hina maki segala
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku speku dia stil nak menyeksi lagi,free hair tapi dah trlanjur bertudung,mugkin dulu shanaz suruh,dah clash takkan nak off balik tudung tu kan,nanti teruklah kene lahar dgn fans...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:04 PM | Show all posts
badan shila ni agak berisi...baik pakai yg longgar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:11 PM | Show all posts
kalau mek shila jawab "saya pakai legging dan ianya tutup aurat",

iols akan lempang dia sedas dua.... lepas tu i akan suruh dia pakai legging satu badan, skin colour.. pastuh pasang bikini kat luar legging tuh..... amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:11 PM | Show all posts
macam tak tengok cermin sebelum keluar bilik
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:12 PM | Show all posts
attention seeker
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:19 PM | Show all posts
dr jauh nmpk cm kaki nmpk kulit..pastu stail tudung cm rambut pn ada..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
myasara_m posted on 31-3-2014 10:54 PM
kerjaya dia bakal berkubur. jgn salahkan mas ye. its pembalasan sewaktu menghina org dulu2. terima s ...

Dia hina mcm mana weh?? Cer cite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mlas kutuk..
Sbb mungkin yg mngutuk lg teruk pmakaian sh tuh..Kurang2 die cube tuk berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:28 PM | Show all posts
Fesyen ape nihh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:47 PM | Show all posts
bedahmulutpuaka posted on 31-3-2014 11:28 PM
Fesyen ape nihh

pesyen "meratap tragedi mh370" bleh??

imagine legging tuh sayap katebang

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:50 PM | Show all posts
noell posted on 31-3-2014 03:47 PM
pesyen "meratap tragedi mh370" bleh??

imagine legging tuh sayap katebang

Hahaha..

Moh lerr kita pakai macam shila ni..

Sebab meratap tragedi mh370..  hazab nok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.253309 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list