CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Penjenamaan Semula Rtm

27-3-2014 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4509| Komen: 21

Description: Setiap Daripadanya Memiliki Kelompok Peminat Yang Tersendiri Sehinggakan Rtm Sukar Untuk Membiarkan Rancangan Ini Hilang Ditelan Zaman.


MULA diperkenalkan pada 1921, Radio Televisyen Malaysia (RTM), masih berdiri gah sebagai salah satu stesen televisyen yang mempunyai kelompok penonton yang tersendiri.

Walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa stesen lain tidak kurang hebatnya, namun RTM masih menjadi pilihan.

Malah, dari segi pengisian juga, RTM tidak terlalu ketinggalan kebelakangan apabila ada di antara rancangan berjaya mendapat rating tertinggi.

Masih ingatkan anda dengan rancangan popular satu ketika dahulu seperti Mini Parlimen Kanak-Kanak, Salam Pantai Timur dan Hiburan Minggu Ini (HMI)?

Setiap daripadanya memiliki kelompok peminat yang tersendiri sehinggakan RTM sukar untuk membiarkan rancangan ini hilang ditelan zaman.

Malah, rancangan-rancangan berkenaan turut menjadi pilihan sebagai bahan hiburan yang mendapat sentuhan penjenamaan semula (rebranding).

Bersesuaian dengan peredaran zaman, walaupun ia masih mengekalkan konsep yang asal, namun beberapa sentuhan kreatif dilakukan supaya rancangan ini terus diterima segenap lapisan masyarakat.

Bukan sahaja menampilkan muka-muka baharu, malah penjenamaan semula itu turut mengetengahkan idea-idea yang lebih segar.

Ini menunjukkan bahawa RTM bukanlah sekadar stesen televisyen 'tangkap muat' semata-mata tanpa mementingkan selera dan pilihan penonton.


Kurangkan kapasiti peserta

Mula diperkenalkan pada Mac tahun ini, rancangan untuk kanak-kanak, Mini Parlimen 2014, menyaksikan pelbagai reaksi dan gelagat golongan cilik di parlimen.

Menurut penerbit bersama, Syukur Ishak, walaupun rancangan ini pernah dihasilkan pada satu ketika dahulu, namun kali ini pastinya ia lebih berbeza dari sebelumnya.

Kata Syukur, bukan sahaja dari segi kupasan idea, malah kapasiti peserta juga dikurangkan pada edisi kali ini.

"Kalau dulu, lebih daripada 100 kanak-kanak yang dibawa masuk ke set ini untuk menghidupkan suasana parlimen mereka.

Malah, setiap tahun hanya satu episod sahaja yang dihasilkan.

"Namun, pada tahun ini, kami hanya memilih 35 parlimen sahaja dan membolehkan mereka semua dapat berbahas dan mengutarakan pendapat masing-masing.

Setiap minggu mereka akan berbahas. "Antara tajuk yang menjadi kupasan pula terdiri daripada isu-isu semasa dan fokus tertentu seperti dilema kanak-kanak bekerja dan sebagainya," kata Syukur lagi.

Walaupun baharu sahaja diperkenalkan dengan imej yang berbeza pada tahun ini, namun akui Syukur, dia berpuas hati dengan penerimaan penonton terhadap rancangan ini.

"Alhamdulillah, saya mendapat banyak maklum balas mengenai program ini dan ianya mungkin akan diteruskan sekiranya mendapat sambutan hebat daripada penonton," katanya lagi.

Penyanyi, pelawak kongsi pentas

Sebagai hiburan di hujung minggu, HMI tidak terkecuali dalam senarai rancangan yang mempunyai pengikut setia.

Walaupun rancangan ini mula diperkenalkan sejak era 80 an lagi, namun sehingga kini masih ramai yang menantikan rancangan hiburan ini di kaca televisyen.

Menurut penerbit rancangan, Nor Kuzaimah Abdul Aziz, walaupun masih mengekalkan konsep yang sama, namun maklum balas yang diterima sangat menggalakkan.

"Untuk musim pertama kali ini, kami menerima maklum balas yang baik daripada penonton walaupun program ini menampilkan kelainan dari segi pengisian.

"Bukan sahaja pentas untuk penyanyi, malah untuk menggamatkan suasana, kami turut menjemput beberapa pelawak terkenal untuk menghiburkan penonton.

"Ini menunjukkan bahawa HMI bukan sahaja gelanggang untuk penyanyi, malah selebriti lain turut dijemput untuk menjadikan suasana lebih variasi," katanya.

Tambah Kuzaimah, melihat kepada penerimaan untuk musim pertama, kemungkinan besar, HMI untuk musim kedua akan diperkenalkan tidak lama lagi.

"Jika satu ketika dahulu, HMI terkenal dengan penyanyi-penyanyi di era berkenaan, kini kita sedia mengikut peredaran semasa dan memberi peluang kepada artis baharu dan ternama untuk beraksi.

"Sebagai contoh, selain daripada penyanyi tersohor, Misha Omar, Alyah dan Tomok, kami juga turut menjemput artis-artis kelahiran Youtube untuk beraksi.

"Malah, kami juga merancang untuk menjemput kumpulan terkenal, Slam untuk turut berada di pentas HMI. Namun, buat masa sekarang, kami menghentikan dulu HMI untuk memberi penghormatan kepada kehilangan MH370," katanya lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 26-3-2014 04:06 PM
penjenamaan semula?

Hmmm... tunggu dan lihat.
Quote onnabila 26-3-2014 10:21 PM
kena kurangkan imej kerajaan dalam penjenamaan semula biarpun ini stesen radio dan tv kerajaan
Quote amyainsamad 27-3-2014 09:48 AM
bagusla,,,,
Quote jgfjhdjhg 27-3-2014 07:28 PM
penjenamaan semula?
itu la yang dok di sebut dari dulu lagi.takde pun yg boleh bg impact
dok ungkit hal dulu .kalau dulu lagi mmg dah ada persaingan tak tertahan punya saingan.

tunggu n lihat pastu meluat
Quote Cruz_Hateluv 28-3-2014 01:45 AM
aku tgok RTM time bola je
Quote yanasan21 28-3-2014 08:20 AM
apsal la klau tiap kali aku bukak tv1 dan tv 2 rasa seram? hehe
Quote hayrin86 28-3-2014 08:55 AM
Harap pihak RTM dapat mempelbagaikan saluran televisyen sempena pendigitalan ini.
Quote hayrin86 28-3-2014 09:02 AM
amyainsamad posted on 27-3-2014 09:48 AM
bagusla,,,,

Kalau boleh, lepas era digital nanti harap wujudkan saluran khas acara sukan
utama masing-masing seperti bola sepak Piala Dunia, takyah kacau
rancangan-rancangan yang disiarkan di saluran sedia ada.
Quote -electrifying- 28-3-2014 10:16 AM
penjenamaan semula dr segi apa? tambah rancangan je?
stesyen pling hambar ~ cacai
Quote enchikfitz 28-3-2014 11:06 AM
aku tgk RTM time bola, english movie je. sebab RTM slelau siar filem yg best lebih awal dr tv3
Quote hayrin86 28-3-2014 12:36 PM
-electrifying- posted on 28-3-2014 10:16 AM
penjenamaan semula dr segi apa? tambah rancangan je?
stesyen pling hambar ~ cacai

Mungkin kalau tambah pelbagai saluran baru dalam SD dan HD selain wujudkan
saluran TV1 dan TV2 serta TVi dalam HD kan bagus. Bertambah ramai penonton. Tgk
bola secara percuma pun dalam HD lagi tuh. Satu lagi, boleh tgk pelbagai
rancangan anime Jepun dalam HD.
Quote bookehkahkoh 29-3-2014 11:10 PM
RTM kalau rebranding berapa juta kali orang tak tengok jugak taktaulah kenapa dah rebrand pun taknampak moden. Padahal content not bad jugak especially masa raya sebab mentality orang dah kata RTM tak best tu yang tak bukak jugak. Tapi yang bagusnya RTM ni kalau projek bayar on time and very lumayan nak banding swasta.
Quote kgdangar 30-3-2014 07:35 AM
bookehkahkoh posted on 29-3-2014 11:10 PM
RTM kalau rebranding berapa juta kali orang tak tengok jugak taktaulah kenapa dah rebrand pun taknam ...

betul ker bayar lumayan...??u ni keje industri broadcasting ker?
Quote kgdangar 30-3-2014 07:39 AM
RTM ni a few documentari dia OK la mcm Agro jurnal tuh....

tp yg laen2 mmg hancus....contoh mcm Konsert RTM kalo wat kat Angkasapuri tuh....tak tau nape aku rase sound yg kuar dari tv canggih aku pun still bunyi dia klasik mcm dgr zaman kecik2 dulu....
Quote bookehkahkoh 30-3-2014 12:58 PM
kgdangar posted on 30-3-2014 07:35 AM
betul ker bayar lumayan...??u ni keje industri broadcasting ker?

Ada kawan rmai kerja production & ads ada tender dengan RTM, kalau pay dia memang lumayan dan bayar pun selalu on je. Cuma satu problem kerja dengan RTM deadline dia sekejap je tu yang quality selalu cam tangkap muat sebab tak cukup masa nak buat elok2. And yeah kalau kerja dgn stesen swasta memang payah nak dapat pay elok/on time.

Quote kgdangar 30-3-2014 01:10 PM
bookehkahkoh posted on 30-3-2014 12:58 PM
Ada kawan rmai kerja production & ads ada tender dengan RTM, kalau pay dia memang lumayan dan baya ...

i see..

kalo btol la aper u ckp kire mantap jgk ler RTM nie yer...
Quote bedahmulutpuaka 2-4-2014 10:12 AM
suka tengok tv1 ngan tv2 kalau channel lain dah xde cerita best2..
Quote encikWawad 24-4-2014 08:44 PM
kgdangar posted on 30-3-2014 07:39 AM
RTM ni a few documentari dia OK la mcm Agro jurnal tuh....

tp yg laen2 mmg hancus....contoh mcm K ...

i also like agrojurnal - agrotek - ada siri majalah tv yang ideanya lebih bagus dari tv3
tapi sayangnya di tv 1 ni execution dia sangat lemah - *suka tgk komuniti satu malaysia
good idea tapi terhad sangat pekembangannya - dulu ada joranria di tv2 - tv3 pun tiru rancangan ni

orkestra RTM dah patut sangat di formatkan sebagai orkestra sebenar - toksah la duk buh eletronik band sekali
tak tau orkestra tang mana - yang mana pegawai2 tua yang tak kreatif tu elok di rehatkan sahaja
also lantiklah wartawan tv yang betul2 ada ilmu pengetahuan bukan sekadar acuan rtm saja meluat tgk bual biacara kat tv1 yang tiru konsep
asterok awangni -





Quote debab_78 26-4-2014 08:42 AM
tlg rehatkan staff yg dh lama2 tu.. cari yg fresh2... selagi yg lama tu ada, ttp gak nampak tua rtm nehh..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.291318 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top